Ahad, 22 Disember 2013

erti SetiaKu #part2


Siapa kata hati ini tidak suka pada awak? Siapa kata diri ini tidak sayang pada awak? Siapa kata saya tidak cair dengan awak? Saya sukakan awak. Saya sayangkan awak. Saya memang cair dengan apa yang awak lakukan untuk saya. Kalaulah awak tahu , tak pernah mana-mana lelakipun yang pernah buat , apa yang telah awak buat dekat saya tu. Tapi...hati saya , awak. Masih ada kesan luka dalam hati ini. Saya masih tertanya-tanya sebab apa dia meninggalkan saya , hubungan yang masih baru. Mampukah awak untuk menggantikan tempatnya? Tempat seorang sahabat , tempat seorang kekasih? Saya takut untuk kecewa sekali lagi. Biarpun saya mampu untuk berjanji setia , tapi , mampukah awak untuk menjaga kesetiaan ini? Saya perlukan jawapannya awak...

            Pergilah Fiya. Pergilah...awak mencari kebahagiaan awak. Kenapa awak perlu berkorban segalanya semata-mata untuk lelaki seperti saya , yang tidak pernah menghargai awak. Saya selalu sakitkan , lukakan hati awak. Saya abaikan awak. Saya tak pernah fikirkan perasaan awak apabila saya memutuskannya , untuk meninggalkan diri awak yang masih baru , awak yang jauh dari saya. Maafkan saya , Fiya. Saya tak boleh fikir panjang waktu tu. Penat saya memikirkan , saya takut untuk kehilangan awak. Awak jauh dari saya , masa awak akan terhad untuk saya. Saya takut awak ada orang lain dekat sana. Jujur , saya masih sayangkan awak , saya perlukan awak , tapi , saya telah putuskannya. Sudah terlambat awak. Fiya...awak berhak untuk bahagia , kejarlah , terimalah dia seadanya. Dia pilihan terbaik untuk awak. Jodoh awak dengan dia. Dia , yang lebih baik dan mampu menjaga awak sehingga hujung nafasnya. Percayalah...maafkan saya , awak. Saya pergi dulu . . .

            Ah , aku mengelamun lagi! Entah keberapa kali aku mengelamun , mengingati , mengimbau kisah lama yang sememangnya pahit untuk aku ingatinya semula tapi entah kenapa aku tidak sama sekali menyalahinya. Hampir setahun kisah itu berlalu , dia telah tinggalkan aku disini. Cuma aku sahaja yang masih tidak menerima kenyataan itu.

            “Fiya...kau okey ke? Aku tengok sejak kejadian dekat perpustakaan tu , kau muram je. Janganlah macam ni. Tak best kalau kau monyok je. Tu , dah tiga hari kau tak turun padang training ragbi dengan budak-budak. Buat penat je mereka turun kalau kapten sendiri pun tak turun. Razman , tiap-tiap petang dia kosongkan padang untuk kau satu team berlatih. Pergilah Fiya , mana semangat kau? Team lelaki pun turun padang , nak bantu team kau. Tu , Aiman , dia yang ganti tempat kau train budak-budak. Kau turun ye petang ni , lepas Asar. Kelas petang ni , dibatalkan. Cikgu ada urgent meeting. Aku dah minta Razman kosongkan padang untuk kau , yang lainpun aku dah inform. Mereka turun macam biasa. Wake up Fiya...lagi sebulan je tournament. Aku tau kau mampu. Okey??” ...

            Aku merenung handphone Samsung yang berwarna putih itu. Aku dapat melihat wallpaper yang menjadi pilihanku sejak dua tahun yang lalu. Gambar aku dan dia , Nasrul Azrif. Lelaki yang pernah bertakhta dihati aku. Lelaki yang merupakan sahabat aku sejak ditingkatan satu. Perkenalan yang tidak disangka itu , berkekalan sehingga terputik satu perasaan sayang dalam hati masing-masing. Tapi , semuanya telah tertulis. Jodohku bukan dengannya. Aku pasrah. Pasrah? Pasrah itu , aku dapat menerima segala apa yang terjadi. Tapi , melihat keadaan diriku ini , dari dulu sehingga sekarang , sama , tiada perubahan. Hanya gambar itu , yang menghiasi skrin telefon bimbitku. Mungkin kerana pertalian persahabatan yang diikat , yang dijanjikan oleh Azrif beberapa minggu dahulu. Kotak ingatanku menerawang lagi mengingati kejadian beberapa minggu yang lalu...

            Aku masih ingat lagi , sewaktu hari lahir aku yang ke-17 , aku telah menerima sebuah bungkusan hadiah daripada Azrif. Sederhana besar. Aku membukanya , kelihatan teddy bear berwarna perang , tertera dibajunya I LOVE LONDON. Ada juga beberapa hadiah lain , tapi , apa yang menarik perhatian aku adalah Eiffel Tower yang sederhana besar , berwarna merah dan terdapat di dalamnya sehelai nota yang digulung dengan kemas sekali.


Hai Sofia ,
Happy Birthday my girl !
You’re AWESOME !!
Have a nice day J
XOXO
 





 

 

 

 

 


            Kegembiraan yang aku rasai ketika itu , tidak mampu aku ungkapkan. Ada linangan air mata di tubir mataku tapi cepat-cepat aku seka. Azrif tidak pernah menghampakan aku. Dialah orang yang pertama akan mengucapkan hari lahir kepadaku sejak kami kenal. Dia tidak pernah melupakan hari lahirku. Dia sentiasa membuat aku tertawa , gembira , dan berasa begitu istimewa untuk dirinya. Terima kasih Azrif...

            Malam itu , Azrif menelefonku. Kami berbual panjang. Aku gembira , bahagia. Aku seperti tidak merasa kesakitan , atas apa yang telah berlaku selama ini. Betullah , aku telah menerima takdir bahawa dia bukan untukku. Macam-macam yang kami bualkan dan tiba-tiba Azrif menukar topik perbualan. Kedengaran seperti dia ingin mengatakan sesuatu. Aku menghelakan nafas panjang. “Ya Allah , kuatkanlah aku walau apapun yang terjadi.”

            “Sofia...” Ya , hanya Azrif seorang yang memanggilku dengan nama keduaku. Aku sendiri tidak pasti mengapa. Tidak pula aku bertanya sebaliknya aku menyukainya. “Boleh saya tanya satu soalan?” “Em...apa dia awak? Tanyalah.” “Sofia , awak sayang saya lagi tak?” “Azrif...kenapa awak tanya soalan macam tu? Awak ni...em.” “Awak , tolong jawab. Awak dah ada pengganti diri saya ke?” “Awak...baiklah saya jawab. Saya masih sayangkan awak , jujur , tak tipu. Saya memang tak ada pengganti diri awak tapi...” “Tapi apa awak? Ada seseorang suka dekat awak ke? Ada yang tackle awak ke , tapi awak tak layan sebab awak masih sayangkan saya , macam tu?” “Awak...kejap-kejap. Banyaknya soalan awak ni. Suka buat spekulasi bukan-bukan. Azrif...iya , ada seseorang sukakan saya. Dia budak baru dekat sini , dah macam-macam dia buat dekat saya. Dia...memang lain dari yang lain.” “Mesti , dia lebih baik dari sayakan? Baguslah awak...akhirnya , awak dapat pengganti saya.” “Eh , awak , kejaplah. Tak habis cerita lagi. Tengok tu. Dengarlah dulu. Saya , dah boleh terima kenyataan yang awak bukan untuk saya. Lagipun , saya memang tak salahkan awak langsung. Walau apapun yang berlaku , saya tetap akan sayangkan awak sebagai kawan. Itu yang saya nak. Tolong ye awak. Persahabatan kita tak akan pernah putus. Itu yang saya harapkan. Azrif , saya sebenarnya bingung , keliru dengan isi hati saya. Saya tak tahu sama ada saya patut terima dia dalam hidup saya atau tak?” “Sofia , saya tak pernah lupakan awak , apalagi buang awak. Awak adalah anugerah tuhan yang paling saya sayang. Saya tetap akan jadi kawan awak sampai bila-bila. Awak , dah tiba masanya awak terima seseorang dalam hidup awak. Dah setahun awak , kisah kita berakhir. Awak terimalah dia. Beri dia peluang dan ruang dalam hidup dan hati awak. Mungkin dia jodoh awak. Kita hanya mampu usahakan yang terbaik. Selebihnya , kita berdoa dan berserah pada Allah s.w.t. Awak fikirlah semula , jangan kecewakan sesiapa. Saya tahu awak tak akan kecewakan sesiapa. Awak , perempuan yang baik. Saya sentiasa doakan kebahagiaan awak. Sofia , saya matikan talian telefon ni dulu. Assalamualaikum awak...” Tanpa aku mengatakan apa-apa , talian telefon telahpun dimatikan. Aku perlukan masa lagi untuk berfikir...

            Puas aku fikir. Dua minggu telah berlalu , tiga hari aku dah tak turun padang , semata-mata untuk fikirkan semua ni. Akhirnya...aku telah dapat jawapannya. Ya! Aku pasti dengan keputusan ini...Tanpa diduga , satu pesanan ringkas telah kuterima.

“Assalamualaikum awak. Saya nak jumpa awak pukul 3.15 nanti. Saya tunggu awak dekat wakaf depan Aspuri. Tolong awak...ada hal yang perlu saya katakan pada awak. Saya tunggu awak sampai awak keluar dari Aspuri tu. –Safiy-“

“Tak perlulah awak nak tunggu saya sampai macam tu sekali. Awak jangan risau , saya akan turun jumpa awak nanti. Sayapun ada hal yang ingin saya bincangkan dengan awak. Sampai jumpa nanti. Bye ..” –Safiya-

“Tengoklah macam mana. Kalau aku ada mood , aku turun petang ni. Aku nak tidur kejap. Kalau aku tak bangun 2.45 nanti , kau kejut aku. Aku nak keluar kejap.” “Okey. Kau nak pergi mana?” “Adalah. Aku ada hal sikit.” “Iyalah...”

            “Kau yakin dengan apa yang kau nak buat ni? Bila kau nak jumpa dia?” “Petang ni. Aku dah mesej dia , jadi , kira aku yakinlah tu. Dia pun dah balas okey , diapun nak jumpa aku. Kau tunggu jelah nanti.” “Ingat , jangan buat perkara bukan-bukan. Kami tak salahkan kaupun. Tapi kami terkejut juga , Fiya boleh jadi macam tu. Memang nampak dekat Blok Akademik dia okey je , biasa-biasa je , tapi tak sangka pula dalam asrama dia macam tu. Tiga hari jugalah , Fiya tak turun padang. Aiman tu risau dah. Sebelum Cikgu Saiful dengan Cikgu Siti tau , better kau selesaikan cepat. Aku tau bukan salah kau. Tapi , kita cuma mencubakan. Mana tau dengan kau , sedikit-sebanyak , dia berlembut hati ke. Haha!! Kot-kot dah tangkap cintan sama lu! Wa tak tahu...” “Banyaklah kau , Zariff. Aku tengah takut ni , kau buat lawak pula. Dah la , pergi main jauh-jauh dengan bantal busuk kau tu. Eee...wuek!” “Huh? Bantal aku pula disalahkan? Eh , busuk-busukpun , awek aku yang bagi tau. Busuk ni , sebab tiap-tiap malam aku peluk tau. Kau ada?? Haha!!! Safiyah dan Safiy...sooo sweet!!!”

            Aku bangun dari tidurku lebih awal daripada waktunya. Aku menuju ke bilik air untuk bersiap-siap jumpa Safiy. Haha! Aku bersiap dah macam nak jumpa pakwe je. Apalah aku ni. Ah , biarlah , asalkan aku selesa. Okey , dah siap. Not bad , cantik but still natural. J

            Hurm , nampaknya , ada yang lebih awal daripada aku. Semangat betul mamat ni. Nasib baik kebanyakan budak perempuan sedang berehat dalam bilik masing-masing , kalau tak , habis kecoh kalau nampak mamat ala-ala Korea ni berdiri terpacak depan asrama. Smart juga dia bersiap , dah macam nak pergi prep je. Aku pula yang lebih-lebih. Tapi , sibuk je mamat ni pakai baju sama dengan aku. Huh! Ni mesti skodeng aku , takpun memang kami berjodoh? Dah-dah...fokus Fiya.

            “Assalamualaikum. Maaflah buat awak lama tunggu.” “Waalaikumsalam , eh , taklah. Saya ni yang datang awal. Saja , takut saya tertidur dekat asrama. Tu datang awal. Lagipun , saya tengok Aspuri macam tak ada orang , sunyi sepi je , tu saya ingat line clear.” “Okey. Boleh kita mulakan sekarang? Awak nak cakap apa?” “Em...firstly , saya tak nak awak salah faham. Saya bukan nak ambil tahu tentang awak apalagi nak jaga tepi kain awak. Saya cuma terdengar awak dah tiga hari tak turun padang training ragbi. Awakpun asyik terperap je dalam asrama. Awak okey ke tak? Sebab saya ke awak jadi macam ni? Awak...janganlah. kesian dekat kawan-kawan awak yang dah bersemangat tiap-tiap petang tu. Kalau betul sebab saya , kejadian tempoh hari , maafkan saya ye awak. Awak lupakan apa yang dah jadi. Saya janji , saya tak akan ganggu awak dah. Saya tak nak disebabkan saya , prestasi akademik , kokurikulum awak , terganggu. Sebelum cikgu-cikgu tau , awak turun padang ye. Tolong awak...saya merayu.”

            “Dah habis cakap? Itu je yang awak nak cakapkan petang ni?” “Em...setakat ni , rasanya , itu je.” “Baiklah , dengar pula apa yang saya nak cakap ni ye mamat poyo ala-ala Korea. Terima kasih sebab awak sudi datang jumpa saya , membebel panjang dekat saya ni. Awak tak perlulah nak merayu-rayu dekat saya , suruh saya turun padang. Memang saya akan turun petang ni. Sayapun kesian dekat budak-budak saya , kawan-kawan saya. Iyalah , disebabkan saya , mereka training ala kadar je. Ha! Tak sangka awak sedar ye yang memang sebab awak , saya jadi macam ni. Memang sebab awak!! Awak tahu? Sebab awak , kejadian hari tu , saya terpaksa fikirkan tentang awak tiap-tiap hari , berminggu-minggu , sampai saya tak turun padang. Penat tau fikir. Awak ni kan , memanglah. Sabar je saya. Safiy Syakir , awak nak jadi kawan saya? Kawan yang sentiasa ada untuk saya , diwaktu senang dan susah? Awak sanggup??”

            “Safiy , ini untuk pengetahuan kaulah. Fiya ni , tak suka berterus-terang. Dia ni minah bunga , maksud aku perempuan sastera. Dia suka berpuitis , cakap berbunga-bunga. Kalau dia suka dekat seseorang , dia tak akan cakap direct. Ada budak pernah cerita dekat aku , sejak dia masuk asrama ni , dia memang tak pernah couple dengan sesiapa. Dia cuma berkawan dan sebenarnya erti ‘kawan’ itu adalah lebih dari seorang kawan. Aku rasa , kau fahamkan maksudnya. Manalah tahu , kot-kot nanti dia tiba-tiba cakap macam tu dekat kaukan. So , semoga berjaya menawan hatinya.”

            KAWAN??? “Safiy...say something ...

###############################bersambung##################################

           

Sabtu, 30 November 2013

erti SetiaKu


         


 

 

 

 
          Sudah sebulan pelajar baharu dari Johor Bahru tu masuk maktab ni , tapi sepatah kata pun tak terkeluar dari mulut aku apatah lagi hendak berkenalan dengan dia. Nak dikatakan aku yang sombong , pemalu , tak juga sebab kalau nak diikutkan sejarah dekat maktab ni , akulah satu-satunya pelajar yang paling mesra alam dekat sini tapi , entah kenapa dengan mamat baru ni , mulut aku tiba-tiba terkunci rapat , serapat-rapatnya. Hati aku ni , teringin juga nak berkenalan , tegur dia , tapi...aduhai Fiya , malulah pulak muka ni. Mana tidaknya , aku ni perempuan , takkan nak buka mulut dulu. Aik? Dulu , okey je Fiya. Hurm...(berfikir sejenak). Boleh pulak , sekarang ni , fikiran aku ni fikir tentang tanggapan orang sekeliling je kalau aku tegur mamat baru tu. Alahai! Susah betul kalau nak jaga hati semua orang ni.

 
          "Safiyya , pinjam esei Bahasa Melayu yang Cikgu Amira suruh salin tu. Aku tak siap salin lagi tiga karangan ni , malam ni aku nak siapkan jugak. Esok , cikgu nak checkkan?" Ha , Man , ambillah dalam fail yang ada dekat atas meja aku tu. Esok pagi , waktu kelas BM , jangan buat-buat lupa pulak pulang balik. Kalau kau tinggal esei aku tu dekat asrama , siap kau , aku paksa juga kau ambil dekat aras 3 Jati tu." Haha! Chill Mem Fiya. Gerenti beres sih! Semuanya bisa diatur , hanya untuk Safiyya Sofiya!". Itulah rutin harian classmates aku kalau waktu prep malam. Kalau tak pinjam homeworks kawan , memang tak sah , yang jadi mangsanya , budak perempuanlah. Aduyai...

 
          Prep malam aku berakhir seperti malam-malam sebelum ini cuma malam ini aku terpaksa balik asrama bersendirian memandangkan kawan-kawan aku yang lain semuanya telah serbu kafe terlebih dulu. Mana tidaknya , petang-petang , orang suruh berhenti riadah awal , tapi tak , degil , itulah padahnya. Tiap-tiap malam , sedekah duit dekat kafe tu. Kaya cepatlah mak cik kafe tu... Aku mempercepatkan langkah menuruni tangga memandangkan hari semakin lewat malam. Tiba-tiba , sedang aku berjalan melintasi Blok Alpha , aku terlihat lampu kelas 5J masih terang-benderang. Aik , ada pelajar lagi ke dekat kelas malam-malam ni. Ingatkan aku seorang je. Meremang pulak bulu roma aku ni. Ha , dah tegak aku tengok bulu roma aku ni. Hish...(istighfar). Perlahan-lahan aku menghampiri kelas itu. Kosong? Eh? "Opocot , mak kau! Oi , apa ni main sergah-sergah! Aduh , kalau orang ada heart attack macam mana? Aku mati sia-sia je nanti. Huh! Dah , tepi la!" "Aik? Dia yang terhendap-hendap aku dalam kelas tadi , aku pulak yang salah? Ai...perempuan , perempuan. Memang sifat perempuan betul , cepat touching ,kuat merajuk , haha...tapi sweet pulak aku tengok minah mesra alam ni. Tapi , kenapa dia tak pernah tegur aku ye? Mesra alam ye? Hahaha...”

 
          Sesampainya aku di bilik , aku terus menghenyakkan punggung di atas katil yang semua orang rasakan tersangatlah ‘empuk’ apabila keletihan. Raudhah , roommate aku melihat aku dengan penuh kehairanan. “Kau ni kenapa Fiya? Ribut tak ada , hujan tak ada , gerimis di siang hari pun tak ada apatah lagi hujan renyai-renyai. Lewat kau balik. Kau balik dengan siapa? Kau date ye dekat blok akademik tu?” “Woi! Baik sikit ye kau cakap tu , Raudhah. Banyak mulut pulak dia ni malam-malam buta ni. Tak kuasa aku nak dating-dating ni. Buang masa tau tak. Aku dah la balik seorang. Dah balik seorang , kena sergah pulak tu. Ish , mamat baru tu , buat aku panas hati je. Nasib baik temperature aku tak naik tadi , kalau tak , makan tangan tadi mamat tu.” “Rileks la Fiya. Dah la tu , sekarang kau tenangkan hati dulu , pergi salin baju tu , dah bau masam tau. Nanti , kau cerita dekat aku tau apa yang budak baru tu buat dekat kau.”

 
          Pagi yang indah nan permai ini , aku memulakan hariku dengan senyuman yang mekar , seperti biasa sehinggalah... Safiyya Sofiya! Safiyya!! Ish , mamat ni lagi. Tak cukup-cukup lagi ke dia sergah aku semalam. Buang masa aku je. No thanks kalau nak minta maaf ye. Setiap hari , mesti mamat baru tu yang aku terserempak. Entah kenapa la. Dah la buat aku dulu , sekarang , baru menyesal , terhegeh-hegeh nak minta maaf. Dah tau aku memang hot tempered , yang pergi sergah aku , kenapa? Saja cari pasal dengan akukan.

 
          Hampir seminggu kejadian pada malam itu berlalu. Aku , dengan keras kepala aku , masih tidak melayani mamat baru tu , hmm...Safiy Syakir. Aku seperti merajuk hati pada dia kerana kejadian itu. Kenapalah dengan aku ni , merajuk-rajuk pulak. Yang peliknya , si Safiy tu macam cacing kepanasan je. Bila aku tak layan dia , lari daripada dia , lagi beria-rialah dia tu nak pujuk , minta maaf dekat aku. Pelik aku. Rasa serba salah la tu. Ha! Padan muka kau!!! Kejarlah aku , sampai dapat , sampai aku cair dekat kau.

 
     “Eh , apa ni? Beg kertas apa pulak ni? For Safiyya Sofiya. Hmm...baju kurung? Siapa pulak la yang bagi ni? Raudhah , siapa bagi aku baju kurung ni?” “Ha , aku baru nak tanya kau , siapa yang bagi. Balik kelas tadi aku jumpa beg kertas tu depan bilik kita. Aku tengok ada nama kau , aku bawa masuk la. Aku ingatkan ada orang pinjam baju kau , dia nak pulang balik.” “Ini yang aku pelik. Kau pun tak tau ke? Kalau la ada orang pinjam baju aku , selalunya dorang bagi guna hanger , lagipun ni baju baru la. Siapa pulak la ni bagi aku baju baru.” Fiya , nak tengok. Macam cantik je...Fiya! Memang cantiklah baju kurung ni. Baju kurung moden ni , macam mahal je. Tengok ni , tag baju ni , jenama Laura Lauriya la. Mahal kot. Untung kau , Fiya.” “Hmm...iyalah tu Raudhah. Entah-entah baju mak cik cleaner tu tertinggal depan bilik kita. Dah la , aku nak tidur. Kejap lagi ada kelas , tak pasal-pasal aku pulak yang tertidur waktu kelas nanti.”

 
          Fikiran aku masih menerawang pada baju kurung pemberian seseorang yang tidak aku ketahui. Cantik baju kurung tu , sesuai dengan cita rasa aku , warna biru pastel pulak tu. Kelas petang itu tamat awal sebelum waktu kebiasaanya. Sedang aku berpusu-pusu untuk keluar , tiba-tiba aku terdengar satu suara yang memanggil nama aku. Setelah berjaya keluar dari perpustakaan , aku terlihat Razman sedang menungguku. Aku menghampirinya. “Ha , kau nak apa dari aku? Kali ni , aku malaslah nak turun padang , training ragbi. Asyik budak lelaki je guna kawasan aku satu team. “Eh , Fiya. Rileks dulu. Bukan tu la. Ni , aku cuma nak bagi pesanan dekat kau je. Ada budak bagi. Kalau kau tanya dekat aku , siapa budak tu , maaf sangat-sangat , aku dah janji tak akan bagi tahu dekat kau. Ha , lagi satu , ni dia ada pesan tadi , kalau kau nak tahu siapa dia , better kau pergi sendiri jumpa dia malam ni okey? Dah , jangan kata apa-apa. Nanti , nak guna padang , roger aku. Aku kosongkan padang untuk kau. Chou!”

 
          Aku terpinga-pinga. Tanpa kata , aku mulakan langkah aku menuju ke surau. Seusai solat Asar , aku pulang ke asrama. Aku terus membaca sticky note yang diberikan Razman sebentar tadi.








Assalamualaikum Safiyya Sofia ...
Malam ni , kita jumpa boleh?
Awak tolong pakai baju kurung yang awak dapat tadi ye.
Nanti , awak tunggu je dekat dalam kelas , ada orang yang akan jemput awak.
Sehingga jumpa malam ni. J
 
                                                                                   




 

 

 

 

 

 

         

 

          Hati aku masih berdolak-dalik. Aku masih ragu-ragu , adakah patut untuk aku berjumpa orang tersebut. Hmm...kalau diikutkan pendapat Raudhah , dia beria-ria suruh aku pergi. Katanya , kalau aku pergi jumpa orang tu pun , bukannya orang tu boleh buat apa-apa pun dekat aku. Lagipun , orang tu mesti budak maktab juga. Betul juga aku rasa. Aku bergegas ke bilik air dan mempersiapkan diri. Seusai solat Isya’ dan solat sunat hajat , aku melangkahkan kakiku ini ke kelas. Kelihatan , kawan-kawan sekelasku sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah. Aku memulakan kerja sekolahku. Selang lima minit , aku akan melihat jam tangan pemberian abangku itu. Manalah orang yang nak jemput aku ni. Entah-entah , dorang nak kenakan aku. Huh! Bodoh betul aku. Kalau betul , mesti dorang tengah tertawakan aku. Aku melihat sekeliling , manalah tahu , ada orang yang mencurigakan sedang mentertawakan aku. Malunya!!!
 
          “Assalamualaikum , Fiya , ada orang nak jumpa kau dekat perpustakaan. Jom , aku temankan kau pergi sana. Orang tu , suruh aku hantar kau sampai sana. Kalau nak harapkan kau pergi sana , memang naik turun bas pun tak akan sampailah.” Okey , fine. Dahlah lambat , sabar Safiyya. Aku melangkah kaki dengan sepantasnya keluar dari kelas. Kawan-kawan sekelasku masih khusyuk melakukan kerja masing-masing. Pelik betul dorang malam ni.

          Sepanjang perjalanan ke perpustakaan , tiada sepatah perkataan yang meluncur keluar dari mulut aku dan Zariff. Seperti kami telah diarah supaya tidak perlu berkata apa-apa sepanjang perjalanan. Setibanya aku di perpustakaan , hatiku berasa berdebar-debar. Semakin laju degup jantungku. Zariff meninggalkan aku di luar perpustakaan. Dia berpesan supaya terus ke rak buku. Tapi...rak buku yang mana satu? Baru aku menoleh semula untuk bertanyakan soalan itu , jasad Zariff sudah tidak kelihatan lagi. Mak oi! Laju gila mamat ni lesap. Oh , padan la. Mana tidaknya , diakan jaguh pecut maktab.
 
          Aku menanggalkan sandle , dan terus menuju ke tempat yang dikatakan sebentar tadi. Tak ada orang pun. Orang tu pergi toilet kot. Aku tunggulah dulu dekat sini. Aku melihat-lihat buku-buku di rak Dalam Negara. Sedang aku mencari buku yang menarik , aku terlihat sebuah buku yang agak sederhana besarnya. Buku itu berjudul , Rahsia Kehebatan Gadis Bernama Safiyya. Eh , judul buku ni macam nama aku je. Haha...aku mengambilnya. Aku menyelak-nyelak buku itu dan tiba-tiba...terlekat sehelai sticky note berwarna jingga.


Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku
bahagia


                                                               



 

 

 

 

 

 

 

          Aku dapat melihat Safiy keluar dari celah-celah rak buku yang banyak itu , sambil memetik gitar , mendendangkan lagu Kamu Saja nyanyian Ainan Tasneem. Ya Allah! Kejutan apakah ini? Apakah hikmahnya semua ni? Safiy kelihatan sungguh segak dengan baju melayu biru pastel , yang serona dengan aku tapi...dia pakai kain pelikat pulak la. Aih , tak ngam pulak. Mamat ni pun , tak perasaan agaknya ni. Ni mesti kes tergesa-gesa nak datang sini sampai lupa nak salin kain pelikat lepas solat tadi. Hehe...geli pulak hati aku ni tengok dia. Aku terpaku , terbuai , dan sememangnya hatiku tercair pada kejutannya itu. Serius , aku memang sangat terkejut. Aku melayani , menjiwai lagu itu sehinggalah habis. Habis je lagu itu , Safiy menghampiriku dan duduk di hadapanku. “Safiyya Sofiya , saya , Safiy Syakir , ingin memohon maaf daripada awak kerana telah menyakiti hati awak , menyergah awak tempoh hari. Sejujurnya , saya memang tidak sengaja , sekadar ingin bergurau. Tapi salah saya , kerana gurauan itu tidak kena pada masa dan tempatnya. Maafkan saya , Fiya. Fiya...saya suka dekat awak. Boleh awak terima maaf dan diri saya ini?” Ya Allah! Apa ni! Malu  , malu... “Em...first of all , Safiy Syakir , terima kasih tidak terhingga kerana awak telah bersusah payah memujuk saya untuk memaafkan diri awak. Saya terima maaf awak. Tapi , untuk terima awak...saya rasa tak kot. Not now , lot of sorry okey  my dear friend. Okey , Safiy , waktu prep dah nak habis , perpustakaan pun dah nak tutup. Saya balik dulu okey. Assalamualaikum.” Aku meninggalkannya begitu sahaja. Aku masih terkejut dengan apa yang terjadi sebenarnya. Aku tidak mampu mengatakan apa-apa , selain kata penerimaan maafnya. Lagipun , mana tidaknya , hampir nak terbeliak mata aku ni apabila aku lihat , hampir semua rakan setingkatan aku melihat drama percuma tadi. Dahlah terus terang cakap suka dekat aku. Mana nak letak muka ni. Tak apa , hari ni , hari kau. Kau ingat senang nak dapatkan aku? Ini Safiyya Sofiya la! Tunggu dan lihat...

          Safiy hampa , kelihatan kekecewaan melalui anak matanya. Tapi , dia masih tidak berputus asa. Suka , sayang dan cintanya pada Fiya ikhlas dan semua perasaan itu datangnya dari tuhan yang maha Esa. Akan dia jaga dan berusaha untuk mendapatkan Safiyya Sofia!!
###################################bersambung################################

Selasa, 13 Ogos 2013

my EID day !

Assalamualaikum , salam sejahtera semuanya :)

Rasanya macam lama je dah tak update blog ni. Walaupun tak dikenali ramai , tak menjadi tumpuan ramai , tapi cukup la catatan ni , blog ni menjadi teman saya di waktu saya gembira , sedih , bahagia dan apa-apa je la perasaan yang saya alami.

Bukannya tak nak meng'update blog ni , cuma masa tak mengizinkan. Maklum la , jadual fix , penuh , memang tak ada ruang dan peluang pun nak mengakses internet kalau dah balik maktab. Ni pun , sebelum raya tu , baru je habis exam pra-trial. Balik ni , awal bulan 9 , dah nak exam trial pula. Memang padat la jadual. Exam je kerjanya. Pejam celik pejam celik , dah nak exam
SPM. Kita tak sedar kan masa tu berlalu dengan pantas. Kalau sedar pun , siapa lah kita nak memberhentikan , melambatkan masa tu. Masa tak tunggu kita , bila dia bergerak , dah tinggalkan kita , memang tak terkejarnya lah. Serius , tak tipu. ^_^

Ramadan , telah pun meninggalkan kita. Kini , Syawal pula menjelma. Semua orang merasakan kebahagiaannya. Betul tak? Apa yang ingin saya kongsikan ialah , waktu inilah , insan seperti saya ini untuk bertemu rakan-rakan sekolah lama. Yang dah lama tak dapat berjumpa. Ada yang dah terputus connection. Tapi tak terputus pertalian persahabatan. Itu yang penting tau! :D

Seriusly , saya rindu dekat dorang semua. Bila dapat jumpa semalam , hari ni , Ya Allah! Macam nak peluk je dorang sorang sorang. Memang tak terungkap la rindunya , happynya.

Semalam , dapat jumpa dengan kawan-kawan yang time menengah rendah dulu , selalu study sama sama. Wahh!! Gila tak best! Seronok kot. Bila dapat jumpa dengan dorang , mesti teringat kenangan lalu. Kenangan lalu tu indah , penuh suka duka. Rasa macam tak nak je lepaskan dorang semalam.

Hari ni pun , dapat jumpa juga. Sekali yang dengan sekolah rendah dulu. Besar panjang da dorang. Rindu sangat... Lain la kalau dapat sembang lama-lama. Confirm banyak cerita.

Apa-apa pun , semoga pertalian , hubungan persahabatan kita ni berkekalan hingga hujung nyawa. Bukan setakat hubungan suami isteri je nak samapai hujung nyawa tapi persahabatan pun nak juga. :D

Sayang korang sangat sangat. Salam sayang. Muuaah !!!! ^_^




sory wei , stalker and copy pic korang yang kiut n ancem :D

Jumaat, 26 Julai 2013

Kehidupan sebenar . .

Setiap orang yang dilahirkan mempunyai kehidupan sendiri. Kehidupan yang mereka sendiri perlu lukis , ukir dengan sendiri , mengikut kreativiti dan apa yang mereka ingini. Ia kebiasaanya diibaratkan seperti sehelai kain putih yang bersih , apabila berwarna-warni coraknya , maka cantiklah dan cerianya ia , namun apabila buruk dan kelam coraknya , maka kotor dan kusamlah  ia.

Apa yang anda perlu tahu ialah apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Apabila anda sudah tahu , maka dengan senang anda boleh mengarangnya. Kehidupan tidak pernah sempurna kerana kita sendiripun tidak sempurna. Tapi kehidupan sebenar yang semua orang akan rasai ialah kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan , kesedihan , kedukaan , kekecewaan , kesenangan , kepuasan dan sebagainya. Apa yang baik dan buruk berlaku dalam hidup kita itulah kehidupan sebenar. Apabila anda pernah merasainya , maka itulah sebenarnya kehidupan sebenar dan anda perlulah bersyukur kerana anda berpeluang untuk merasainya.

Kekecewaan , kesedihan dan kedukaan . . .
Hanya satu sahaja yang perlu anda tahu apabila anda merasai perasaan ini. Anda perlu tahu bahawa orang lain juga pernah merasainya , bukan anda seorang. Maksudnya ialah , jangan cepat berasa kecewa atau terlalu merasai perasaan itu kerana ia sendiri bakal membuatkan dan menjatuhkan diri anda sebenarnya secara tidak langsung. Anda perlu kuat , teguhkan hati. Jangan sesekali patah hati. Kuncinya , SABAR.

Kegembiraan dan kesenangan . . .
Sudah tentu anda inginkan perasaan ini sepanjang masa. Memang , itulah lumrahnya. Norma kehidupan , tiada siapa yang melarang. Apabila anda merasai perasaan ini , jangan pula anda melupakan mereka yang sentiasa ada dikala kita kesunyian. Kongsilah dengan mereka sebagai tanda kita menghargai mereka. Ketahuilah , kegembiraan yang sebenar ialah apabila , kita membuat orang lain gembira tanpa kita meminta balasan darinya.

Teruskanlah kehidupan anda sekarang. Jangan pernah menoleh kebelakang. Yakin pada diri , anda bisa menempuhnya.

Rabu, 27 Mac 2013

KEBERKATAN ILMU DARI INSAN BERGELAR 'CIKGU'

Bulan Mac...genap , setahun tiga bulan saya berada di tingkatan menengah atas. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja , peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menjelma. Kini , boleh dikatakan , saya dan teman-teman lain berada di situasi genting ataupun kritikal dalam menimba ilmu sambil menyiapkan diri untuk menyambut peperiksaan yang tidak lama lagi. Masya-Allah...sungguh , masa berlalu begitu pantas. Jarum jam , laju berdetik. Tik...tik...seperti air hujan di luar tingkap.

Dalam kami sibuk menimba ilmu daripada para guru yang kami sayangi , pernah atau tidak kami terfikir soal keberkatan? Ya...saya pernah terfikirkannya. Perkara yang paling utama sekali dalam menimba ilmu ialah soal keberkatan. Keberkatan ilmu itu penting bagi memastikan ilmu yang diperolehi diredhai Allah SWT. Bagi seseorang yang bergelar pelajar , seperti saya , keberkatan ilmu perlu dititikberatkan , lebih-lebih lagi pada tahun peperiksaan.

'Beberapa hari lepas , semasa subjek Matematik Moden , saya dan teman-teman telah diberi nasihat daripada guru subjek tersebut , Cikgu Umi. Cikgu Umi cakap... "Kalau awak semua nak berjaya macam senior-senior awak yang lain , dua perkara je awak kena jaga. Pertama , keberkatan ilmu cikgu. Kedua , coupling. Hmm...yang kedua tu , saya tidaklah risau sangat tapi yang paling risau keberkatan ilmu cikgu. Berkatkah ilmu saya dan teman-teman sekelas yang lain? Itu menjadi satu tanda tanya...

"Jangan kurang ajar dengan guru-guru , tak berkat ilmu kamu" , Jangan ponteng kelas , hilang berkat" , "Jangan meniru , jangan riak kalau kamu pandai" , dan pelbagai lagi "jangan" yang dikaitkan dengan keberkatan.

Pernah tak anda merasakan anda sudah bertungkus-lumus , selak la nota warna-warni anda berpuluh kali , tapi , tup tup , dalam dewan exam , anda lupa a.k.a blank? Mesti pernahkan? Andai pernah , marilah sama-sama kita kembali muhasabah diri , adab-adab kita sebagai penuntut. Mungkin inilah natijahnya jika kita kurang mengambil kira soal keberkatan. Ha! Mana nak berkat , kalau cikgu-cikgu pun kita tak hormat. Penat-penat mereka ajar , kita dok bergosip kat belakang. Patut ke???

Keberkatan tidak boleh ternilai dengan mata kasar. Seseorang mungkin berjaya menjadi pelajar yang paling cemerlang di sekolah , tapi kerana tiada keberkatan , ilmu yang dipelajari sekadar di hujung pen. Tidak mampu diamalkan dan langsung membawa manfaat buat dirinya. Hanya berjaya dalam peperiksaan tapi tidak berjaya dalam hidup. berjaya mendapat kedudukan di dunia tapi tidak di akhirat. Kasihan sungguh , mereka ini. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.

Jadi , pesanan saya kepada semua teman seperjuangan , jangan terlalu mengejar keputusan yang cemerlang , tanpa memikirkan soal adab dengan guru , adab cara belajar dan sebagainya. Semoga kita mendapat keberkatan ilmu daripada Allah SWT. Amin :)

dedicated for BULETIN MAKTAB*
 
 
 


my project Essay (SPM'09) ~ with Nurain NABILAH

To : Tuan Haji Aiman Mohd Syukran
            Principal of SMKA al-Khairiah

From : Ainurliyana Mohamad
       Secretary of Sports Bureau

A Report on The Lack of Interests in Sports Among Students

         
          On behalf of the students of SMKA al-Khairiah , I would like to convey to you the reasons why students are not interested in sports. Last week , on 19th March 2013 , I had carried out a survey on the reasons of their lack of interests in sports. My target is my schoolmates. Based on my survey , I found that there are three main reasons why they are not interested in sports ; students themselves , lack of parents supports , and the facilities.

          The first reason is the students themselves ; their attitude. They love to give a lot of excuses than involving in sports. Not only that , they also keep complaining that they are lack of time to involve the sports which means , they do not have enough time for sports. As we know and can see , in their daily routines , they have at least an hour for sports training every evening so , they have enough time for sports. On the other hand , parents also is a part of the reasons. Parents are too emphasized on their children’s academic performance. They said , "Sports are not really important to our children. How sports can improve our kids’ studies? We did not see that sports can change our kids’ achievements in studies". They also want teachers make lots of tuition classes for their children than encourage the students in sports. Students also complained about the facilities. They said that there are some insufficient sports equipment in school. Our field and courts are also in poor condition and need to be fixed as soon as possible.

          However, I suggest some ways to overcome these problems. I think we must stress on the importance of sports to students. This is because , they do not have enough knowledge about the benefits of sports so , we must ask the sports teachers to stress their students about the benefits of sports during classes. In other hands , you should slow talk with the students’ parents. You can ask their parents to come to school and talk about their children activities. Furthermore , about the facilities , it is quite a long period to fix our school facilities. We want students to involve in sports so , we need to improve our facilities to ensure their safety during play. If not , of course their parents will make sure , their children will not involve in sports again. We do not want it happen as well.

          Sir , our school need to hire more qualified trainers to take in charge the students. Every sports need a trainer. Maybe not for all sports but some of them , such as a trainer for badminton , football , rugby , netball , table tennis and tennis. We need students to be trained well. Co-curricular organization should organize more sports competition for students. They can held annual sport event to produce more good athletes. They also can offer many attractive prizes to be given away to the winning participants. Definitely , it will attract more students and encourage them in sports.

          We hope the school authorities will cooperate and take some actions to overcome the issue the lack of interests of students in sports.


Prepared by ,
Ainurliyana:)
Ainurliyana Mohamad ,
Secretary of Sports Bureau ,
SMKA al-Khairiah.

my HOMEWORK from teacher Hazaleen :)


No 9 Klebang Prima 2 ,
Medan Klebang Prima ,
31200 Chemor ,
Perak Darul Ridzuan.

27th March 2013.


Dear Afiq,
          It is quite been a long time I have not writing to you. How is your doing , bro? I hope you are always in the pink of health. We here are just fine and as fit as a fiddle. How is your final exam result? I am pretty sure that you are passed with flying colours. I believe that you are really enjoying this school break at your hometown. By the way , last night , I saw on television that your rugby team won the first place in representing Perak. Congratulations! You guys such an awesome team!

          Anyway , actually I write this letter to tell you that I just got a letter from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) , about furthering my study there. You know what? I was so surprised and really excited when I got the offer. I feel that I just want to jump higher and shout loudly to express my happiness to the crowd. Oh! I almost forget to tell you that I will start my study a year from now…but , I have little problem. I am not really sure which stuff that I REALLY need to prepare myself when getting in the university. Either a laptop or a scooter. I really need your advice in choosing between the laptop or the scooter. I still thinking to get a better choice.

          Afiq…I think , if I choose the laptop , it will be a good assistant for me in finishing all my assignments and make my works done easier. Plus , it can be carried everywhere I want. Moreover , I can do research on the Internet using the laptop for various assignments ; group projects , additional information , and more. Furthermore , laptop is very useful whenever the library is lack of resources , so I think , this stuff is very useful to me. Yeah , right! With the basic of technology knowledge , I am sure it may help me to be succeed in my future. I guess I should buy the laptop first.

           By the way , deep inside me tells me to buy the scooter first. The scooter can transport to class. It will be easier for me because , I no need to wait longer for a bus or the other public transports which sometimes can make me late to reach the class. I wonder that the scooter will make me arrive to class on time. Time is gold! I do not have to rely on public transports to the class because , I know that , people will occupy space and make me hard to breath. It will totally compact with an atmosphere of people in a bus as well. Anyway , a scooter is more cheaper to be compared to a laptop. Besides , I got my riding licence and I think I should buy a scooter first for myself. Perhaps…?

          So , what say you? I was little bit wacky thinking about it over and over again. Please help me , my lovely cousin. Please help me to choose either the laptop or the scooter. I really blanked! I hope you will reply my letter. Anyway , please send my regard to your family. Thanks for spending your golden time to read my severe problem (not really actually , oh drama!). Bye…till pen meets paper again! See you!

Yours sincerely ,
Liyana :)
 

Selasa, 26 Mac 2013

A person that I like very much

          A person that I liked very much is , Naim. He was my best friend since we were in Form Three. We were classmates on the moment , for the first time ever. The main reason I liked him much because of his characters. He was just same as the other boys , but physically , he is a tall and good-looking guy. He was the famous student in school because of his achievements in sports. Sometimes , I little bit awkward to build a friendship with him. I just do not know why , but in fact , he has a character that make me adore him most ; his sincerity. Yes... . Naim is a true friend indeed. He never chose friends. He really comfort to be friends with almost everyone. I know that. I believe in him and we are very closed. He always help and support me. He had been with me through thick and thin.He has all the qualities of a good friend. I really appreciate him for being there for me whenever I need him.
 

          I still remember the moment he helped me in Geography. I always get trouble with the subject. I never scored well in Geography , but Naim was an expert in the subject. He seem to be able to understand all that had been taught in Mrs.Chan class. He could also memorize all the facts and the name places same as Mrs.Chan who has been teaching for over ten years. He was so amazing! He always scored the highest mark for the subject. Since I was weak in Geography , he offered to help me on my studies. I guest , I couldn’t do it without Naim’s help. Due to his help and guidance , I did well in my Geography test. I was not only passed , but I even scored a better grade , which is an ‘A’ for my Geography. My parents also surprised with my drastic improvement. I owed Naim much for his patience teaching me and spent a lot of time at school library for the extra tutors. I was so grateful to him.

          He had faced a lot of troubles in order to help me with my studies. He never refused to lend me a hand even when he was also busy with his homework and sport trainings. One day , a day before our examination , Penilaian Menengah Rendah (PMR) , he studied with me until dusk. I was very happy that Naim was with me because I needed his help as well as moral support. I was not feeling confident about the coming examination , but Naim helped me with all the subjects that I was weak at. Thanks to him , I got 8A's in PMR and as targeted ,and Naim also got 8A's. We had done a good job. You are a good friend , Naim...I admit it.
 
         
          Apart of my studies , Naim also supportive in other things. In June , a group of my batch spread a cruel rumors about me. They said that , I am a bad girl. I am a social girl , like to be a couple with many boys. Who are they to said like that? My tears fell down and I was crying. I was so sad. After that incident , the others started teasing me. Naim did not join them. He did not believe that cruel rumors. He had known me well. Naim stood by my side instead. As I felt really hurt by the rumors , Naim convinced me that everything will turn out fine. He told me that it would be better if I just brush off those rumors as my batch would later realised that the rumors were not true. I was so glad that he was there for me when I had no one else to turn to.
 

          We have been friend since we were in form three. During that year , we undergo and share many experiences together. Our friendship become tight. Naim is a mentally and emotionally tough boy , so he is the one who would stand up for me and advise me when I feel lost and refused to fight. I am so lucky to have him as my best friend. Till now , his character , sincerity in friendship still remain the same , nothing change. Naim , you are the person that I like very much until now even I had moved out from that school.


*it is a sample and simple essay ,
it is about the person who I like very MUCH ,
I dedicated it to my best friend , Muhammad Naim bin Abdul Ghani ,
hope he will like it because only these , I can give it to him to make him happy :)
friend forever , insyaAllah.