Sabtu, 30 November 2013

erti SetiaKu


         


 

 

 

 
          Sudah sebulan pelajar baharu dari Johor Bahru tu masuk maktab ni , tapi sepatah kata pun tak terkeluar dari mulut aku apatah lagi hendak berkenalan dengan dia. Nak dikatakan aku yang sombong , pemalu , tak juga sebab kalau nak diikutkan sejarah dekat maktab ni , akulah satu-satunya pelajar yang paling mesra alam dekat sini tapi , entah kenapa dengan mamat baru ni , mulut aku tiba-tiba terkunci rapat , serapat-rapatnya. Hati aku ni , teringin juga nak berkenalan , tegur dia , tapi...aduhai Fiya , malulah pulak muka ni. Mana tidaknya , aku ni perempuan , takkan nak buka mulut dulu. Aik? Dulu , okey je Fiya. Hurm...(berfikir sejenak). Boleh pulak , sekarang ni , fikiran aku ni fikir tentang tanggapan orang sekeliling je kalau aku tegur mamat baru tu. Alahai! Susah betul kalau nak jaga hati semua orang ni.

 
          "Safiyya , pinjam esei Bahasa Melayu yang Cikgu Amira suruh salin tu. Aku tak siap salin lagi tiga karangan ni , malam ni aku nak siapkan jugak. Esok , cikgu nak checkkan?" Ha , Man , ambillah dalam fail yang ada dekat atas meja aku tu. Esok pagi , waktu kelas BM , jangan buat-buat lupa pulak pulang balik. Kalau kau tinggal esei aku tu dekat asrama , siap kau , aku paksa juga kau ambil dekat aras 3 Jati tu." Haha! Chill Mem Fiya. Gerenti beres sih! Semuanya bisa diatur , hanya untuk Safiyya Sofiya!". Itulah rutin harian classmates aku kalau waktu prep malam. Kalau tak pinjam homeworks kawan , memang tak sah , yang jadi mangsanya , budak perempuanlah. Aduyai...

 
          Prep malam aku berakhir seperti malam-malam sebelum ini cuma malam ini aku terpaksa balik asrama bersendirian memandangkan kawan-kawan aku yang lain semuanya telah serbu kafe terlebih dulu. Mana tidaknya , petang-petang , orang suruh berhenti riadah awal , tapi tak , degil , itulah padahnya. Tiap-tiap malam , sedekah duit dekat kafe tu. Kaya cepatlah mak cik kafe tu... Aku mempercepatkan langkah menuruni tangga memandangkan hari semakin lewat malam. Tiba-tiba , sedang aku berjalan melintasi Blok Alpha , aku terlihat lampu kelas 5J masih terang-benderang. Aik , ada pelajar lagi ke dekat kelas malam-malam ni. Ingatkan aku seorang je. Meremang pulak bulu roma aku ni. Ha , dah tegak aku tengok bulu roma aku ni. Hish...(istighfar). Perlahan-lahan aku menghampiri kelas itu. Kosong? Eh? "Opocot , mak kau! Oi , apa ni main sergah-sergah! Aduh , kalau orang ada heart attack macam mana? Aku mati sia-sia je nanti. Huh! Dah , tepi la!" "Aik? Dia yang terhendap-hendap aku dalam kelas tadi , aku pulak yang salah? Ai...perempuan , perempuan. Memang sifat perempuan betul , cepat touching ,kuat merajuk , haha...tapi sweet pulak aku tengok minah mesra alam ni. Tapi , kenapa dia tak pernah tegur aku ye? Mesra alam ye? Hahaha...”

 
          Sesampainya aku di bilik , aku terus menghenyakkan punggung di atas katil yang semua orang rasakan tersangatlah ‘empuk’ apabila keletihan. Raudhah , roommate aku melihat aku dengan penuh kehairanan. “Kau ni kenapa Fiya? Ribut tak ada , hujan tak ada , gerimis di siang hari pun tak ada apatah lagi hujan renyai-renyai. Lewat kau balik. Kau balik dengan siapa? Kau date ye dekat blok akademik tu?” “Woi! Baik sikit ye kau cakap tu , Raudhah. Banyak mulut pulak dia ni malam-malam buta ni. Tak kuasa aku nak dating-dating ni. Buang masa tau tak. Aku dah la balik seorang. Dah balik seorang , kena sergah pulak tu. Ish , mamat baru tu , buat aku panas hati je. Nasib baik temperature aku tak naik tadi , kalau tak , makan tangan tadi mamat tu.” “Rileks la Fiya. Dah la tu , sekarang kau tenangkan hati dulu , pergi salin baju tu , dah bau masam tau. Nanti , kau cerita dekat aku tau apa yang budak baru tu buat dekat kau.”

 
          Pagi yang indah nan permai ini , aku memulakan hariku dengan senyuman yang mekar , seperti biasa sehinggalah... Safiyya Sofiya! Safiyya!! Ish , mamat ni lagi. Tak cukup-cukup lagi ke dia sergah aku semalam. Buang masa aku je. No thanks kalau nak minta maaf ye. Setiap hari , mesti mamat baru tu yang aku terserempak. Entah kenapa la. Dah la buat aku dulu , sekarang , baru menyesal , terhegeh-hegeh nak minta maaf. Dah tau aku memang hot tempered , yang pergi sergah aku , kenapa? Saja cari pasal dengan akukan.

 
          Hampir seminggu kejadian pada malam itu berlalu. Aku , dengan keras kepala aku , masih tidak melayani mamat baru tu , hmm...Safiy Syakir. Aku seperti merajuk hati pada dia kerana kejadian itu. Kenapalah dengan aku ni , merajuk-rajuk pulak. Yang peliknya , si Safiy tu macam cacing kepanasan je. Bila aku tak layan dia , lari daripada dia , lagi beria-rialah dia tu nak pujuk , minta maaf dekat aku. Pelik aku. Rasa serba salah la tu. Ha! Padan muka kau!!! Kejarlah aku , sampai dapat , sampai aku cair dekat kau.

 
     “Eh , apa ni? Beg kertas apa pulak ni? For Safiyya Sofiya. Hmm...baju kurung? Siapa pulak la yang bagi ni? Raudhah , siapa bagi aku baju kurung ni?” “Ha , aku baru nak tanya kau , siapa yang bagi. Balik kelas tadi aku jumpa beg kertas tu depan bilik kita. Aku tengok ada nama kau , aku bawa masuk la. Aku ingatkan ada orang pinjam baju kau , dia nak pulang balik.” “Ini yang aku pelik. Kau pun tak tau ke? Kalau la ada orang pinjam baju aku , selalunya dorang bagi guna hanger , lagipun ni baju baru la. Siapa pulak la ni bagi aku baju baru.” Fiya , nak tengok. Macam cantik je...Fiya! Memang cantiklah baju kurung ni. Baju kurung moden ni , macam mahal je. Tengok ni , tag baju ni , jenama Laura Lauriya la. Mahal kot. Untung kau , Fiya.” “Hmm...iyalah tu Raudhah. Entah-entah baju mak cik cleaner tu tertinggal depan bilik kita. Dah la , aku nak tidur. Kejap lagi ada kelas , tak pasal-pasal aku pulak yang tertidur waktu kelas nanti.”

 
          Fikiran aku masih menerawang pada baju kurung pemberian seseorang yang tidak aku ketahui. Cantik baju kurung tu , sesuai dengan cita rasa aku , warna biru pastel pulak tu. Kelas petang itu tamat awal sebelum waktu kebiasaanya. Sedang aku berpusu-pusu untuk keluar , tiba-tiba aku terdengar satu suara yang memanggil nama aku. Setelah berjaya keluar dari perpustakaan , aku terlihat Razman sedang menungguku. Aku menghampirinya. “Ha , kau nak apa dari aku? Kali ni , aku malaslah nak turun padang , training ragbi. Asyik budak lelaki je guna kawasan aku satu team. “Eh , Fiya. Rileks dulu. Bukan tu la. Ni , aku cuma nak bagi pesanan dekat kau je. Ada budak bagi. Kalau kau tanya dekat aku , siapa budak tu , maaf sangat-sangat , aku dah janji tak akan bagi tahu dekat kau. Ha , lagi satu , ni dia ada pesan tadi , kalau kau nak tahu siapa dia , better kau pergi sendiri jumpa dia malam ni okey? Dah , jangan kata apa-apa. Nanti , nak guna padang , roger aku. Aku kosongkan padang untuk kau. Chou!”

 
          Aku terpinga-pinga. Tanpa kata , aku mulakan langkah aku menuju ke surau. Seusai solat Asar , aku pulang ke asrama. Aku terus membaca sticky note yang diberikan Razman sebentar tadi.








Assalamualaikum Safiyya Sofia ...
Malam ni , kita jumpa boleh?
Awak tolong pakai baju kurung yang awak dapat tadi ye.
Nanti , awak tunggu je dekat dalam kelas , ada orang yang akan jemput awak.
Sehingga jumpa malam ni. J
 
                                                                                   




 

 

 

 

 

 

         

 

          Hati aku masih berdolak-dalik. Aku masih ragu-ragu , adakah patut untuk aku berjumpa orang tersebut. Hmm...kalau diikutkan pendapat Raudhah , dia beria-ria suruh aku pergi. Katanya , kalau aku pergi jumpa orang tu pun , bukannya orang tu boleh buat apa-apa pun dekat aku. Lagipun , orang tu mesti budak maktab juga. Betul juga aku rasa. Aku bergegas ke bilik air dan mempersiapkan diri. Seusai solat Isya’ dan solat sunat hajat , aku melangkahkan kakiku ini ke kelas. Kelihatan , kawan-kawan sekelasku sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah. Aku memulakan kerja sekolahku. Selang lima minit , aku akan melihat jam tangan pemberian abangku itu. Manalah orang yang nak jemput aku ni. Entah-entah , dorang nak kenakan aku. Huh! Bodoh betul aku. Kalau betul , mesti dorang tengah tertawakan aku. Aku melihat sekeliling , manalah tahu , ada orang yang mencurigakan sedang mentertawakan aku. Malunya!!!
 
          “Assalamualaikum , Fiya , ada orang nak jumpa kau dekat perpustakaan. Jom , aku temankan kau pergi sana. Orang tu , suruh aku hantar kau sampai sana. Kalau nak harapkan kau pergi sana , memang naik turun bas pun tak akan sampailah.” Okey , fine. Dahlah lambat , sabar Safiyya. Aku melangkah kaki dengan sepantasnya keluar dari kelas. Kawan-kawan sekelasku masih khusyuk melakukan kerja masing-masing. Pelik betul dorang malam ni.

          Sepanjang perjalanan ke perpustakaan , tiada sepatah perkataan yang meluncur keluar dari mulut aku dan Zariff. Seperti kami telah diarah supaya tidak perlu berkata apa-apa sepanjang perjalanan. Setibanya aku di perpustakaan , hatiku berasa berdebar-debar. Semakin laju degup jantungku. Zariff meninggalkan aku di luar perpustakaan. Dia berpesan supaya terus ke rak buku. Tapi...rak buku yang mana satu? Baru aku menoleh semula untuk bertanyakan soalan itu , jasad Zariff sudah tidak kelihatan lagi. Mak oi! Laju gila mamat ni lesap. Oh , padan la. Mana tidaknya , diakan jaguh pecut maktab.
 
          Aku menanggalkan sandle , dan terus menuju ke tempat yang dikatakan sebentar tadi. Tak ada orang pun. Orang tu pergi toilet kot. Aku tunggulah dulu dekat sini. Aku melihat-lihat buku-buku di rak Dalam Negara. Sedang aku mencari buku yang menarik , aku terlihat sebuah buku yang agak sederhana besarnya. Buku itu berjudul , Rahsia Kehebatan Gadis Bernama Safiyya. Eh , judul buku ni macam nama aku je. Haha...aku mengambilnya. Aku menyelak-nyelak buku itu dan tiba-tiba...terlekat sehelai sticky note berwarna jingga.


Hanya kamu saja yang mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa
Kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta
Kamu saja yang mampu membuat diriku
bahagia


                                                               



 

 

 

 

 

 

 

          Aku dapat melihat Safiy keluar dari celah-celah rak buku yang banyak itu , sambil memetik gitar , mendendangkan lagu Kamu Saja nyanyian Ainan Tasneem. Ya Allah! Kejutan apakah ini? Apakah hikmahnya semua ni? Safiy kelihatan sungguh segak dengan baju melayu biru pastel , yang serona dengan aku tapi...dia pakai kain pelikat pulak la. Aih , tak ngam pulak. Mamat ni pun , tak perasaan agaknya ni. Ni mesti kes tergesa-gesa nak datang sini sampai lupa nak salin kain pelikat lepas solat tadi. Hehe...geli pulak hati aku ni tengok dia. Aku terpaku , terbuai , dan sememangnya hatiku tercair pada kejutannya itu. Serius , aku memang sangat terkejut. Aku melayani , menjiwai lagu itu sehinggalah habis. Habis je lagu itu , Safiy menghampiriku dan duduk di hadapanku. “Safiyya Sofiya , saya , Safiy Syakir , ingin memohon maaf daripada awak kerana telah menyakiti hati awak , menyergah awak tempoh hari. Sejujurnya , saya memang tidak sengaja , sekadar ingin bergurau. Tapi salah saya , kerana gurauan itu tidak kena pada masa dan tempatnya. Maafkan saya , Fiya. Fiya...saya suka dekat awak. Boleh awak terima maaf dan diri saya ini?” Ya Allah! Apa ni! Malu  , malu... “Em...first of all , Safiy Syakir , terima kasih tidak terhingga kerana awak telah bersusah payah memujuk saya untuk memaafkan diri awak. Saya terima maaf awak. Tapi , untuk terima awak...saya rasa tak kot. Not now , lot of sorry okey  my dear friend. Okey , Safiy , waktu prep dah nak habis , perpustakaan pun dah nak tutup. Saya balik dulu okey. Assalamualaikum.” Aku meninggalkannya begitu sahaja. Aku masih terkejut dengan apa yang terjadi sebenarnya. Aku tidak mampu mengatakan apa-apa , selain kata penerimaan maafnya. Lagipun , mana tidaknya , hampir nak terbeliak mata aku ni apabila aku lihat , hampir semua rakan setingkatan aku melihat drama percuma tadi. Dahlah terus terang cakap suka dekat aku. Mana nak letak muka ni. Tak apa , hari ni , hari kau. Kau ingat senang nak dapatkan aku? Ini Safiyya Sofiya la! Tunggu dan lihat...

          Safiy hampa , kelihatan kekecewaan melalui anak matanya. Tapi , dia masih tidak berputus asa. Suka , sayang dan cintanya pada Fiya ikhlas dan semua perasaan itu datangnya dari tuhan yang maha Esa. Akan dia jaga dan berusaha untuk mendapatkan Safiyya Sofia!!
###################################bersambung################################