Jumaat, 5 Oktober 2012

Pengorbanan seorang sahabat

sahabat...
setiap orang di dunia ini mempunyai sahabat
tak kiralah satu ataupun banyak
tapi...
mesti anda mempunyai seorang sahabat baik
betul tak?

jika benar ,
mungkin di bawah ini ialah ciri-ciri sahabat baik anda , bukan?
DIA seorang yang baik
DIA seorang yang penyayang
DIA seorang yang prihatin
dan apatah lagi apabila
DIA seorang yang cantik/kacak dimata orang sekeliling

tapikan...
pernah tak anda sedar
sahabat anda mempunyai ciri-ciri itu?
mesti takkan?
sebab apa ya?

ini kerana , 
anda tidak pernah mengenali sahabat anda itu sendiri
kebaikannya , hanyalah untuk kepentingan anda
kasih sayangnya , tidak pernah anda sedar
keprihatinannya , anda ambil remeh
dan kehadirannya di sisi anda ,
hanyalah untuk mengisi masa lapang anda

apa erti sahabat sebenarnya untuk anda?
tidak cukupkah DIA
memberi dan mengorbankan segala-galanya untuk anda
masa , tenaga dan mungkin juga 
hatinya sendiri terpaksa DIA korbankan
pernahkan anda sedar itu?

fikirlah...
renunglah...
cuba fahami diri sahabat anda
nasihat saya ,
hargai diri sahabat anda
kerana DIA sahabat yang baik
yang sebenarnya membawa anda ke syurga ALLAH
yang sentiasa setia menjaga dan menemani anda
sedar atau tak...
DIA cintakan ANDA kerana SANG PENCIPTANYA...
ketahuilah-masyaALLAH


*saya pernah melalui semua ini :(