Farhana Dahlia , pelajar aliran Sains Agama di SM Tun
Rahimah. Anak bongsu Encik Fauzan dan Puan Dariah merupakan pelajar kebanggaan
, pelajar contoh dan pelajar harapan di sekolah itu. Walaupun demikian ,
dirinya dan namanya hanya kelihatan dan disebut-sebut semasa Hari Anugerah
Pengetua sahaja. Hal ini kerana , kelas Farhana bukanlah di blok yang sama
dengan pelajar-pelajar lain. SMTR merupakan satu-satunya sekolah berasrama
penuh yang menawarkan tiga jenis aliran Sains , iaitu , Sains Tulen , Sains
Akaun dan Sains Agama. Pelajarnya hanyalah dari golongan tingkatan empat dan
tingkatan lima. Hanya lima blok akademik diperlukan untuk menempatkan
pelajar-pelajar yang terpilih. Dua blok berkembar adalah pelajar Sains Tulen.
Dua blok berhadapan , pelajar Sains Akaun dan blok paling belakang , pelajar
Sains Agama. Walaupun ianya paling belakang , tetapi ianya berhampiran dengan
blok asrama , surau dan dewan selera. Ini , memudahkan para pelajar Sains
Agama. Lagipun , kebanyakan pelajar Sains Agama gemar meluangkan masa mereka di
kelas dan surau. Pengajaran mereka juga kebanyakan bertempat di sekitar situ.
Sebab itu , mereka jarang kelihatan di blok-blok lain.
Tidak jauh dari tempat Farhana mengulangkaji pelajaran
bersama rakan-rakan sekelasnya , kelihatan sekumpulan pelajar lelaki dari
aliran Sains Tulen khusyuk berdiskusi. Jika dilihat , mungkin mereka sedang
berdiskusi tentang pelajaran Pendidikan Agama Islam. Sedang ralit Farhana
memerhati gelagat pelajar lelaki tersebut , tiba-tiba matanya tertumpu kepada
seorang pelajar lelaki yang berkaca mata. Ketua Pelajar! Gulp! Farhana terus
menundukkan pandangannya. Di dalam hati , kalimah istighfar diucap beberapa
kali. Dia terus menyambung semula membuat latihan yang tergendala sebentar
tadi. Selang beberapa minit , suasana bertukar sunyi dengan angin bertiup
lembut. Dek kerana terlalu khusyuk , Farhana tidak menyedari bahawa pelajar
lelaki sebentar tadi telah berada dihadapannya.
“Farhana...cuba kau tengok orang depan kau tu. Aku rasa dia
nak tanya sesuatu. Apa kata kau berhenti kejap dan tanya apa dia nak. Sebab dah
10 minit dia berdiri depan kau dari tadi” , pinta Wardah. Aku berhenti menulis.
Aku mengangkat muka dan . . . “Ya Allah! Apa dia buat depan ni? Ni mesti dia
perasan aku tertengok dia tadi. Ish , mata ni. Lain kali , jaga penglihatan.
Selalu boleh pula sopan-santun” , gumam aku dalam hati.
“Oh nama awak Farhana. Awaklah Farhana Dahlia tu ye? Memang
tepatlah. Oh , sebelum tu. Assalamualaikum. Nama saya Fahmi Darwis , pelajar
aliran Sains Tulen. Mesti awak kenal saya kan sebab saya kan ketua pelajar.
Hehe...eh , saya bergurau je. Maaf. Saya cuma nak minta tolong awak terangkan
dekat saya bab perkahwinan. Dari tadi kami dekat sana tu berdiskusi , mencari
cara untuk senang faham dan ingat hukum-hukum perkahwinan ni tapi tak dapat
juga. Mungkin awak ada cara. Sebab , saya perasan tadi awak macam berminat nak
tolong kami. “
“Waalaikumsalam. Mula-mula , maaf atas keterlanjuran saya
sebentar tadi. Saya sebenarnya tidaklah mempunyai cara untuk memahami dan
mengingati tentang bab perkahwinan tapi , insyaAllah , saya akan bantu saudara.
Pada pandangan saya , apa kata saudara buat nota ringkas macam saya ni. Kalau
saya , saya suka buat nota berwarna-warni tapi kalau yang lelaki ni , tak pasti
pula saya. Saudara ada bawa buku teks agama kan? Kalau kita nak buat rujukan ni
, elok guna buku teks sebab soalan yang akan keluar nanti , semua berdasarkan
buku teks. Mula-mula , cuba saudara baca sekali imbas. Kemudian , saudara fahamkan
dan cuba cari kata kunci. Lepas tu , saudara ambil sehelai kertas dan buat nota
ringkas berdasarkan kata kunci tadi dan kefahaman saudara. Bila dah siap , cuba
saudara ulangkaji semula. Jika saudara faham , insyaAllah , saudara akan ingat.
Cubalah dengan kawan-kawan yang lain. Nota saya ni , saya pinjamkan pada
saudara untuk dibuat rujukan.”
“Terima kasih kerana membantu saya. InsyaAllah , bila saya
dah selesai nanti , saya akan pulangkan nota awak ni. Assalamualaikum Farhana
Dahlia.”
Ilmu di dada , jangan
kedekut untuk dikongsi. Biarpun sedikit tapi ianya berguna. Meskipun berlainan
jantina , bukan menjadi penghalang untuk belajar sesuatu , asalkan adab dan
batasan dijaga. InsyaAllah , moga ia diberkati.
Keputusan peperiksaan semester 1 telahpun sampai dirumah
setiap pelajar. Alhamdulillah...keputusan yang cemerlang.
Cuti berbaki beberapa hari digunakan oleh Fahmi dan rakan
baiknya Ridzuan untuk membeli barang-barang yang diperlukan semasa aktiviti
yang bakal dilakukannya setingkatan seawal persekolahan semester kedua nanti.
Aktiviti ini adalah hadiah buat para pelajar tingkatan lima yang menunjukkan
prestasi yang cemerlang semasa peperiksaan semester 1. Oleh kerana
pemberitahuan yang akan lewat daripada pihak guru , Fahmi dan rakan-rakan setugasnya
terpaksa menggunakan hari cutinya untuk membantu guru menyediakan aktiviti itu.
Namun , sebenarnya , sebagai ketua pelajar , dia perlulah sentiasa ada untuk
guru-guru tak kira masa. Tanggungjawab yang berat itu harus digalas dengan penuh
dedikasinya. Seperti apa yang dikatakan Ustazah Yusni , mereka yang menggalas
jawatan , sebelah kakinya telah berada di dalam neraka.
Semester kedua telahpun bermula. Semua pelajar telah selamat
tiba di perkarangan asrama SMTR. Pada malam itu , semua pelajar tingkatan lima
telah dikumpulkan di dewan perdana. Dengan riak kebingungan , semua pelajar ternanti-nanti
dan tertanya-tanya , mengapakah mereka dikumpulkan. Hampir 15 minit pelajar
meriuhkan dewan , akhirnya , kelibat ketua pelajar bersama Cikgu Wasilah muncul
disebalik pintu belakang. Semua pelajar kembali duduk mengikut kelas dan ketua
disiplin bersama beberapa orang anak buahnya membuat pemeriksaan kehadiran para
pelajar. Setelah cukup , taklimat dimulakan. Malam itu , Cikgu Wasilah menyampaikan
berita gembira bahawa mereka akan dibawa bercuti selama 3 hari 2 malam. Mereka
akan dibawa ke sebuah resort di di pinggir bandar untuk melakukan aktiviti
istimewa di sana. Dek terlalu teruja , gamatlah sekali lagi dengan keriangan
para pelajar. Setelah hampir sejam taklimat daripada Cikgu Wasilah , Fahmi pula
mengambil alih taklimat pada malam itu. Segala info berkaitan aktiviti itu
diterangkan secara terperinci oleh Fahmi. Setelah yakin dengan apa yang disampaikan
, semua pelajar dilepaskan pulang ke asrama memandangkan mereka akan bertolak
ke resort tersebut pada keesokan harinya. Idea ini , datangnya daripada
guru-guru dan disokong kuat oleh pengetua. Sengaja dibuat begitu kerana terlalu
gembira. Mana tidaknya , sekolah mereka telah menduduki tangga teratas secara
keseluruhan disebabkan keputusan yang sangat cemerlang.
Masing-masing
kelihatan begitu teruja dengan percutian selama 3 hari 2 malam itu di AmanSuria
Residence Resort. Seawal jam 7.30 pagi , kesemua pelajar tingkatan lima
berkumpul di dataran utama. Kehadiran telah diambil oleh guru pengiring bagi
memastikan setiap pelajar telah berada disitu. Tepat jam 8.00 pagi , mereka
bertolak ke resort tersebut. Perjalanan selama 2 jam itu digunakan Farhana
untuk membaca novel penulis kegemarannya iaitu Siti Rosmizah. Dirinya lebih
selesa sebegitu memandangkan kebanyakan pelajar yang menaiki satu bas dengannya
adalah pelajar dari aliran Sains Tulen dan Sains Akuan.
Setibanya di AmanSuria Residence Resort , Farhana dan rakan
baiknya , Wardah menuju ke ruang lobi untuk mendaftarkan diri. Setelah selesai
, mereka meletakkan bagasi di sudut yang ditetapkan , kemudian , menuju ke
Dewan Felisa untuk mendengar sesi taklimat aktiviti yang bakal mereka ikuti.
Setelah itu , mereka diberi kunci bilik dan mereka dibenarkan ke bilik
masing-masing. Farhana kelihatan begitu terpesona dengan keindahan resort
tersebut. Pemandangan yang cantik , udara yang nyaman ditambah lagi cuaca yang
tidak begitu panas , membuatkan Farhana ingin sekali menerokai keseluruhan kawasan
resort itu. Namun , oleh kerana masa yang diberikan hanya cukup-cukup sahaja
untuk merehatkan diri dan menunaikan solat zohor , niatnya itu , terpaksa
dilupakan buat seketika.
Aktiviti pertama dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Kali
ini , fasilitator telah membahagikan mereka dengan menggabungkan lelaki dan
perempuan dan juga menggabungkan ketiga-tiga aliran Sains. Hal ini untuk
mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Bukan senang untuk mereka
berkumpul sekali melakukan aktiviti memandangkan di sekolah , jadual mereka
terlalu padat dengan sesi akademik mengikut aliran masing-masing , lebih-lebih
lagi bagi pelajar aliran Sains Agama.
Farhana bernasib baik kerana tidak pernah berenggang dengan
Wardah. Dia telah digabungkan di dalam kumpulan yang sama. Begitu juga Fahmi
dan Ridzuan. Nampak gayanya jodoh Farhana dan Fahmi sangat kuat. Ahli kumpulan
yang lain juga termasuk Rozana , Saadiah dan Taufiq yang masing-masingnya
daripada aliran Sains Akaun. Setiap kumpulan akan mendapat ahli perempuan yang
lebih banyak memandangkan bilangan lelaki agak sedikit berbanding perempuan.
Hal ini juga dapat membantu agar pelajar perempuan tidaklah berasa kekok
mahupun malu dek kerana bilangan pelajar lelaki yang banyak di dalam satu
kumpulan. Guru-guru tidak mahu mereka terlalu pasif apabila teringatkan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum ini.
Aktiviti pada petang itu dimulakan dengan pertandingan
sukaneka yang diadakan di padang bersebelahan padang golf. Terdapat tiga jenis checkpoint yang mewakili satu permainan
tradisional dan satu permainan moden. Dua kumpulan akan ditempatkan di setiap checkpoint. Pertandingan tersebut
menarik minat para pelajar apabila pasukan yang menang akan diberi peluang
untuk mencuba bermain golf. Peluang ini akan diambil oleh para pelajar dan
kelihatan setiap kumpulan bermain dengan bersungguh-sungguh dengan bekerjasama
dan semangat yang waja. Aktiviti seperti ini juga secara tidak langsung akan
merapatkan hubungan antara pelajar dan mengurangkan rasa malu pelajar. Tetapi ,
titik berat batas pergaulan tetap diberi perhatian oleh para guru.
Rezeki menyebelahi kumpulan Warisan yang diketuai Hariz
iaitu kapten bola sepak sekolah. Mereka sekumpulan telah berjaya menjuarai
pertandingan sukaneka dan diberi peluang untuk mencuba sendiri bermain golf.
Bagi pasukan lain pula , mereka tidak dihampakan apabila , pihak pengurusan
resort telah memberi mereka peluang untuk mencuba kemudahan yang disediakan di
pusat gym resort.
Pada sebelah malam , seusai solat maghrib dan solat isyak
berjemaah , kesemua pelajar dikehendaki ke Dewan Felisa untuk mengikuti
aktiviti seterusnya. Aktiviti pada malam itu ialah aktiviti mendengar ceramah
daripada salah seorang finalis Pencetus Ummah iaitu PU Rahmat.
“Wahh!! Hana...bagusnya pengetua kita tu , sanggup jemput PU
Rahmat datang sini bagi ceramah dekat kita. Aku memang rasa syok dan beruntung
sangat. Inilah hadiah yang paling aku rasa istimewa yang pernah aku dapat.”
luah Wardah tidak henti-henti dari tadi.
“Alhamdulillah Ada. Syukur...nanti kita pakat ramai-ramai ,
akhir program nanti ucap terima kasih dekat pengetua kita tu. Tak sangka pula
pengetua sanggup berhabis duit nak meraikan kita. Ini baru peperiksaan semester
1 , belum lagi percubaan SPM , lagi-lagi SPM nanti. Aku rasa , pengetua akan
buat kenduri , tak pun bawa kita semua pergi bercuti luar negara pula kot.
Haha...over pula kita ni. Angan-angan
pula...” Farhana pula meluahkan apa yang terbuku.
“Amboi , Cik Farhana...tinggi betul mimpinya ye. Kalau Cik
Farhana nak tahu , PU Rahmat tu abang saudara Encik Fahmi ni. Ha , dialah yang
cadangkan dekat pengetua agar jemput PU Rahmat , memandangkan abang saudara dia
tu sedang bercuti di rumahnya. Jadi...berkat usaha Encik Fahmi kita ni , boleh
la kita semua tengok secara live
celoteh PU kita ye. Betul ke tidak Encik Fahmi??” sakat Ridzuan.
“Ish , kau ni Wan. Aku mana ada buat apa. Kebetulan masa aku
ikut Abang Rahmat bagi ceramah dekat rumah anak-anak yatim waktu cuti semester
hari tu , aku terserempak dengan pengetua. Itu waktu berbincang , aku saja
berseloroh dengan pengetua , cadangkan malam pertama buat ceramah. Tup tup ,
pengetua setuju , jadi aku bagitahu dekat Abang Rahmat. Akhirnya...itu , depan
mata semua orang dia dah muncul.” muncung Fahmi pada PU Rahmat yang telah siap
sedia untuk memulakan ceramahnya.
Ceramah yang agak santai itu diisi dengan perkongsian dan
gelak tawa daripada semua orang. Tajuk yang diperkatakan ialah ‘Manisnya Sayang’.
Seronok benar para pelajar dengan tajuk tersebut dek kerana tajuk itu begitu
sesuai dengan jiwa remaja dan memandangkan penceramahnya juga agak muda dan
sesuai dipanggil ‘abang’. Apatah lagi bagi Fahmi...tajuk seperti itu sangatlah
diharapkan. Mungkin , ini kerana pertanyaan yang diajukan dirinya kepada Abang
Rahmat tempoh hari berkaitan soal hati. Berbunga-bunga betul hati Fahmi.
Sekurang-kurangnya , dia mendapat sedikit keyakinan dan beberapa jawapan kepada
apa yang sering mengganggu fikirannya beberapa bulan yang lepas.
Ceramah diakhiri dengan nyanyian sebuah lagu nasyid yang
bertajuk Permata Yang Dicari daripada kumpulan DeHearty. Tetapi , yang
istimewanya , lagu ini hanyalah dinyanyikan oleh PU Rahmat dan pelajar lelaki
sahaja. Hal ini kerana , semasa sesi ceramah , PU Rahmat telah meminta pelajar
perempuan untuk menulis ciri-ciri lelaki pilihan hati masing-masing di sehelai
kertas. Meskipun agak memalukan bagi pelajar perempuan , tapi atas dorongan dan
keyakinan yang diberikan oleh PU Rahmat dan keterujaan pelajar lelaki , mereka
lakukan juga. Kertas-kertas tersebut dikumpulkan di dalam sebuah balang dan
kemudiannya akan dicabut oleh setiap pelajar lelaki. Mereka tidak akan
mengetahui siapa pemilik kertas itu. Apa yang diperkatakan oleh PU Rahmat ,
anggap sahaja , apa yang kita dapat itu , sebagai cabaran buat kita untuk
menjadi lelaki yang lebih baik dan sebagai persediaan untuk menjadi seoarang
suami kelak. Mungkin ianya adalah petunjuk daripada Allah SWT buat kita semua.
Akhirnya tamat juga hari pertama ni. Letih betul. Walaupun
baru dua aktiviti dan dua kejutan daripada guru-guru , ini semua sudah
memenatkan Farhana. Sampai sahaja dibilik , selepas membersihkan diri , dirinya
terus melelapkan mata dek kerana letih yang teramat sangat. Begitu juga dengan
Wardah dan dua lagi rakan sebiliknya. Tidak sempat berbual apa , mata terus
terlelap.
“Woi Fahmi , dari tadi aku tengok kau tenung kertas yang kau
cabut tadi tu kenapa? Apa yang budak perempuan tu tulis tentang ciri-ciri
lelaki pilihan dia? Aku nak baca . . . !” Ridzuan merampas kertas tersebut
daripada tangan Fahmi.
“Hmm...ciri-ciri pilihan lelaki saya ialah , pertama saya
tak suka lelaki yang merokok. Kedua , dia hormat saya dan keluarga saya
terutamanya ibu bapa saya. Ketiga , dia faham saya dan boleh bimbing saya.
Sebagai tambahan , saya suka lelaki yang pakai spec J “ ...
“Wan...bagilah dekat aku balik. Kau ni pun , semuanya nak
tahu.” rungut Fahmi.
“Oh...padanlah dari tadi kau tenung je kertas tu. Ada satu
ciri kena dengan kau ye. Beranganlah ni ye cik abang oi! Eh , kejap. Aku rasa ,
aku kenal dengan tulisan tangan tu. Kejap ye , aku pergi ambil.” laju sahaja
langkah Ridzuan untuk mengambil nota di dalam beg sandangnya.
“Ini dia Fahmi. Cuba kau tengok tulisan dalam nota ni.
Samakan?” tunjuk Ridzuan kepada Fahmi.
“Iyelah Wan. Sama betul. Ini bukan ke nota agama yang
Farhana pinjamkan pada kita bulan lepas? Eh , dah lama ni kita pinjam. Kita
kena pulangkan. Patutlah aku cari hari tu tak jumpa. Mesti dia terpaksa buat
lainkan untuk ulangkaji untuk kertas agama hari tu. Kaulah ni Wan...aku suruh
cuba sendiri ni nak salin bulat-bulat. Kau dahlah suka buat barang orang jadi
harta sendiri. Kesian dekat Farhana...” bebel Fahmi.
“Eh eh kau ni Fahmi. Eh , kira beruntunglah kita tak
pulangkan lagi nota tu. Sekarang , dapatlah kau tahu yang kertas tu kepunyaan
Farhana Dahlia , pujaan hati kau tu kan. Tapi , apa-apapun , aku minta maaflah
sebab lambat pulangkan. Aku bukan sengaja. Tak apa , nanti biar aku yang
pulangkan sendiri.” kata Ridzuan.
“Eh! Taka pa. Biar aku yang pulangkan. Aku yang pinjam ,
biar aku yang pulangkan ye. Heheh...” dalam hati ada taman.
“Dan dan je kau ye Fahmi. Aku faham apa yang tersimpan di
sudut hati kau. Jangan risau , aku sentiasa sokong kau dari belakang. Jomlah
tidur. Lewat dah ni. Selamat malam , assalamualaikum.” Ridzuan telahpun
melelapkan matanya.
Fahmi segera menarik selimutnya. Bukan kerana sejuk tetapi
kerana terlalu gembira dengan berita yang baru sahaja dia ketahui. Terima kasih
, Ya Allah...
Matahari telah menerbitkan sinar cahayanya. Selepas
bersarapan , fasilitator menerangkan aktiviti mereka pada hari itu. Aktiviti
pada hari itu agak istimewa kerana mereka akan bermain permainan ‘Running Man’
seperti yang mereka sering tonton dikaca televisyen. Seperti yang diduga ,
jelas terpancar keterujaan para pelajar dengan aktiviti itu. Antara sebab
permainan ini menjadi pilihan guru-guru kerana semasa Hari Guru pada bulan
lepas , para pelajarnya telah membuat tema Korea untuk meraikan guru-guru
mereka. Dengan semangat dan minat yang teramat , dewan perdana telah dihias
dengan begitu cantik sekali. Para guru sangatlah teruja dan berasa gembira.
Dengan cara inilah , mereka berterima kasih kepada para pelajarnya. Beruntung
sungguh mereka bersekolah disitu. Pelajar terpilihlah katakan.
Aktiviti ini akan diadakan sehingga petang dan dijangka akan
berakhir pada jam lima petang. Kumpulan masih lagi dikekalkan. Mereka akan
lakukannya pada dua sesi. Pada sebelah pagi , mereka akan bermain permainan
biasa seperti apa yang mereka sering lihat di dalam Running Man. Tema permainan
mereka ialah ‘Missing Journey’. Mereka akan bermain dua jenis permainan biasa.
Kemudian , untuk permainan ketiga mereka akan dipecahkan. Tempat permainan
lelaki dan perempuan akan diasingkan memandangkan permainan ketiga ialah
permainan mencabut tanda nama. Semasa permainan ketiga inilah , tanpa disedari
seorang pelajar perempuan telah diculik oleh kumpulan pembelot. Pelajar
tersebut ialah Farhana Dahlia. Itulah permainannya.
Kenapa Farhana? Siapakah pembelot itu?
Terbongkarlah!!! Ini semua adalah rancangan Ridzuan dan
dijayakan lagi dengan kerjasama Wardah. Bukan niat untuk mengenakan tetapi
untuk melihat dan menguji sejauh mana keikhlasan Fahmi terhadap Farhana.
Ridzuan merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap permainan ini. Dengan
kerjasama fasilitator , permainan berlangsung dengan lancarnya. Semasa Farhana
dan Wardah bersembunyi daripada pihak lawan , semasa itulah kunco-kunco Ridzuan
a.k.a fasilitator menculik Farhana. Wardah berpura-pura tidak dapat melakukan
apa-apa. Farhana disembunyikan di sebuah bilik kosong di hujung resort. Matanya
telah ditutup serta tangan dan kakinya telah diikat. Mulutnya yang bergam pula
akan dibuka sekiranya Ridzuan memberi keizinan. Ridzuan akan mengizinkannya
apabila dia dan Wardah berpuas hati dengan keikhlasan dan kesungguhan Fahmi terhadap
Farhana. Walaupun , niat sebenar tidak siapa ketahui dan terpaksa mengorbankan
rakan sendiri , ini juga untuk kebaikan rakan-rakan baiknya itu.
Permainan mencabut tanda nama dihentikan apabila peserta
yang masih hidup adalah kunco-kunco pembelot dan beberapa peserta lain yang
tidak mengetahui apa-apa. Berita kehilangan Farhana telah sampai ke pengetahuan
peserta lelaki apabila fasilitator memaklumkan perkara tersebut. Peserta lelaki
dan perempuan yang masih hidup dikumpulkan dan begitu juga peserta-peserta lain
bagi mengetahui misi sebenarnya. Tema ‘Missing Journey’ dijelaskan kepada
setiap peserta dan kini barulah mereka menyedari misi sebenarnya dan apa yang
sebenarnya yang sedang berlaku. Misi pencarian akan dilakukan selepas makan
tengah hari , solat zohor dan hemat diri. Walaupun permainan dihentikan ,
kelibat Farhana masih tidak kelihatan. Fahmi sudah mula risau. Ke sana ke sini
dia mecari Farhana. Tapi , dek kerana tidak ingin dicurigai sesiapa , Fahmi
mendiamkan diri.
Misi pencarian telah sejam dimulakan. Tetapi , Fahmi masih
lagi belum menemukan Farhana. Fahmi mengambil keputusan untuk berpecah dengan
peserta yang lain bagi memudahkan dirinya untuk mencari Farhana. Seluruh tempat
dicarinya , namun , hampa. Farhana tidak ditemui. Peserta-peserta yang lain
telah keletihan dan mengambil keputusan untuk menarik diri. Mereka memilih
untuk menyerah dan duduk bersama rakan-rakan yang lain di dalam Dewan Felisa
menonton misi pencarian itu. Mereka berbuat demikian apabila mengetahui , kisah
sebenarnya disebalik permainan itu. Di masa yang sama , di tepi sebuah bangunan
, Fahmi hampir berputus asa dengan misi itu. Dengan lemahnya , Fahmi menyeluk
poket seluarnya lalu mengeluarkan kertas yang dicabutnya semalam. Dibacanya
tulisan tangan itu kemudian digenggamnya. Semangatnya berkobar-kobar semula.
Dari belakang dewan , Ridzuan menghantar pesanan ringkas
kepada Wardah. Dia mengarahkan agar Wardah menghalakan kipas angin ke arah
langsir bilik , tempat persembunyian Farhana. Fahmi yang kebetulan duduk bertentangan
bilik itu , berasa pelik apabila tiba-tiba langsir bilik tersebut bertiup
dengan kuat sekali. Sedarnya , sebelum ini , langsir itu biasa-biasa
sahaja. Fahmi curiga. Perasaannya berasa
sesuatu. Dengan teliti dan berhati-hati , dia menghampiri kawasan belakang
bilik itu. Aksinya yang sebenarnya dilihat oleh semua rakannya boleh dikatakan
seperti aksi Jongkook di dalam Running Man. Malangnya , tingkap tersebut tidak
boleh dilihat dari luar. Dia tidak mampu melihat apa-apa. Dia masih tidak
berputus asa. Dia mencuba pula ke bahagian hadapan. Dilihatnya sekeliling ,
mana tahu , ada sebarang petunjuk. Kemudian , dilihatnya nombor bilik tersebut
dan bilik sebelahnya memandangkan bilik yang disyaki adalah bilik paling
hujung. Dia teringat sesuatu. Iya! Itu bilik Amelia. Dia cuba menghubungi
Amelia. Panggilannya dijawab. Dia menanyakan sama ada bilik sebelahnya diduduki
sesiapa atau tidak. Dan Amelia memaklumkan bahawa bilik itu kosong sejak
semalam. Kemudian , Fahmi menelefon bahagian pihak resort untuk memastikan
adakah bilik itu ditempah ataupun diduduki sesiapa. Setelah mendapat maklumat ,
tidak salah lagi. Dia yakin. Itu tempatnya!!!
Ridzuan menghantar pula pesanan kedua kepada Wardah yang
telah berada di bilik Amelia. Dari situ , Wardah dapat melihat segala-galanya.
Mereka berdua berpuas hati dengan kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan
Fahmi. Sesungguhnya , permainan pada hari itu amat mencabar buat semua orang.
Inilah kali pertama mereka melihat Runnning Man yang begitu susah sekali.
Mereka yang menontonnya secara live turut
berdebar-debar. Namun , mereka masih tidak mengetahui dalang disebalik
penculikan Farhana. Wardah membuka gam dimulut rakan baiknya itu. Secara
spontan , Farhana terus menjerit meminta pertolongan. Dalam masa yang sama
Amelia telahpun berada di hadapan biliknya. Fahmi telah meminta Amelia untuk
datang ke sini untuk membuka pintu biliknya memandangkan biliknya dihubungkan
dengan bilik sebelah. Jadi , sebab itulah bilik tersebut dikosongkan. Tapi ,
itu bukanlah sebab sebenarnya. Bilik itu , sebenarnya telah ditempah oleh
kaunselor sekolah mereka , Puan Sahaya sebagai bilik sakit.
Apabila terdengar jeritan Farhana , Fahmi terus merampas
kunci bilik Amelia dan terus membuka pintu bilik tersebut. Wardah yang sedang
menyorok di dalam tandas berasa berdebar-debar. Dia berdoa agar Fahmi terus
mencari Farhana di bilik sebelah. Pintu penghubung dibuka dan Fahmi menjumpai
Farhana. Farhana yang sedang menangis , dibuka ikatan mata , tangan dan kaki
oleh Fahmi. Fahmi menenangkan Farhana. Tidak lama selepas itu , pintu bilik
dibuka dan kelihatan semua orang telah berada di situ. Akhirnya...misi selesai.
Fahmi Darwis ialah juaranya. Dia hero buat Farhana Dahlia. Permainan selesai
seperti yang dijangka. Mereka dilepaskan pulang ke bilik masing-masing untuk
berehat memandangkan pada malam harinya pula , mereka akan menghadiri satu
majlis khas. Kejutan yang paling mengujakan mereka apabila pada malam taklimat
di dewan perdana , Cikgu Wasilah telah menyuruh mereka membawa sepasang baju untuk
menghadiri majlis khas. Mereka dibenarkan berpakaian biasa asalkan menutup
aurat. Ini ialah majlis untuk mereka.
Esakan tangisan yang berbaki masih lagi kedengaran daripada
Farhana. Mana tidaknya , dirinya yang tidak mengetahui apa-apa telah dibuat sedemikian.
Wardah yang menjadi dalangnya hanya mendiamkan diri. Begitu juga Ridzuan.
Mereka pura-pura letih dan sibuk dengan persiapan untuk majlis pada malam itu.
Dek kerana tidak ingin memberitahu perkara sebenar dan ingin merahsiakannya
dahulu , mereka hanya memberikan salinan video pertandingan tadi kepada Farhana
dan Fahmi. Walaupun masih tidak memahami apa-apa , dan memandangkan , orang
lain sibuk dengan persiapan malam nanti , akhirnya Farhana dan Fahmi mengalah
juga. Mereka memilih untuk merehatkan diri akibat kerana terlalu letih. Pakaian
mereka berdua telah lama siap tersedia memandangkan pakaian mereka berdua telah
dihantar oleh kedua keluarganya pada pagi tadi. Ini , menyenangkan mereka.
Sebelum melelapkan mata , Fahmi menelefon Farhana menggunakan
telefon biliknya. Dia cuma inginkan Farhana tidak apa-apa. Setelah mendapat
kepastian , mereka berdua merehatkan diri masing-masing.
Farhana mengenakan jubah labuh yang berwarna hitam yang
ditempah khas di butik umminya. Umminya sendiri telah menghiasi jubahnya itu
dengan aksesori manik yang tidak terlalu sarat dan serabut. It’s look nice. Suit for her. Ceewahh!!!
Farhana memadankannya lagi dengan shawl berwarna
hijau epal. Walaupun tidak menggunakan sebarang make up , kecantikan wajahnya tetap terpancar. Mewarisi kecantikan
umminya yang berdarah kacukan Arab itu , wajahnya semulajadi kelihatan cantik.
Apa yang mahalnya ialah keningnya yang tebal. Sebab itulah Fahmi Darwis
terpikat dengan dirinya tanpa dia sedari.
Fahmi pula yang berbaju kemeja hitam dan slack hitam dan dimatchingkan lagi dengan tali leher serona dengan tudung Farhana ,
kelihatan begitu segak bergaya. Walaupun wajahnya kelihatan agak keletihan ,
Fahmi masih mampu tersenyum apabila dihadapannya kini adalah Farhana Dahlia.
Hatinya berbunga-bunga apabila dilihatnya Farhana juga mengenakan pakaian
sedondon dengannya. Macam berjanji-janji pulalah ye. Jika digandingkan , sama
cantik dan sama padan. Bak kata peribahasa , merpati dua sejoli , bagai pinang
dibelah dua , semuanya padanlah dengan pasangan ini.
Farhana dan Wardah mengambil tempat dimeja yang terletak di
tepi kolam renang. Mereka rasakan tempat itu agak strategik dan sesuai untuk
bergambar. Haha...kedua-duanya kaki bergambar sebenarnya. Tidak jauh dari situ
, Ridzuan telahpun secara sengaja mengambil tempat berdekatan dengan Farhana.
Ini semua demi sahabatnya itu. Fahmi kelihatan agak sibuk apabila dirinya baru
sahaja diminta untuk berucap di pentas sebagai wakil kepada para pelajar. Sebenarnya
, malam itu akan diadakan majlis makan malam untuk pelajar tingkatan lima dan
sekaligus akan menutupkan aktiviti percutian mereka di situ. Setelah penutupan
dirasmikan , maka pada hari esok , kesemua pelajar akan dilepaskan melakukan
aktiviti masing-masing , sama ada mereka ingin berehat-rehat ataupun mengambil
kesempatan untuk meninjau dan berjalan-jalan di sekitar resort.
Majlis makan malam itu diserikan lagi dengan persembahan
para pelajar secara spontan. Cabutan nama yang dibuat para guru dan pelajar
sendiri , membuatkan setiap orang berdebar-debar dan berasa takut jikalau nama
mereka akan terpilih. Kebanyakan mereka yang bertuah ialah pelajar lelaki.
Farhana dan Wardah lebih berminat untuk menikmati pemandangan pada waktu malam
itu. Mereka memilih untuk menikmati hidangan yang disediakan di tepi kolam
renang tidak jauh dari pentas utama. Sedang mereka berdua asyik makan , seorang
guru lelaki , Cikgu Fazrul mendekati mereka dengan membawa sebuah kotak bersaiz
sederhana yang penuh berisi dengan nama para pelajar. Cikgu Fazrul meminta
Farhana untuk mencabut nama para pelajar memandangkan Farhana merupakan pelajar
kesayangannya. Secara spontan Farhana mencabut satu nama. Farhana membuka
kertas nama tersebut dan . . .
“Gulp! Fahmi Darwis!! Ya Allah...kenapa dia?” bisik Farhana.
Cikgu Fazrul meminta Farhana untuk mengumumkan nama pelajar
yang bertuah itu. Fahmi yang sedang makan , tersedak sebaik sahaja Farhana
menyebut namanya. Dengan rela hati dan hati yang dihiasi dengan rama-rama ,
dengan segera Fahmi mencari dua rakannya untuk membantu dirinya membuat
persembahan spontan itu. Fahmi telah memilih untuk menyanyikan sebuah lagu
Korea yang sangat diminati ramai terutamanya Farhana Dahlia. Sebenarnya , sejak
dirinya mengenali dan tertarik dengan gadis bernama Farhana Dahlia itu , dia
telah berusaha secara perlahan-lahan mengenali dan mengetahui diri Farhana
melalui rakan-rakan yang mengenalinya. Banyak maklumat yang diketahuinya
melalui Wardah yang sebenarnya ahli silat sekolah sama seperti dirinya. Fahmi ,
Ridzuan dan Hariz telahpun bersedia di atas pentas untuk membuat persembahan.
Semua pelajar kelihatan begitu teruja apabila pertama kali mendengar suara
ketua pelajar itu menyanyikan lagu Korea. Tidak sangka , Fahmi mampu berbahasa
Korea dan kedengaran begitu fasih , begitu juga dengan Ridzuan dan Hariz. Jadi
, tidak hairanlah kenapa mereka bertiga telah terpilih untuk mewakili sekolah
untuk program pertukaran pelajar selama sebulan pada bulan hadapan ke Korea.
Pelajar berdarah kacukan Korea itu sangat fasih berbahasa Korea apabila dirinya
telah mengikuti kelas bahasa asing semasa berada di tingkatan satu lagi. Oleh
itu , kini , dirinya sangat fasih untuk berbahasa itu.
Farhana kelihatan begitu terpaku dengan persembahan Fahmi
sehingga Wardah disebelahnya tidak dihiraukan. Wardah tidak betah dengan
keadaan seperti itu. Akhirnya dia menarik tangan Farhana. Farhana terkejut lalu
menyedari keterlanjuran dirinya yang begitu asyik menghayati persembahan Fahmi
itu. Farhana termalu sendiri. Dia segera mengalihkan pandangannya ke tempat
lain. Wardah mengambil peluang itu dengan mengajak Farhana untuk mengambil
gambar kenang-kenangan. Setelah majlis selesai , mereka memilih untuk terus
pulang untuk mengemas barang. Mengikut apa yang telah dirancang tadi , setelah
mendapat kata putus daripada rakan-rakan sekelasnya , esok pagi mereka akan
bersama-sama menghirup udara segar di sekitar resort. Mereka ingin meluangkan
masa bersama dan menjadikan aktiviti pada keesokan hari itu sebagai memori yang
paling indah untuk mereka sewaktu di zaman sekolah.
Wardah menghantar pesanan ringkas kepada Ridzuan ,
memaklumkan bahawa dia dan rakan sekelasnya akan bersiar-siar pada esok pagi.
Ridzuan memberitahu kepada Fahmi tetapi Fahmi hanya tersenyum lalu merebahkan
dirinya di atas katil yang empuk itu. Tidak berapa lama selepas itu , dirinya
pun terlelap. Mungkin letih siang tadi masih bersisa. Ridzuan membiarkan sahaja
lalu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum masuk tidur.
Jarum jam menunjukkan ke angka tiga pagi. Fahmi yang
terlelap awal , terjaga daripada tidur. Walaupun dirinya masih letih , dia
tetap menggagahkan diri untuk bangun menunaikan solat sunat istikharah. Dia
sebenarnya berniat untuk mengerjakan solat sunat istikharah dan ingin memohon
petunjuk daripada Allah SWT kepada apa yang dirasainya selama ini. Seusai
melakukan solat sunat istikharah dan bertafakur , Fahmi melelapkan mata semula.
Baru setengah jam dia terlelap , tiba-tiba dia terjaga.
“Ya Allah...adakah itu satu petanda? Petunjuk dariMu?” ...
Fahmi masih bingung.
Fahmi beristighfar dan berselawat beberapa kali. Setelah itu
, dia ke meja yang disediakan di bilik itu. Dia mengeluarkan sehelai kertas
kajang lalu menulis sesuatu di atas kertas itu. Ia seperti sepucuk surat.
Barangkali....iya. Sepucuk surat untuk Farhana Dahlia. Dia telah bertekad untuk
meluahkan isi hatinya. Walaupun dia sedar , dirinya tidak layak untuk Farhana
Dahlia tetapi , cukuplah untuk Farhana mengetahui apa yang dirasainya. Dia
sanggup untuk terima apa sahaja kerana dia memang ikhlas dengan Farhana. Hampir
sejam dia meluahkan segala isi hatinya di dalam surat itu , akhirnya segalanya
telah terluah. Dia meletakkan pen lalu melipat surat itu menjadi bentuk hati.
Surat itu akan dia selitkan pada nota kepunyaan Farhana. Nota itu akan
dipulangkannya pada pagi itu semasa Farhana dan yang lain bersiar-siar di
sekitar resort.
Setelah bersarapan , Farhana dan rakan-rakan sekelasnya
berkumpul di lobi hotel. Setelah semuanya berkumpul dan sedia untuk melakukan
aktiviti bersiar-siar , mereka memulakan aktiviti tersebut bersama-sama. Mereka
sama-sama menikmati keindahan sekitar resort. Embun pagi masih lagi dapat
dirasai. Selepas bergambar bersama-sama dan melakukan aktiviti bersama , mereka
membuat keputusan untuk berpisah untuk melakukan aktiviti masing-masing pula.
Fahmi dan Ridzuan yang baru sahaja selesai berjoging , kelihatan sedang berehat
sambil menghirup udara segar. Kebetulan sewaktu itu , Fahmi terlihatkan kelibat
Farhana. Fahmi berlari-lari anak mendapatkan Farhana. Ridzuan yang kebingungan
ditinggalkan begitu sahaja akhirnya memahami dan membiarkan sahaja kelakuan
rakan baiknya itu. Wardah yang berada disebelah Farhana menjauhkan sedikit
dirinya seperti memahami apa tujuan Fahmi ke situ. Surat yang berbentuk hati
itu telah kemas terselit di dalam nota agama milik Farhana. Fahmi menyerahkan
nota itu tanpa mengatakan apa-apa. Farhana menjadi bingung dengan sikap ketua
pelajar itu. Sepertinya ketua pelajar itu kelihatan begitu malu apabila mereka
berjumpa sebentar tadi. Namun , Farhana membiarkan Fahmi sebegitu apabila
Wardah telahpun mengajaknya untuk pulang ke bilik.
Sebulan telah berlalu dan beberapa minggu lagi peperiksaan
percubaan SPM akan tiba. Farhana dan rakan-rakan sekelasnya begitu sibuk
mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Masing-masing memberi fokus sepenuhnya
untuk peperiksaan kali ini. Suatu hari , sedang dia mengulangkaji pelajaran
agama , dia secara tiba-tiba menjumpai kertas yang berbentuk hati. Seingatnya ,
dia tidak membuat nota seperti itu. Dengan perasaan ingin tahu , dia membuka
kertas berbentuk hati itu. Alangkah terkejutnya apabila menyedari kertas itu
adalah sepucuk surat daripada Fahmi Darwis untuk dirinya. Kata-kata dan isi
hati yang diluahkan Fahmi dibaca satu-persatu. Dirinya kaku dan tidak mampu
berkata apa-apa dengan luahan isi hati ketua pelajar itu. Patutlah sejak balik
dari resort , dia tidak melihat Fahmi apatah lagi sekarang. Sudah dua minggu
Fahmi dan dua lagi rakannya mengikuti program pertukaran pelajar. Farhana
menekup mukanya lalu beristighfar beberapa kali.
Sejak membaca surat daripada Fahmi , perasaan Farhana terasa
bercelaru. Dia mendapat berita daripada Cikgu Fazrul bahawa Fahmi dan
rakan-rakannya akan pulang ke Malaysia pada esok hari. Malam itu , setelah
membuat latihan Matematik Tambahan , Farhana melelapkan mata agak awal tidak
seperti selalu. Pagi itu , dia ada temujanji. Kehadirannya adalah wajib!
Seusai bertemujanji dengan sang kekasihnya , Farhana
melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia tidak berniat untuk menyambung
tidurnya semula. Dia termenung seorang diri di awal pagi itu. Dihadapannya kini
ialah surat pemberian Fahmi dan sehelai kertas kajang untuk membalasnya.
Farhana bertekad untuk membalas surat tersebut dan surat itu akan
disampaikannya setelah Fahmi pulang ke tanah air. Surat daripada Fahmi itu
dibacanya semula sebelum memulakan coretan balasannya.
Santun pekertimu
dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
untukku mendekatimu.
Sepucuk suratku
tulis menyatakan harapan
Walaupunku
kebimbangan kau berbeza pandangan
Namunku tetap
menanti jawapan...
Assalamualaikum
Farhana Dahlia...maaflah sekiranya surat ini mengganggu waktu awak. Saya tidak
berniat untuk mengganggu diri awak. Saya cuma ingin meluahkan apa yang selama
ini terbuku di dalam hati ini. Saya tidaklah pandai berkata-kata mahupun bermadah
kata. Biarlah saya berterus-terang sahaja. Lagi mudah bukan?
Sebenarnya
Farhana , saya telah lama meminati awak. Sejak pertama kali saya melihat awak
di perpustakaan beberapa bulan lepas , secara tidak sengaja saya telah jatuh
hati pada diri awak. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Pada mulanya , saya tidak
menghiraukan perasaan saya sendiri tapi setelah perbualan pertama kita pada
tempoh hari , akhirnya saya menyedarinya. Perasaan ini mengganggu fikiran saya.
Ada juga saya bertanya perasaan yang saya alami ini kepada Abang Rahmat ,
tetapi Abang Rahmat tidak terus menjawab. Dia hanya tersenyum kepada saya. Saya
menjadi semakin bingung sehinggalah ceramah pada malam pertama kita di sini.
Dari situ , serba sedikit persoalan yang mengganggu itu terjawab. Tapi , saya
masih tiada keyakinan untuk meluahkan perasaan ini kepada awak.
Farhana , adakah
awak masih ingat kertas ciri-ciri pilihan lelaki yang Abang Rahmat suruh awak dan
pelajar lain tulis tu? Sebenarnya , saya mendapat kertas milik awak. Saya tahu
itu tulisan tangan awak melalui nota agama yang awak pinjamkan tempoh hari.
Apabila saya baca ciri-ciri yang awak tulis tu , hati saya sedikit gembira
kerana awak menyukai lelaki yang berkaca mata. Saya berkaca mata bukan? Maaf ,
kalau saya perasan. Sekurang-kurangnya saya masih punya harapan. InsyaAllah ...
Awak...dengan
kertas itulah saya berusaha mencari awak sewaktu permainan Running Man semalam.
Saya terkejut dengan kehilangan awak. Saya hampir berputus asa tapi apabila
saya membaca tulisan tangan awak tu , semangat saya berkobar-kobar semula.
Akhirnya...saya yakin dengan perasaan saya selama ini.
Malam tadi ,
saya membuat solat istikharah. Alhamdulillah...saya mendapat petunjuk darinya.
Sebab itulah , surat ini saya tulis untuk menyatakan segalanya pada awak.
Farhana ,
perkenalan yang singkat ini , saya harap akan ada perkembangannya. Jika
diizinkan , saya ingin mengenali awak dengan lebih dekat. Saya harap , awak
tidak menghampakan saya. Saya ikhlas dengan hubungan ini. Cukup dahulu tulisan
daripada saya untuk kali ini. Saya setia menunggu balasan daripada awak.
Assalamualaikum...
Tulus ikhlas ,
Fahmi Darwis J
Seminggu lagi peperiksaan percubaan akan berlangsung. Fahmi
, Ridzuan dan Hariz telah selamat sampai di tanah air. Mereka dibenarkan pulang
pada minggu ini untuk berehat secukupnya sebelum memberikan perhatian seratus peratus
pula untuk peperiksaan percubaan. Sebelum Fahmi pulang , Farhana telah berjumpa
dirinya di hadapan foyer. Sepucuk
surat dihulurkan Farhana kepada dirinya. Sebenarnya , Fahmi sendiri telah dapat
meneka isi surat itu dan dia sendiri terasa berdebar-debar dengan isi surat
yang sedang berada di tangannya kini. Agak lama dia menunggu jawapan daripada
Farhana.
Setelah selesai menunaikan solat isyak berjemaah bersama
keluarganya , Fahmi meminta diri untuk ke biliknya sementara menunggu ibu dan
kakak-kakaknya menyiapkan hidangan makan malam. Fahmi mengambil kesempatan itu
untuk membaca surat balasan pemberian Farhana siang tadi. Dengan perasaan
berdebar-debar , Fahmi membuka lipatan surat itu. Kalimah basmallah sebagai
pembuka.
Assalamualaikum wrhbt...
Kepada imtiaz Fahmi ,
Arwah abang saya pernah berpesan kepada
saya , janganlah kita berkasih-kasihan sebelum tiba pada masanya. Selagi belum
bersedia , eloklah kita merahsiakan dan memendamkan dahulu isi hati kita. Bukan
saya ingin katakan perbuatan Fahmi salah. Tidak Fahmi. Mungkin Fahmi telah
bersedia tapi tidak bagi saya. Saya tak nak bercinta ataupun couple. Bercinta itu tidaklah salah
asalkan menjaga batas pergaulan dan niat kerana tuhan tetapi couple itu haram kerana tiada istilah di
dalam Islam.
Biarlah hubungan kita ini kekal sebagai
persahabatan kerana Allah swt. Belajarlah rajin-rajin dahulu. Lebih elok , jika
kita berikan fokus terlebih dahulu pada peperiksaan percubaan dan peperiksaan
SPM yang tidak lama lagi ini. Jika ada rezeki dan jodoh , insyaAllah kita akan
berjumpa lagi.
Jangan lupa belajar rajin-rajin tau.
Jumpa Fahmi di IPT. See You di IPT . . .
Sekian , wassalam.
kalau sayang , doakan dunia dan akhirat
untuk dia.
kalau cinta , bimbinglah dia ke jalan
yang benar.
Salam dari , Farhana Dahlia
Fahmi Darwis menyahut cabaran tidak langsung daripada Farhana. Dia dapat
memahami apa yang dimaksudkan oleh Farhana di dalam surat balasannya itu. Dia
juga yakin dengan perasaanya terhadap Farhana , dia tidak bertepuk sebelah
tangan. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Dia akan
buktikan segalanya. Benar! Kejayaan menentu pertemuan!!
Peperiksaan percubaan telahpun bermula. Para pelajar SMTR
kelihatan begitu yakin apabila menjawab kesemua soalan yang diberikan. Namun ,
mereka haruslah sentiasa peka dan berhati-hati dengan setiap soalan yang
dinyatakan. Apa yang dikehendaki , itu yang perlu diberi jawapan. Farhana ,
Fahmi , Ridzuan dan Wardah kelihatan tenang menjawabnya. Pelajar harapan
sekolah itu , melakukan sebaik mungkin setelah bertungkus-lumus mengulangkaji
pelajaran. Solat dan doa tidak alpa ditunaikan dan dipanjatkan.
Keputusan percubaan telahpun keluar. Semasa perhimpunan
bulanan dan perhimpunan rasmi yang terakhir pada tahun itu , pengetua sekolah ,
Tuan Abdullah Ghazali telah mengumumkan keputusan yang dicapai oleh anak
pelajarnya. Alhamdulillah...sekali lagi pelajar mencipta rekod yang cemerlang.
Mereka sekali lagi menduduki tempat pertama secara keseluruhan. Keputusan
peperiksaan percubaan mereka adalah yang terbaik. Jadi , harapan yang tinggi
semestinya akan diletakkan pada para pelajar. Walaupun bukan kesemuanya
mendapat semua A+ tetapi rekod keputusan , kesemua pelajarnya hanya mendapat
gred C+ sehinggalah A+. Alhamdulillah... Antara pelajar yang berjaya memperoleh
keputusan semua A+ ialah tidak lain dan tidak bukan Fahmi Darwis dan Ridzuan ,
yang mewakili pelajar aliran Sains Tulen. Hariz dan Amelia mewakili pelajar aliran
Sains Akaun serta Farhana Dahlia dan Wardah yang mewakili pelajar aliran Sains
Agama. Di sini membuktikan aliran apa sahaja mampu memperoleh kecemerlangan.
InsyaAllah . . .
Masa yang tinggal baki beberapa hari lagi itu digunakan para
pelajar untuk berusaha lagi dan membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan
terbesar mereka , SPM bermula. Pada saat ini , Farhana lebih suka mengulangkaji
pelajarannya dengan cara membuat latihtubi dan studi berkumpulan. Walaupun
berbeza aliran , ia tidak menghalang Farhana , Wardah , Fahmi dan Ridzuan
belajar bersama-sama. Setiap hari , mereka akan belajar bersama-sama. Pada
sebelah pagi di perpustakaan dan pada sebelah petangnya di taman belajar.
Dengan cara ini , mereka lebih relaks dan ia tidak memberi tekanan yang teramat
kepada mereka. Pada waktu beginilah kita perlu slow down dan beri peluang pada diri untuk menyegarkan otak.
Persahabatan yang terjalin antara Farhana dan Fahmi juga
semakin rapat semenjak mereka belajar bersama. Namun demikian , pelajaran tetap
menjadi keutamaan. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan , satu sesi motivasi
daripada Ustazah Yusni diadakan. Sesi motivasi ini adalah untuk memberi nasihat
dan peringatan buat pelajar-pelajar. Apa yang perlu dan tidak perlu harus
diperingati semula. Semasa sesi motivasi ini berlangsung tempoh hari , Ustazah
Yusni ada menyebut , jangan bercinta pada masa sekarang. Fahmi yang tidak jauh
dari Farhana memandang Farhana dari jauh , kemudian dia tersenyum. Ustazah
Yusni mengingatkan para pelajar bahawa pelajaran lebih penting daripada
bercinta. Kejayaan yang semua orang nak tengok. Tak ada sesiapa yang inginkan
kita , berkenan dengan kita kalau kita tak ada pelajaran kelak. Kata-kata ustazah
membakar semangat aku dan ditambah lagi dengan kata-kata yang ada di dalam
surat Farhana.
“Bangkit semangat keazaman ,
menggulung cita dan impian , biar terpaksa rahsiakan hubungan . . . “ lirik
lagu itu yang sering disiulkan oleh Fahmi sejak dia menyedari terdapat ayat
“See You Di IPT” di dalam lagu nyanyian UNIC itu. Sejak mereka rapat , Fahmi
sering memberikan sticky note kepada
Farhana. Sticky note yang bertulis
mutiara kata itu akan di balas dengan sticky
note yang bertulis “See You Di IPT” pula. Tiada balasan Farhana selain ayat
itu. Fahmi memegang janji itu!!
“Every
successful person has a painful story.
Every painful
story has a successful ending.
Accept the pain
and get ready for success.”
“Allah adalah
KEKUATAN.
Untuk mencari
kekuatan , carilah Allah.”
“Jika kamu GAGAL
mendapatkan sesuatu ,
Hanya satu hal
yang harus kamu lakukan ,
Try Again.”
Pada awalnya masa berlalu begitu pantas , kini ia kembali
pula merangkak-rangkak seperti sengaja memberi tekanan kepada para pelajar SPM
SMTR. Hari berganti hari , selepas satu kertas ke satu kertas yang lain ,
akhirnya kertas bagi pelajar aliran Sains Tulen telahpun berakhir dan kertas
pelajar aliran Sains Akuan telah sehari lebih awal berakhir. Sekarang , hanya
tinggal kertas terakhir bagi pelajar aliran Sains Agama yang akan berlangsung
pada minggu hadapan. Nampak gayanya , Fahmi tidak berkesempatan untuk bertemu
Farhana kerana dia tidak ingin mengganggu Farhana. Dia meninggalkan sticky note untuk Farhana Dahlia sebelum
meninggalkan perkarangan asrama.
“Tiada apa yang
mustahil di atas muka bumi Allah swt.
Apabila tuhan
berkata kun faya kun , maka jadilah ia.
Seperti juga
kita.
Andai tuhan merestui
kita , insyaAllah akan bertemulah kita jua.”
#Fahmi Darwis
SPM telahpun melabuhkan tirainya. Farhana Dahlia telah
selamat tiba di kampung halamannya. Setelah berusaha , kini dia dan rakan-rakan
yang lain hanya mampu bertawakal dan terus berdoa dan terus berdoa. Farhana
mengisi masa cutinya dengan bekerja sambilan di butik umminya sendiri. Dia juga
banyak mengikuti usrah di pelbagai tempat terutamanya mengikuti usrah di tempat
di mana arwah abangnya pernah mengajar dahulu. Dia juga mengambil masa cuti
yang panjang itu untuk menziarahi kubur arwah abang kesayangannya itu setiap
hari. Abang Danial Fahim ialah satu-satunya abang dan adik-beradik yang dia
ada. Setelah kematian abang Fahim beberapa tahun yang lalu akibat kemalangan
jalan raya , dia tidak mempunyai sesiapa selain kedua ibu bapanya. Setiap patah
kata yang pernah abang Fahim katakan , dia tidak pernah lupa. Dengan kata-kata
itulah dia bangun semula selepas kehilangan insan tersayang. Dengan kata-kata
abangnya jualah dia yakin dengan perasaan yang berputik sejak dulu lagi.
Perasaan yang dia sendiri pendam. Rasa kasih untuk insan yang berjaya mencuri
hatinya.
Selepas 3 bulan ...
“Ya Allah!! Syukur , alhamdulillah...terima kasih Ya Rab!”
Fahmi Darwis sujud syukur setelah dirinya memperolehi keputusan 9A+ di dalam SPM.
Dia yang terlalu gembira dan masih tidak percaya pada keputusan yang
diperolehinya itu turut menitiskan air mata kegembiraan. Rakan-rakan yang lain
turut mengerumuninya untuk mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan cemerlang
yang diperolehi. Ridzuan yang tidak jauh dari Fahmi juga dikerumuni oleh
rakan-rakan dan ahli keluarganya. Mereka berdua , seperti yang dijangka ,
berjaya memperolehi keputusan yang sangat cemerlang.
Wardah yang baru sahaja keluar dari dewan perdana terus
dikejar oleh Fahmi. Seperti yang dijangka , pasti rakan baik Ridzuan itu ingin
bertanyakan mengenai gadis pujaannya , Farhana Dahlia. Sejak seminggu yang lalu
lagi , setelah tarikh keputusan diumumkan keluar , Fahmi kelihatan begitu teruja untuk menemui
Farhana. Bukan dia tidak pernah menghubungi Farhana tetapi sebenarnya dia
sendiri tidak mempunyai nombor telefon Farhana. Sejak perkenalannya dengan
Farhana , dia hanya berhubung dengan gadis itu melalui Wardah. Hari ini , dia
ingin sekali bertemu Farhana. Dia ingin menunjukkan keputusannya itu kepada Farhana.
Tetapi , sejak dari tadi , kelibat mahupun bayang-bayang Farhana masih tidak
kelihatan olehnya. Apabila ternampakkan Wardah , dia terus mendapatkan gadis
itu.
“Assalamualaikum Ada , awak sihat ke? Lama saya tak dengar
cerita tentang awak. Bagaimana keputusan SPM awak? Saya yakin , mesti berjaya
dengan cemerlangkan?” tanya Fahmi sebagai permulaan kata.
“Waalaikumsalam Fahmi. Alhamdulillah , saya sihat. Maaflah ,
saya sibuk tolong business keluarga
saya dekat Johor Bahru. Inipun , saya tak boleh lama. Sejak ayah saya buka
cawangan baru dekat Johor tu , saya yang kena ambilalih syarikat memandangkan
ayah saya tak berapa sihat sejak dua bulan yang lepas. Walaupun saya tak berapa
tahu sangat tentang selok-belok perniagaan , alhamdulillah , setakat ini dengan
bantuan pekerja-pekerja lain , saya boleh lakukannya. Result saya , alhamdulillah Fahmi. Rezeki yang Allah swt beri pada
saya ni , saya berjaya , 9A+. Saya ni pun macam tak percaya. Awak pun apa kurangnya
, betul tak? Dari jauh lagi saya nampak awak dikerumuni oleh semua pelajar.
Kalah artis tau awak ni.” Wardah tersenyum memuji.
“Alhamdulillah Ada. Berkat usaha kita sendiri , ilmu
daripada guru-guru dan doa dari semua orang. Apa-apapun saya ucapkan tahniah ye
Ada. Ada , awak ada nampak Farhana? Ada dia hubungi awak? Sejak saya datang
tadi , saya tak nampak pun dia. Saya sebenarnya sedang menunggu dia. Saya rindu
sangat dekat dia. Saya nak tunjukkan keputusan ni dekat dia.” jelas Fahmi.
Ridzuan yang baru sahaja terlihatkan Wardah dan Fahmi ,
terus menghampiri mereka. Dia harus menyampaikan pesanan ini secepat mungkin.
Mesti Fahmi sedang menanyakan khabar Farhana pada Wardah.
“Assalamualaikum semua. Amboi rancak berborak , sampai saya
dekat sebelah pun tak perasan ye. Ehem , ada apa-apa ke? Wardah , keputusan
macam mana?” seloroh Ridzuan.
“Waalaikumslaam. Ish Wan ni. Apalah cakap macam tu. Nanti
buah hati Wan ni betul-betul ada apa-apa dengan rakan baik sendiri baru Wan
tahu.” ugut Wardah.
“Eh eh , janganlah. Kesianlah dekat Wan ni , tak ada siapa
yang nak nanti. Ada ni , suka cakap macam tu. Dahlah jarang berhubung , risau
hati Wan ni tau tak?” balas Ridzuan.
Fahmi terus mencelah dek kerana menyampah dengan adegan
pasangan merpati dua sejoli itu. Tapi dihatinya , dia turut menumpang gembira
dengan kedua-dua rakan baiknya itu. Dia melihat kedua-duanya gembira dengan
hubungan yang baru sahaja 3 bulan terjalin. Dia sentiasa akan mendukung dan
mendoakan untuk rakannya itu.
“Maaflah ye , kalau aku menyampuk sekejap. Wan , aku dulu
yang jumpa Ada ni. Biarlah dia yang jawab soalan aku dulu. Ada...jawablah , ada
nampak Farhana tak? Dari tadi Fahmi cari tak jumpa.” Fahmi sudah tidak sabar
lagi untuk menunggu dengan lebih lama.
“Fahmi...sabarlah. Janganlah marah aku dengan Ada. Ini aku
datang sini sebab nak bagitahu kau pasal Farhanalah ni. Macam ni , tadi sepupu
Farhana yang sekolah dekat sini , junior kita dulu tu suruh aku bagitahu kau
yang Farhana Dahlia tak dapat hadir sekolah untuk ambil result. Farhana kurang sihat , dah dua hari dia demam. Hari ni dia
buat checkup , sebab tu tak dapat
datang. Farhana minta tolong Iezlan yang ambilkan result dia dulu , sebab kebetulan hujung minggu ni Iezlan
sekeluarga nak melawat Farhana dekat sana. Tadi , Iezlan minta aku bagi sticky note ni dekat kau. Dia cakap ,
dalam tu memang tulisan tangan dia , tapi tu Farhana yang pesan. Ambil ni. Aku
tak baca pun. Dah-dah. Jangan emosional sangat. Kesian Wardah. Jom , kita pergi
minum dulu ke. Borak-borak...” pelawa Ridzuan.
“Tak apalah Wan. Aku gerak dulu. Aku datang dengan kak long
aku ni. Lama dia tunggu pula dalam kereta tu. Waktu kerja aku ni. Dapat keluar
kejap sebab waktu lunch kan. Aku
pergi dulu. Nanti apa-apa , aku contact
kau. Thanks Wan. Maaf aku marah kau
dengan Ada tadi. Good luck , take care. Jangan lupa , kahwin nanti
jemput aku. Assalamualaikum...” sakat Fahmi sebelum meninggalkan Ridzuan dan
Wardah.
“Kepada Fahmi Darwis
,
Terlebih dahulu
, saya ingin mengucapkan tahniah pada awak kerana berjaya memperoleh keputusan
yang cemerlang.
Maafkan saya
kerana hari ini saya tak dapat hadirkan diri untuk sama-sama ambil result.
Kesihatan saya
tidak mengizinkan. Awak tak perlu risau dengan keadaan saya.
Sampai kita
berjumpa semula. SEE YOU DI IPT J
Salam dari
Farhana Dahlia . . .”
Sticky note terakhir daripada Farhana Dahlia itu dibacanya
berulang kali. Hampir tiga tahun , kejadian itu berlaku. Senyuman , gelak
ketawa dan segala kenangan bersama Farhana masih lagi segar di dalam kotak
memorinya. Walaupun sehingga kini , dirinya masih belum berkesempatan untuk
berjumpa gadis yang dicintai dan dirinduinya itu , Fahmi masih tetap mengingati
gadis itu. Tidak pernah sesaat dia melupai gadis itu. Dia nekad , andai Farhana
kembali ditemui , dia akan menuntut segala kata-kata dan janji yang pernah
Farhana katakan dan berikan dahulu.
Fahmi masih menyimpan kesemua pesanan daripada Farhana. ‘SEE
YOU DI IPT’. Iya...sekarang dia berada di IPT. Sudah tiga tahun dia belajar di
Universiti Teknologi Petronas. Kini , dia sedang mengikuti program persediaan
untuk melanjutkan pelajaran ke Korea pula. Program yang ditaja khas ini
menawarkan pengajian ke luar negara dalam bidang engineering. Fahmi telahpun terpilih untuk mengikuti program
tersebut melalui pencapaian akademik dan kokurikulumnya yang tidak boleh
dipandang rendah. Sepanjang program persediaan ini , Fahmi tidak mempunyai
sebarang kesulitan oleh kerana , dirinya sendiri yang sudah fasih berbahasa
Korea. Namun , jauh disudut hatinya , dia ingin bertemu dahulu dengan Farhana
Dahlia sebelum meninggalkan tanah air untuk kesekian kalinya. Dia hanya mampu ,
memanjatkan doa kepada Ilahi...
Farhana Dahlia menanti kehadiran rakan sekuliahnya , Farisya.
Dia dan rakan-rakan yang lain bercadang untuk mengisi masa cuti semester mereka
di Everland. Farhana yang sengaja tiba agak awal itu terpaksa menanti
rakan-rakan yang lain. Sambil menunggu , dia menikmati pemandangan pagi itu.
Udaranya cukup segar. Cuaca yang agak sejuk itu , memerlukan Farhana untuk
melitupi tubuhnya dengan jaket yang sedikit tebal. Tidak jauh dari tempat
menunggu , kelihatan Farisya sedang tersenyum manis sambil melambai-lambai ke
arahnya. Rakan-rakan lain turut tiba juga. Setelah , semuanya berkumpul ,
mereka memulakan perjalanan ke Everland. Di sepanjang perjalanan , seperti
kebiasaanya , Farhana lebih suka untuk membaca novel sambil mendengar lagu-lagu
Korea melalui i-Podnya. Sejak melanjutkan pelajaran di bidang perundangan di
sini , secara tidak langsung , Farhana telah gemar dan meminati mendengar
lagu-lagu Korea. Semua ini pengaruh daripada rakan baiknya itu iaitu Farisya.
Lagu yang menjadi pujaan hatinya kini ialah Loveable nyanyian Kim Jong Kook.
Setiap kali mendengar lagu itu , dia pasti mengingati seseorang. Fahmi Darwis!
Si ketua pelajar. Lelaki berkaca mata. Dia sangat merindui jejaka itu. Doanya ,
moga mereka dipertemukan walau dimana jua mereka berada.
#englishversion
“ You're
loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you “ .......
I'm so proud to to have you as my girl
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you “ .......
“Excuse me , is that song just now came from your
handphone?” tanya Farisya kepada seseorang.
“Owh , yes. It’s my ringtone, Loveable-Kim Jong Kook. I love
that song soo much. Why? Are my ringtone just now , disturbing you?” tanya pula
lelaki tersebut kepada Farisya.
“Of course not. I’m just asking. Actually my best friend
love that song a lot. Everyday , every second , she will listen to that song.
She said , when she listens to that song , she will remember to someone that
she love soo much. Until now , she do not managed to meet that guy.” jelas
Farisya.
“Owh...I see. I’m a Malaysian. Are you Malaysian too? What
are you doing here?” tanya lelaki itu lagi.
“Yes , I am. I’m study here but now is my semesterbreak. So
, my friends and I decide to come here. For having some fun. Look over there ,
that’s girl is my best frined that I told you just now , the girl that love the
song.” tunjuk Farisya kepada lelaki itu.
“Farhana Dahlia? Yes! She is Farhana Dahlia. Ya Allah...terima
kasih. Apabila engkau berkata kun faya kun , maka jadilah ia. Andai engkau merestui
kami , insyaAllah akan bertemulah kami jua.” kata lelaki itu.
Farisya yang kebingungan dengan reaksi lelaki itu terus
menanyakan sebab lelaki disebelahnya itu tersenyum sebegitu , seperti dia
mengenali Farhana.
“Do you know her , sir?” soal Farisya untuk mendapatkan
kepastian.
“Yes , I am. She’s my love. Farhana Dahlia. My love since in
school.” beritahu Fahmi tanpa berselindung lagi.
Sekarang , tahulah Farisya bahawa dialah lelaki yang rakan
baiknya itu rindui. Dialah lelaki yang telah mencuri hati rakannya itu. Lelaki
yang sering Farhana katakan. Dia harus temukan mereka berdua. Tidak jauh dari
tepat Farhana menunggu , terdapat studio kecil. Di dalam studio kecil itu ,
terdapat seorang dj yang menghiburkan
dan memainkan lagu untuk para pengunjung di Everland itu. Farisya mendapat satu
idea. Dia mengajak Fahmi ke studio itu lalu meminta bantuan dj tersebut untuk memainkan lagu Loveable menggunakan minus-one. Dj tersebut , bersetuju untuk menolongnya. Kemudian , dia
memberitahu ideanya kepada Fahmi dan dengan senang hati Fahmi menyetujuinya.
Dia terus berlalu ke tempat Farhana menunggu.
Suasana yang riuh , kemudian bertukar menjadi sunyi. Fahmi Darwis
telah bersedia di tengah-tengah bulatan yang dipenuhi bunga itu yang
kedudukannya bertentangan dengan Farhana Dahlia. Dia akan menyanyikan lagu Loveable
, kesukaan mereka berdua. Aksinya itu menarik perhatian para pengunjung. Muzik
dimainkan dan . . .
#englishversion
You're loveable
from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you
Even if the world is hard to bear , when I see you
I can feel the breeze upon my heart
Is this living or is this happiness?
Whatever it is , I'm feeling it now.
Even if my whole day as been gloomy , when I see you
I can feel the sunlight on my hair
Is this surprising feeling love?
There are perks to waiting
I was afraid I'd cry like my last encounter with love
So I hesitated , but you waited for me without complain
and so you came easily to me
You're loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
I was always so stiff but I now I smile all day
What have I done?
Even your backside and shadow are loveable
And my affection comes naturally
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you
I've been taking care of myself so that I can make you happy
And even in my eyes I feel like I'm an okay guy now.
You're loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
I was so curt but I now I smile all day
What have I done?
Even your backside and shadow are loveable
And my affection comes naturally
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you
Let's love each other so that other people
are so jealouse they can't stand it!
Oh just promise me this one thing : that until the end of
the world you will only be loveable for me!
I'm so proud to to have you as my girl
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you
Even if the world is hard to bear , when I see you
I can feel the breeze upon my heart
Is this living or is this happiness?
Whatever it is , I'm feeling it now.
Even if my whole day as been gloomy , when I see you
I can feel the sunlight on my hair
Is this surprising feeling love?
There are perks to waiting
I was afraid I'd cry like my last encounter with love
So I hesitated , but you waited for me without complain
and so you came easily to me
You're loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
I was always so stiff but I now I smile all day
What have I done?
Even your backside and shadow are loveable
And my affection comes naturally
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you
I've been taking care of myself so that I can make you happy
And even in my eyes I feel like I'm an okay guy now.
You're loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
I was so curt but I now I smile all day
What have I done?
Even your backside and shadow are loveable
And my affection comes naturally
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you
Let's love each other so that other people
are so jealouse they can't stand it!
Oh just promise me this one thing : that until the end of
the world you will only be loveable for me!
Fahmi merendahkan dirinya di hadapan Farhana lalu
mengeluarkan sebentuk cincin silver.
Fahmi Darwis melamar Farhana Dahlia! Farhana tersenyum dan menjawab , “yes , I
will.”
Fahmi bersujud syukur di situ juga dan kemudian , terus
melonjak keriangan. Terima kasih ya Allah. Syukur , alhamdulillah....
Fahmi Darwis memahami maksud “See You Di IPT” yang selama
ini diberikan Farhana Dahlia kepadanya. Dia mestilah fokus pada pelajaran
sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Apabila telah mendapat tempat ,
dia harus terus berusaha dan berusaha untuk lebih berjaya. Terima kasih Farhana
Dahlia. Dirimu mengajarku erti kehidupan...
Kau selalu tulis SEE YOU DI IPT . . .