Rabu, 27 Mac 2013

KEBERKATAN ILMU DARI INSAN BERGELAR 'CIKGU'

Bulan Mac...genap , setahun tiga bulan saya berada di tingkatan menengah atas. Hanya tinggal beberapa bulan sahaja , peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan menjelma. Kini , boleh dikatakan , saya dan teman-teman lain berada di situasi genting ataupun kritikal dalam menimba ilmu sambil menyiapkan diri untuk menyambut peperiksaan yang tidak lama lagi. Masya-Allah...sungguh , masa berlalu begitu pantas. Jarum jam , laju berdetik. Tik...tik...seperti air hujan di luar tingkap.

Dalam kami sibuk menimba ilmu daripada para guru yang kami sayangi , pernah atau tidak kami terfikir soal keberkatan? Ya...saya pernah terfikirkannya. Perkara yang paling utama sekali dalam menimba ilmu ialah soal keberkatan. Keberkatan ilmu itu penting bagi memastikan ilmu yang diperolehi diredhai Allah SWT. Bagi seseorang yang bergelar pelajar , seperti saya , keberkatan ilmu perlu dititikberatkan , lebih-lebih lagi pada tahun peperiksaan.

'Beberapa hari lepas , semasa subjek Matematik Moden , saya dan teman-teman telah diberi nasihat daripada guru subjek tersebut , Cikgu Umi. Cikgu Umi cakap... "Kalau awak semua nak berjaya macam senior-senior awak yang lain , dua perkara je awak kena jaga. Pertama , keberkatan ilmu cikgu. Kedua , coupling. Hmm...yang kedua tu , saya tidaklah risau sangat tapi yang paling risau keberkatan ilmu cikgu. Berkatkah ilmu saya dan teman-teman sekelas yang lain? Itu menjadi satu tanda tanya...

"Jangan kurang ajar dengan guru-guru , tak berkat ilmu kamu" , Jangan ponteng kelas , hilang berkat" , "Jangan meniru , jangan riak kalau kamu pandai" , dan pelbagai lagi "jangan" yang dikaitkan dengan keberkatan.

Pernah tak anda merasakan anda sudah bertungkus-lumus , selak la nota warna-warni anda berpuluh kali , tapi , tup tup , dalam dewan exam , anda lupa a.k.a blank? Mesti pernahkan? Andai pernah , marilah sama-sama kita kembali muhasabah diri , adab-adab kita sebagai penuntut. Mungkin inilah natijahnya jika kita kurang mengambil kira soal keberkatan. Ha! Mana nak berkat , kalau cikgu-cikgu pun kita tak hormat. Penat-penat mereka ajar , kita dok bergosip kat belakang. Patut ke???

Keberkatan tidak boleh ternilai dengan mata kasar. Seseorang mungkin berjaya menjadi pelajar yang paling cemerlang di sekolah , tapi kerana tiada keberkatan , ilmu yang dipelajari sekadar di hujung pen. Tidak mampu diamalkan dan langsung membawa manfaat buat dirinya. Hanya berjaya dalam peperiksaan tapi tidak berjaya dalam hidup. berjaya mendapat kedudukan di dunia tapi tidak di akhirat. Kasihan sungguh , mereka ini. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan tersebut.

Jadi , pesanan saya kepada semua teman seperjuangan , jangan terlalu mengejar keputusan yang cemerlang , tanpa memikirkan soal adab dengan guru , adab cara belajar dan sebagainya. Semoga kita mendapat keberkatan ilmu daripada Allah SWT. Amin :)

dedicated for BULETIN MAKTAB*
 
 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan