Selasa, 16 Jun 2015

Akustika Hatiku . . .



Pagi yang indah. Embun pagi masih lagi memberi ketenangan untuk bumi yang menghijau ini. Kopi yang sedikit panas ku hirup perlahan. Semerbak bauan kopi masuk ke rongga hidung ku. Alhamdulillah , masih lagi nikmat Islam dan Iman buat aku , seorang hamba yang lemah ini. Gitar ku ambil lalu ku petiknya. Satu petikan , dua petikan ... lalu sebuah lagu ku mainkan buat santapan rohani , hati ku yang kosong ini. Hampir seminggu aku menjejakkan kaki di bumi Sabah ini. Kerana terlalu teruja untuk menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sabah (UMS) , aku mengambil keputusan untuk terbang ke sini seminggu lebih awal sebelum tarikh pendaftaran pelajar baru. Oleh kerana ibu bapa yang bekerjaya , sibuk dengan urusan kerja , aku sendiri sudah memadai dan mampu untuk menghantar dan mendaftarkan sendiri diri ini di UMS. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar esok. Amin.


Jejaka tampan. Berkulit sawo matang. Bertubuh sado. Tinggi. Iya. Itulah aku , seperti kebiasaanya , seperti orang lain juga .. kemeja berwarna biru gelap dan seluar slack hitam kemas tersarung di tubuh ku. Baju yang paling aku sayang , pemberian ibu ku. Setelah berpuas hati dengan penampilan diri sendiri , barang-barang yang telah siap dikemas itu ku bawa turun dari tempat penginapan. Kunci dikembalikan dan hari baru kini bermula. Aku , Shakir Amin bin Shamsul Amzar bakal menggenggam segulung ijazah!

                Kaki mula melangkah pergi dari bilik pendaftaran. Akhirnya , selesai juga segala urusan pendaftaran. Aku kini adalah mahasiswa UMS yang bakal berusaha sehabis mungkin untuk mencapai keputusan EMPAT RATA! Bak kata orang puteh , Road to Dekan! Eh , betul ke? Hahah!! Biarlah , asalkan niat tu ada. Sekarang perlu belajar , fokus dan usaha. Belum cuba , belum tahu. Misi untuk menebus maruah result yang tidak kesampaian semasa di Matrikulasi dulu. Alahai , sedih pula bila nak ingat. Entah apa cerita kawan-kawan satu matrik dulu. Setahu aku , rata-rata kawan yang aku kenal , memang tak ada seorang pun yang dicampak ke sini. Nampak gayanya , tergapai-gapailah aku memulakan hidup di sini , jauh dari ibu bapa , dari kawan-kawan yang aku kenal.

                Lama juga aku mengelamun. Sedar-sedar , kaki ini dah bawa aku ke kafeteria. Mungkin kaki dan perut bekerjasama. Inilah petanda perut aku meminta untuk diisi. Iyalah , mana cukup dengan sekeping roti bakar yang dijamah pada pagi hari tadi. Badan yang sado ni kalau perutnya tak diisi secukupnya memang berbunyilah sampai ke malam. Alahai .. perut oh perut!

                “Excuse me , are you Shakir? Shakir ex-KMS? ..“
                Aduh! Siapa pula ni yang ‘excuse me’ ni. Aku kiss juga dia ni. Wrong timing! Kacau aku tengah makan je. Kepala di dongakkan dan ku lihat seorang gadis berbaju serona dengan ku dan berkaca mata. Aik , macam berjanji je dengan aku ni. Skondeng aku apa minah ni. Tapi ... macam pernah nampak je minah ni. Hmm ..?
                “Yes , I’m Shakir. Yes , I’m ex-KMS. Am I know you? Sorry. Saya lost memory kejap.”
                “Ha! Betullah awak Shakir. Nasib saya pakai spec mata ni. Kalau tak mesti tak nampak awak. Awak tak kenal saya ke?”
                “Maaflah. Dah almost 5 bulan mereput kat rumah. Itu tak berapa ingat. Budak-budak KMS pun yang rapat-rapat je ingat.”
                “Owh , tak apa. Lagipun kita memang tak rapat pun. Awak kenal saya tapi mungkin awak tak ingat. Sebab kita pun pernah cakap sekali dua je dulu. By the way , I’m Aina Dahlia binti Dahlan. Nice meet you again. Hope we can be friend. Sebab , saya tak ada kenalan dekat sini and kawan-kawan pun tak ada. Sadis! Saya seorang pula tersesat kat sini. Paling dekat pun , abang saya sekeluarga tinggal dekat Bintulu , Sarawak. Itupun nak terbang ke sini , kena guna duit juga kan. Kesian pula ...” satu keluhan kedengaran.
                “I see. Sorry once again. Maybe I will remember you. But , seriously it takes time. For that problem , don’t worry. Saya pun tak ada kenal sesiapa dekat sini. Lagilah family terdekat pun tak ada. Semua dekat semenanjung. But now , saya dah tak risau sebab saya ada awak. Awak pun tak perlu risau. Awak ada saya. I think I can take care of you. Who knows. Friend?”
                “Oh my .. thanks so much. Alhamdulillah. Friends. Till forever!”

                Gulp! Senyuman tu! Ya , aku pernah tengok senyuman tu. Di KMS. Suatu masa dahulu. But , who she is? Aku harap dapatlah ingat dia dalam masa terdekat ni. Kesian pula berkawan dengan dia tapi tak ingat dia siapa. Shakir Shakir , kenapa time-time ni kau nak lupa semuanya.


                Sem break has just started! Oh yey! A month .. cukuplah untuk rehatkan otak yang dah bertungkus-lumus dengan belajar , assignment , quiz and lastly final exam. Mahu pecah otak dibuatnya. Badan pun longlai rasanya. Mata ni , dah mengalahkan panda. Apalah nasib bakal engineer ni. Belajarnya susah , kerja nanti? Allah sahaja yang tahu. Bersyukurlah ada sang puteri kecil ni. Ada juga kawan susah senang. Satu semester ni memang berkepit dengan Aina Dahlia seorang. Kawan-kawan lain pun ada , banyak juga cuma entah kenapa aku lebih selesa dengan si Dahlia ni. Mungkin dia jenis yang open-minded and boleh terima semua orang termasuk sikap dia yang mesra alam ni boleh ngam dengan aku. Tapi mesra alam dia most pada girls. Bagus juga. Pandai jaga diri. Tak susah aku nak jaga lebih-lebih. Good girl! Heheh ..

                Pada suatu petang di Jog Park ...
                “So Shakir , apa plan kita cuti ni? A vacation? Or awak nak balik KL?”
                “Hmm .. cuti sebulan je. So , I don’t think nak balik KL. Tapi , entah. Saya pun tak plan apa-apa. Awak tanya ni , mesti awak ada plan apa-apa kan?”
                “Yup! That’s Shakir Amin. Now you can read what I’m thinking about. Saya plan nak pusing-pusing Sabah. Saya dah list down , several tempat menarik. Lumayan juga lah. Maybe it takes a week or two weeks. Saya dah bincang dengan roommates. If awak nak join , jom lah. Memang saya harapkan awak ikut. Sebab , awak kan dah sampai Sabah a week early. So , mesti awak dah take a look around. Right , Mr Shakir?”
                “Hahah! Macam-macam lah awak ni. Ada la dua tiga tempat saya pergi dulu. Alah , tak tahu jalan , GPS kan ada. Apa susah. Ways pun ada. But , orang yang plan ni semua perempuan. So , I should come with you. Saya kan dah janji nak jaga awak. By the way , maybe I will take along my other roommates. Iyalah , malulah saya kalau I’m the only man in the group. Nanti orang ingat saya ni bawa wives melancong. Or bawa honeymoon ke. Ha , tak ke naya. Jatuh saham lelaki saya. Lari semua awek Sabah yang cun.”
                “Its up to you , Shakir. Bawalah berapa ramai awak nak. Asalkan awak join , I’m so grateful and happy.”
                “Good. I’ll tell them okey. About the transport , biar saya yang uruskan. Okey Dahlia?”
                “Thanks Shakir Amin!”


“Wei Shakir! Kau tak nak nyanyi depan orang ramai ke? Sing for our university? Tak akan lah nak bagi kami dengar je. Orang kat luar sana pun nak dengar juga. Balik-balik kau nyanyi kat hostel. Kau nyanyi depan Dahlia. Ha , Dahlia tu pun satu. Suara sedap , tapi senyap-senyap je nyanyi. Bakat tak nak tunjuk.”
                “Dahlia tu lainlah , Amar. Suara dia tu aurat. Lagipun dia nyanyi suka-suka je. Bukan selalu. Time kita gather , lepak sesame , ada request , lagu dia tahu , dia nyanyilah. Nyanyi depan orang ramai , depan students lain , I don’t think so.”
                “Okey , fine. Tapi , kau? Tak nak try? Show off lah! Baru semua orang kenal siapa kau. Mana tahu , kau akan jadi kegilaan ramai. Awek-awek sini semua minat kau nanti. Hahah! Ke kau dengan Dahlia tu ada apa-apa tak?”
                “Hey! Stop it lah! Aku datang sini bukan nak cari awek. Lagipun , aku cuma nyanyi suka-suka. Tentang aku and Dahlia , we just friend. Not than that.Lagipun , lagi dua semester je kita kat sini lagi. After that , nak cari awek , carilah. Kau nak kahwin aku sponser pun boleh. Heheh!!”
                “Hahah!. Seriously? Untung aku dapat kawan macam kau. Aku bukan apa. From first sem lagi kau orang rapat macam belangkas. Tak akan tak ada feeling langsung. Kalau aku lah jadi kau , memang dari first or second sem aku dah ada feeling kat Dahlia tu. Iyalah , siapa tak suka perempuan cantik , lemah-lembut , ada agama , pandai , rajin plus pandai jaga diri macam tu. If dapat , tak lepas dah.”
                “Amboi kau Amar. Tak cukup satu ke? Si Rania tu kau nak letak mana? Ingat sikit , dulu punya susah kau nak dapat , jangan senang-senang nak tinggal je. Marah si Dahlia tu pula.”
                “Ha! Cakap pasal tu. Memang kawan-kawan Dahlia ni susah nak dapat ye? Nak ngorat susah? Termasuk si Dahlia tu?”
                “Apa kau merepek ni? Hmm , ada betul juga cakap kau tu. Aina Dahlia. Memang susah nak faham dia. Faham hati dia. Aku yang dah lama kenal pun tak boleh nak selami hati dia. Dia tak banyak cerita sangat.”
               
                Satu keluhan dilepaskan. Kemudian suasana menjadi sunyi. Sekali toleh ke belakang , Amar Hazreen dah sedap berdengkur. Patutlah krik krik je bunyi tadi. Aku cakap seorang diri rupanya. Bertuah punya kawan. Cancel terus aku nak sponsor wedding kau , Amar!


                Pagi-pagi lagi aku telah  keluar menghirup udara segar. Cadangnya ingin bermain ragbi bersama-sama classmates. Sementara menunggu mereka , gitar yang sentiasa menjadi peneman ku petik perlahan. Lalu ku berakustika seorang diri. Melayan hati yang masih tidak berpenghuni. Gitar terus dipetik sehinggalah habis sebuah lagu ku mainkan. Haish , manalah mereka semua ni! Janji pukul 7.30 pagi. Ni , dah pukul berapa. Memang janji Melayu betul! Seminit. Dua minit .. Lima minit. Akhirnya ...

                “Morning Shakir Amin! Awal kau sampai.”
                “Huh? Awal kau cakap? Aku yang salah tengok jam atau jam kau kat bilik tu rosak?”
                “Heheh! Maaf bro. Dia orang lah lambat. Semua pakat turun pukul 8.00 pagi rupanya. Aku memang dah turun awal tadi , siap pekena roti telur kat kafe lagi. Tu , kau marah Radhi.”
                “Maaf Shakir. Alah kau ni , lambat sikit je. Lagipun kau kan dah bawa peneman tu. Petikan gitar kau tadi tu siap dengan suara kau , fuhh ... membuai aku di pagi hari. Boleh lah join jamming kat Bistro Kampus kita hujung minggu depan. Ada event kat sana , boleh la tunjuk bakat kau.”
                “Tak nak lah aku. Suara aku limited edition. So , tak payah nak tukar topik bagai , let’s start the game okey?”
                “Haip! Haip! Shakir Amin!!”

                Ada-ada sahaja mereka berdua ni. Seorang Hariz , seorang lagi Radhi. Dua-dua sekepala. The only two students yang suka menyakat dan buat onar dalam kelas aku.

                Hampir dua jam juga aku main ragbi pagi ni. Sakit juga badan aku ni. Iyalah dah lama tak main. Biasanya ikut Dahlia jogging , cycling and macam-macam lah. Yang penting kata dia , no fast motion. She hate it! Hahah!! Awak tak suka sebab awak tak boleh nak kejar saya nantilah Cik Dahlia oi ..! Baru je teringat tentang Dahlia , dah muncul depan mata. Alahai , berjodoh ke apa. Ha , senyuman kambing dah terukir.

                “Guys! Kau orang pergilah makan dulu. Aku ada hal kejap.”
                “Eleh , ada hal konon. Ingat kami tak nampak Aina Dahlia kat sana tu. Nak pergi jumpa dialah tu. Diam-diam kau ye Shakir.”
                “Hahah! Sudah , jangan digosipkan kami. Aku suka tak apa. Dia? We don’t know. Nanti kita je melebih , dia biasa-biasa. Tak kesian ke hati aku ni nanti?”
                “Shakir Amin , if you like her , just say it. Tell her. Sementara ada masa. Selagi dia rapat dengan kau , selagi kau orang berkepit , tak akan ada sesiapa kacau Dahlia tu. For your information , bila kau tak ada , other guys try flirt with her. So far , tak ada pula dengar cerita dia orang diterima oleh Dahlia. Maybe , you have stolen her heart!”
                “I hope so! Eh , dah la. Pergi makan sana!”


                Aku duduk termenung. Mengingati sesuatu. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa petang ini amat mendamaikan. Melapangkan fikiran yang selama ini penat belajar , berfikir. Selesainya kertas terakhir tadi , maka berkuranglah sedikit beban di bahu ini. Peperiksaan bertulis dah selesai. Sekarang tinggal tugasan akhir semester. Masa berlalu begitu pantas. Sedar-sedar , dah tiga tahun aku menimba ilmu di Sabah. Bila duduk seorang begini , fikiran pun mula menerawang mengenai Aina Dahlia. Akhirnya , sekembalinya aku dari KL selepas cuti hari raya tahun lepas , barulah aku ingat siapa Dahlia sebelum ini. Macam mana dia boleh kenal aku. Aku ingat!

                “Dahlia! I have a good news for you.”
                “Oh ya? Apa dia? Awak dah ada girlfriend ye?”
                “Eh , bukanlah. Mana ada. Saya single and unavailable lah. Berapa kali saya nak bagitahu awak. Ini , saya dah ingat siapa awak. How we are meet and know each other.”
                “What? Wah! Great! Alhamdulillah. Baguslah. Akhirnya , doa saya termakbul juga. Then , tell me what do you remember about us?”
                “Okey. Before kita kenal officially , adalah beberapa kali kita terserempak. Time sem one. Tapi time tu , tak ada apa sangat. Sampailah waktu awak singgah booth class saya. Kita ada bersembang. Saya ada tegur awak kan tanya awak nampak ke tak. Then , awak cakap nampak and awak minta saya ajar awak tentang sub-topic tu. Tapi setakat itulah. Lama lepas tu , kita ada terjumpa lagi. Waktu dekat kafe. Boleh pula duit syiling saya tu jatuh betul-betul dekat kaki awak. Tapi kan , masa tu saya perasan awak tengah bad mood. Takut juga saya duit tu jatuh dekat kaki awak. Saya nak ambil lagi takut. Tapi , alih-alih , time awak bagi saya duit tu , you are smiling even awak tak pandang pun saya. Senyuman tu. Yup! Senyuman tu yang saya sentiasa ingat sampai sekarang. Unfortunately , your face. Saya tak ingat. Thats why , even kita selalu terserempak waktu exchange class , I still can’t recognise you. Awak tu yang tak senyum. Dan senyuman awak tu bukan senang nak nampak.”
                “I will smile only for a certain people. Bukan saya tak nak senyum , just nanti orang salah faham. Lagipun , jika nak dibandingkan saya dengan others , who am I? Differentially .. hmm.”
                “Your different make you are so special , Aina Dahlia. Waktu dekat KMS dulu , saya ada tertarik dengan seorang student perempuan ni. Bila saya tengok muka dia , saya rasa tenang , lapang. Saya pernah buat , saya datang awal setiap kali waktu Sains Komputer semata-mata untuk tengok budak perempuan tu. Iyalah , waktu itu je saya boleh tengok dia , tanpa halangan sesiapa.”
                “Owh ,  siapa? Mana tahu saya kenal?”
                “Betul ni awak nak tahu?”
                “Iyalah. Itupun kalau awak nak bagitahulah. If not , its okey. Itu hak awak.”
                “That girl is you!”
                “Huh? Apa? Ulang balik. Tak jelaslah.”
                “Hahah! Awaklah Dahlia. Saya suka tengok awak. Awak ni misteri tahu. Sometime you look so happy bila dengan kawan-kawan awak. Even dengan lelaki class awak , you can laugh , talk with them. But sometime , you look so lonely. Terutamanya waktu dekat library. Memang awak suka duduk seorang diri ye?”
                “Entah. No comment about my past. Don’t want to look back anymore.”
                “Don’t want? Hmm .. that’s why awak memang jarang share any story kan. Awak lebih suka mendengar. A good listener.”

                Masing-masing mendiamkan diri. Mungkin memberi ruang supaya tiada lagi cerita mengenai masa lalu. Mungkin Dahlia berharap aku tidak lagi bertanyakan kisah lalunya. Aku cuma ingin mengenalinya. Siapa dia? Ada apa pada masa lalu? Tiba-tiba , telefon berdering menandakan ada satu pesanan ringkas masuk. Bunyinya dari smartphone Dahlia. Tapi dia membiarkan sahaja. Kemudian , telefonnya berbunyi lagi. Kini , agak lama. Mungkin satu panggilan masuk dan masih sama , Dahlia membiarkannya. Ini yang menjadi tanda tanya. Kenapa selama ini bila smartphone itu berbunyi Dahlia tidak endahkannya? Dia lebih kerap menggunakan telefon biasa zaman kami budak sekolah rendah dahulu. Memadai boleh menghantar mesej dan menerima panggilan. Dan dengan itulah kami selalu berhubung. Ada rahsia yang disimpan gadis bernama Aina Dahlia!  

Isnin, 24 Mac 2014

Warkah CUDIPT


Farhana Dahlia , pelajar aliran Sains Agama di SM Tun Rahimah. Anak bongsu Encik Fauzan dan Puan Dariah merupakan pelajar kebanggaan , pelajar contoh dan pelajar harapan di sekolah itu. Walaupun demikian , dirinya dan namanya hanya kelihatan dan disebut-sebut semasa Hari Anugerah Pengetua sahaja. Hal ini kerana , kelas Farhana bukanlah di blok yang sama dengan pelajar-pelajar lain. SMTR merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh yang menawarkan tiga jenis aliran Sains , iaitu , Sains Tulen , Sains Akaun dan Sains Agama. Pelajarnya hanyalah dari golongan tingkatan empat dan tingkatan lima. Hanya lima blok akademik diperlukan untuk menempatkan pelajar-pelajar yang terpilih. Dua blok berkembar adalah pelajar Sains Tulen. Dua blok berhadapan , pelajar Sains Akaun dan blok paling belakang , pelajar Sains Agama. Walaupun ianya paling belakang , tetapi ianya berhampiran dengan blok asrama , surau dan dewan selera. Ini , memudahkan para pelajar Sains Agama. Lagipun , kebanyakan pelajar Sains Agama gemar meluangkan masa mereka di kelas dan surau. Pengajaran mereka juga kebanyakan bertempat di sekitar situ. Sebab itu , mereka jarang kelihatan di blok-blok lain.

 

Tidak jauh dari tempat Farhana mengulangkaji pelajaran bersama rakan-rakan sekelasnya , kelihatan sekumpulan pelajar lelaki dari aliran Sains Tulen khusyuk berdiskusi. Jika dilihat , mungkin mereka sedang berdiskusi tentang pelajaran Pendidikan Agama Islam. Sedang ralit Farhana memerhati gelagat pelajar lelaki tersebut , tiba-tiba matanya tertumpu kepada seorang pelajar lelaki yang berkaca mata. Ketua Pelajar! Gulp! Farhana terus menundukkan pandangannya. Di dalam hati , kalimah istighfar diucap beberapa kali. Dia terus menyambung semula membuat latihan yang tergendala sebentar tadi. Selang beberapa minit , suasana bertukar sunyi dengan angin bertiup lembut. Dek kerana terlalu khusyuk , Farhana tidak menyedari bahawa pelajar lelaki sebentar tadi telah berada dihadapannya.

 

“Farhana...cuba kau tengok orang depan kau tu. Aku rasa dia nak tanya sesuatu. Apa kata kau berhenti kejap dan tanya apa dia nak. Sebab dah 10 minit dia berdiri depan kau dari tadi” , pinta Wardah. Aku berhenti menulis. Aku mengangkat muka dan . . . “Ya Allah! Apa dia buat depan ni? Ni mesti dia perasan aku tertengok dia tadi. Ish , mata ni. Lain kali , jaga penglihatan. Selalu boleh pula sopan-santun” , gumam aku dalam hati.

“Oh nama awak Farhana. Awaklah Farhana Dahlia tu ye? Memang tepatlah. Oh , sebelum tu. Assalamualaikum. Nama saya Fahmi Darwis , pelajar aliran Sains Tulen. Mesti awak kenal saya kan sebab saya kan ketua pelajar. Hehe...eh , saya bergurau je. Maaf. Saya cuma nak minta tolong awak terangkan dekat saya bab perkahwinan. Dari tadi kami dekat sana tu berdiskusi , mencari cara untuk senang faham dan ingat hukum-hukum perkahwinan ni tapi tak dapat juga. Mungkin awak ada cara. Sebab , saya perasan tadi awak macam berminat nak tolong kami. “

“Waalaikumsalam. Mula-mula , maaf atas keterlanjuran saya sebentar tadi. Saya sebenarnya tidaklah mempunyai cara untuk memahami dan mengingati tentang bab perkahwinan tapi , insyaAllah , saya akan bantu saudara. Pada pandangan saya , apa kata saudara buat nota ringkas macam saya ni. Kalau saya , saya suka buat nota berwarna-warni tapi kalau yang lelaki ni , tak pasti pula saya. Saudara ada bawa buku teks agama kan? Kalau kita nak buat rujukan ni , elok guna buku teks sebab soalan yang akan keluar nanti , semua berdasarkan buku teks. Mula-mula , cuba saudara baca sekali imbas. Kemudian , saudara fahamkan dan cuba cari kata kunci. Lepas tu , saudara ambil sehelai kertas dan buat nota ringkas berdasarkan kata kunci tadi dan kefahaman saudara. Bila dah siap , cuba saudara ulangkaji semula. Jika saudara faham , insyaAllah , saudara akan ingat. Cubalah dengan kawan-kawan yang lain. Nota saya ni , saya pinjamkan pada saudara untuk dibuat rujukan.”  

“Terima kasih kerana membantu saya. InsyaAllah , bila saya dah selesai nanti , saya akan pulangkan nota awak ni. Assalamualaikum Farhana Dahlia.”

 

 Ilmu di dada , jangan kedekut untuk dikongsi. Biarpun sedikit tapi ianya berguna. Meskipun berlainan jantina , bukan menjadi penghalang untuk belajar sesuatu , asalkan adab dan batasan dijaga. InsyaAllah , moga ia diberkati.

 

 

Keputusan peperiksaan semester 1 telahpun sampai dirumah setiap pelajar. Alhamdulillah...keputusan yang cemerlang.

 

Cuti berbaki beberapa hari digunakan oleh Fahmi dan rakan baiknya Ridzuan untuk membeli barang-barang yang diperlukan semasa aktiviti yang bakal dilakukannya setingkatan seawal persekolahan semester kedua nanti. Aktiviti ini adalah hadiah buat para pelajar tingkatan lima yang menunjukkan prestasi yang cemerlang semasa peperiksaan semester 1. Oleh kerana pemberitahuan yang akan lewat daripada pihak guru , Fahmi dan rakan-rakan setugasnya terpaksa menggunakan hari cutinya untuk membantu guru menyediakan aktiviti itu. Namun , sebenarnya , sebagai ketua pelajar , dia perlulah sentiasa ada untuk guru-guru tak kira masa. Tanggungjawab yang berat itu harus digalas dengan penuh dedikasinya. Seperti apa yang dikatakan Ustazah Yusni , mereka yang menggalas jawatan , sebelah kakinya telah berada di dalam neraka.

 

Semester kedua telahpun bermula. Semua pelajar telah selamat tiba di perkarangan asrama SMTR. Pada malam itu , semua pelajar tingkatan lima telah dikumpulkan di dewan perdana. Dengan riak kebingungan , semua pelajar ternanti-nanti dan tertanya-tanya , mengapakah mereka dikumpulkan. Hampir 15 minit pelajar meriuhkan dewan , akhirnya , kelibat ketua pelajar bersama Cikgu Wasilah muncul disebalik pintu belakang. Semua pelajar kembali duduk mengikut kelas dan ketua disiplin bersama beberapa orang anak buahnya membuat pemeriksaan kehadiran para pelajar. Setelah cukup , taklimat dimulakan. Malam itu , Cikgu Wasilah menyampaikan berita gembira bahawa mereka akan dibawa bercuti selama 3 hari 2 malam. Mereka akan dibawa ke sebuah resort di di pinggir bandar untuk melakukan aktiviti istimewa di sana. Dek terlalu teruja , gamatlah sekali lagi dengan keriangan para pelajar. Setelah hampir sejam taklimat daripada Cikgu Wasilah , Fahmi pula mengambil alih taklimat pada malam itu. Segala info berkaitan aktiviti itu diterangkan secara terperinci oleh Fahmi. Setelah yakin dengan apa yang disampaikan , semua pelajar dilepaskan pulang ke asrama memandangkan mereka akan bertolak ke resort tersebut pada keesokan harinya. Idea ini , datangnya daripada guru-guru dan disokong kuat oleh pengetua. Sengaja dibuat begitu kerana terlalu gembira. Mana tidaknya , sekolah mereka telah menduduki tangga teratas secara keseluruhan disebabkan keputusan yang sangat cemerlang.

 

 

 Masing-masing kelihatan begitu teruja dengan percutian selama 3 hari 2 malam itu di AmanSuria Residence Resort. Seawal jam 7.30 pagi , kesemua pelajar tingkatan lima berkumpul di dataran utama. Kehadiran telah diambil oleh guru pengiring bagi memastikan setiap pelajar telah berada disitu. Tepat jam 8.00 pagi , mereka bertolak ke resort tersebut. Perjalanan selama 2 jam itu digunakan Farhana untuk membaca novel penulis kegemarannya iaitu Siti Rosmizah. Dirinya lebih selesa sebegitu memandangkan kebanyakan pelajar yang menaiki satu bas dengannya adalah pelajar dari aliran Sains Tulen dan Sains Akuan.

 

Setibanya di AmanSuria Residence Resort , Farhana dan rakan baiknya , Wardah menuju ke ruang lobi untuk mendaftarkan diri. Setelah selesai , mereka meletakkan bagasi di sudut yang ditetapkan , kemudian , menuju ke Dewan Felisa untuk mendengar sesi taklimat aktiviti yang bakal mereka ikuti. Setelah itu , mereka diberi kunci bilik dan mereka dibenarkan ke bilik masing-masing. Farhana kelihatan begitu terpesona dengan keindahan resort tersebut. Pemandangan yang cantik , udara yang nyaman ditambah lagi cuaca yang tidak begitu panas , membuatkan Farhana ingin sekali menerokai keseluruhan kawasan resort itu. Namun , oleh kerana masa yang diberikan hanya cukup-cukup sahaja untuk merehatkan diri dan menunaikan solat zohor , niatnya itu , terpaksa dilupakan buat seketika.

 

Aktiviti pertama dimulakan dengan pembahagian kumpulan. Kali ini , fasilitator telah membahagikan mereka dengan menggabungkan lelaki dan perempuan dan juga menggabungkan ketiga-tiga aliran Sains. Hal ini untuk mengeratkan lagi hubungan yang sedia terjalin. Bukan senang untuk mereka berkumpul sekali melakukan aktiviti memandangkan di sekolah , jadual mereka terlalu padat dengan sesi akademik mengikut aliran masing-masing , lebih-lebih lagi bagi pelajar aliran Sains Agama.

 

Farhana bernasib baik kerana tidak pernah berenggang dengan Wardah. Dia telah digabungkan di dalam kumpulan yang sama. Begitu juga Fahmi dan Ridzuan. Nampak gayanya jodoh Farhana dan Fahmi sangat kuat. Ahli kumpulan yang lain juga termasuk Rozana , Saadiah dan Taufiq yang masing-masingnya daripada aliran Sains Akaun. Setiap kumpulan akan mendapat ahli perempuan yang lebih banyak memandangkan bilangan lelaki agak sedikit berbanding perempuan. Hal ini juga dapat membantu agar pelajar perempuan tidaklah berasa kekok mahupun malu dek kerana bilangan pelajar lelaki yang banyak di dalam satu kumpulan. Guru-guru tidak mahu mereka terlalu pasif apabila teringatkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum ini.

 

Aktiviti pada petang itu dimulakan dengan pertandingan sukaneka yang diadakan di padang bersebelahan padang golf. Terdapat tiga jenis checkpoint yang mewakili satu permainan tradisional dan satu permainan moden. Dua kumpulan akan ditempatkan di setiap checkpoint. Pertandingan tersebut menarik minat para pelajar apabila pasukan yang menang akan diberi peluang untuk mencuba bermain golf. Peluang ini akan diambil oleh para pelajar dan kelihatan setiap kumpulan bermain dengan bersungguh-sungguh dengan bekerjasama dan semangat yang waja. Aktiviti seperti ini juga secara tidak langsung akan merapatkan hubungan antara pelajar dan mengurangkan rasa malu pelajar. Tetapi , titik berat batas pergaulan tetap diberi perhatian oleh para guru.

 

Rezeki menyebelahi kumpulan Warisan yang diketuai Hariz iaitu kapten bola sepak sekolah. Mereka sekumpulan telah berjaya menjuarai pertandingan sukaneka dan diberi peluang untuk mencuba sendiri bermain golf. Bagi pasukan lain pula , mereka tidak dihampakan apabila , pihak pengurusan resort telah memberi mereka peluang untuk mencuba kemudahan yang disediakan di pusat gym resort.

 

Pada sebelah malam , seusai solat maghrib dan solat isyak berjemaah , kesemua pelajar dikehendaki ke Dewan Felisa untuk mengikuti aktiviti seterusnya. Aktiviti pada malam itu ialah aktiviti mendengar ceramah daripada salah seorang finalis Pencetus Ummah iaitu PU Rahmat.

“Wahh!! Hana...bagusnya pengetua kita tu , sanggup jemput PU Rahmat datang sini bagi ceramah dekat kita. Aku memang rasa syok dan beruntung sangat. Inilah hadiah yang paling aku rasa istimewa yang pernah aku dapat.” luah Wardah tidak henti-henti dari tadi.

“Alhamdulillah Ada. Syukur...nanti kita pakat ramai-ramai , akhir program nanti ucap terima kasih dekat pengetua kita tu. Tak sangka pula pengetua sanggup berhabis duit nak meraikan kita. Ini baru peperiksaan semester 1 , belum lagi percubaan SPM , lagi-lagi SPM nanti. Aku rasa , pengetua akan buat kenduri , tak pun bawa kita semua pergi bercuti luar negara pula kot. Haha...over pula kita ni. Angan-angan pula...” Farhana pula meluahkan apa yang terbuku.

“Amboi , Cik Farhana...tinggi betul mimpinya ye. Kalau Cik Farhana nak tahu , PU Rahmat tu abang saudara Encik Fahmi ni. Ha , dialah yang cadangkan dekat pengetua agar jemput PU Rahmat , memandangkan abang saudara dia tu sedang bercuti di rumahnya. Jadi...berkat usaha Encik Fahmi kita ni , boleh la kita semua tengok secara live celoteh PU kita ye. Betul ke tidak Encik Fahmi??” sakat Ridzuan.

“Ish , kau ni Wan. Aku mana ada buat apa. Kebetulan masa aku ikut Abang Rahmat bagi ceramah dekat rumah anak-anak yatim waktu cuti semester hari tu , aku terserempak dengan pengetua. Itu waktu berbincang , aku saja berseloroh dengan pengetua , cadangkan malam pertama buat ceramah. Tup tup , pengetua setuju , jadi aku bagitahu dekat Abang Rahmat. Akhirnya...itu , depan mata semua orang dia dah muncul.” muncung Fahmi pada PU Rahmat yang telah siap sedia untuk memulakan ceramahnya.

 

Ceramah yang agak santai itu diisi dengan perkongsian dan gelak tawa daripada semua orang. Tajuk yang diperkatakan ialah ‘Manisnya Sayang’. Seronok benar para pelajar dengan tajuk tersebut dek kerana tajuk itu begitu sesuai dengan jiwa remaja dan memandangkan penceramahnya juga agak muda dan sesuai dipanggil ‘abang’. Apatah lagi bagi Fahmi...tajuk seperti itu sangatlah diharapkan. Mungkin , ini kerana pertanyaan yang diajukan dirinya kepada Abang Rahmat tempoh hari berkaitan soal hati. Berbunga-bunga betul hati Fahmi. Sekurang-kurangnya , dia mendapat sedikit keyakinan dan beberapa jawapan kepada apa yang sering mengganggu fikirannya beberapa bulan yang lepas.

 

Ceramah diakhiri dengan nyanyian sebuah lagu nasyid yang bertajuk Permata Yang Dicari daripada kumpulan DeHearty. Tetapi , yang istimewanya , lagu ini hanyalah dinyanyikan oleh PU Rahmat dan pelajar lelaki sahaja. Hal ini kerana , semasa sesi ceramah , PU Rahmat telah meminta pelajar perempuan untuk menulis ciri-ciri lelaki pilihan hati masing-masing di sehelai kertas. Meskipun agak memalukan bagi pelajar perempuan , tapi atas dorongan dan keyakinan yang diberikan oleh PU Rahmat dan keterujaan pelajar lelaki , mereka lakukan juga. Kertas-kertas tersebut dikumpulkan di dalam sebuah balang dan kemudiannya akan dicabut oleh setiap pelajar lelaki. Mereka tidak akan mengetahui siapa pemilik kertas itu. Apa yang diperkatakan oleh PU Rahmat , anggap sahaja , apa yang kita dapat itu , sebagai cabaran buat kita untuk menjadi lelaki yang lebih baik dan sebagai persediaan untuk menjadi seoarang suami kelak. Mungkin ianya adalah petunjuk daripada Allah SWT buat kita semua.

 

 

Akhirnya tamat juga hari pertama ni. Letih betul. Walaupun baru dua aktiviti dan dua kejutan daripada guru-guru , ini semua sudah memenatkan Farhana. Sampai sahaja dibilik , selepas membersihkan diri , dirinya terus melelapkan mata dek kerana letih yang teramat sangat. Begitu juga dengan Wardah dan dua lagi rakan sebiliknya. Tidak sempat berbual apa , mata terus terlelap.

 

“Woi Fahmi , dari tadi aku tengok kau tenung kertas yang kau cabut tadi tu kenapa? Apa yang budak perempuan tu tulis tentang ciri-ciri lelaki pilihan dia? Aku nak baca . . . !” Ridzuan merampas kertas tersebut daripada tangan Fahmi.

“Hmm...ciri-ciri pilihan lelaki saya ialah , pertama saya tak suka lelaki yang merokok. Kedua , dia hormat saya dan keluarga saya terutamanya ibu bapa saya. Ketiga , dia faham saya dan boleh bimbing saya. Sebagai tambahan , saya suka lelaki yang pakai spec J “ ...

“Wan...bagilah dekat aku balik. Kau ni pun , semuanya nak tahu.” rungut Fahmi.

“Oh...padanlah dari tadi kau tenung je kertas tu. Ada satu ciri kena dengan kau ye. Beranganlah ni ye cik abang oi! Eh , kejap. Aku rasa , aku kenal dengan tulisan tangan tu. Kejap ye , aku pergi ambil.” laju sahaja langkah Ridzuan untuk mengambil nota di dalam beg sandangnya.

“Ini dia Fahmi. Cuba kau tengok tulisan dalam nota ni. Samakan?” tunjuk Ridzuan kepada Fahmi.

“Iyelah Wan. Sama betul. Ini bukan ke nota agama yang Farhana pinjamkan pada kita bulan lepas? Eh , dah lama ni kita pinjam. Kita kena pulangkan. Patutlah aku cari hari tu tak jumpa. Mesti dia terpaksa buat lainkan untuk ulangkaji untuk kertas agama hari tu. Kaulah ni Wan...aku suruh cuba sendiri ni nak salin bulat-bulat. Kau dahlah suka buat barang orang jadi harta sendiri. Kesian dekat Farhana...” bebel Fahmi.

“Eh eh kau ni Fahmi. Eh , kira beruntunglah kita tak pulangkan lagi nota tu. Sekarang , dapatlah kau tahu yang kertas tu kepunyaan Farhana Dahlia , pujaan hati kau tu kan. Tapi , apa-apapun , aku minta maaflah sebab lambat pulangkan. Aku bukan sengaja. Tak apa , nanti biar aku yang pulangkan sendiri.” kata Ridzuan.

“Eh! Taka pa. Biar aku yang pulangkan. Aku yang pinjam , biar aku yang pulangkan ye. Heheh...” dalam hati ada taman.

“Dan dan je kau ye Fahmi. Aku faham apa yang tersimpan di sudut hati kau. Jangan risau , aku sentiasa sokong kau dari belakang. Jomlah tidur. Lewat dah ni. Selamat malam , assalamualaikum.” Ridzuan telahpun melelapkan matanya.

 

Fahmi segera menarik selimutnya. Bukan kerana sejuk tetapi kerana terlalu gembira dengan berita yang baru sahaja dia ketahui. Terima kasih , Ya Allah...

 

 

Matahari telah menerbitkan sinar cahayanya. Selepas bersarapan , fasilitator menerangkan aktiviti mereka pada hari itu. Aktiviti pada hari itu agak istimewa kerana mereka akan bermain permainan ‘Running Man’ seperti yang mereka sering tonton dikaca televisyen. Seperti yang diduga , jelas terpancar keterujaan para pelajar dengan aktiviti itu. Antara sebab permainan ini menjadi pilihan guru-guru kerana semasa Hari Guru pada bulan lepas , para pelajarnya telah membuat tema Korea untuk meraikan guru-guru mereka. Dengan semangat dan minat yang teramat , dewan perdana telah dihias dengan begitu cantik sekali. Para guru sangatlah teruja dan berasa gembira. Dengan cara inilah , mereka berterima kasih kepada para pelajarnya. Beruntung sungguh mereka bersekolah disitu. Pelajar terpilihlah katakan.

 

Aktiviti ini akan diadakan sehingga petang dan dijangka akan berakhir pada jam lima petang. Kumpulan masih lagi dikekalkan. Mereka akan lakukannya pada dua sesi. Pada sebelah pagi , mereka akan bermain permainan biasa seperti apa yang mereka sering lihat di dalam Running Man. Tema permainan mereka ialah ‘Missing Journey’. Mereka akan bermain dua jenis permainan biasa. Kemudian , untuk permainan ketiga mereka akan dipecahkan. Tempat permainan lelaki dan perempuan akan diasingkan memandangkan permainan ketiga ialah permainan mencabut tanda nama. Semasa permainan ketiga inilah , tanpa disedari seorang pelajar perempuan telah diculik oleh kumpulan pembelot. Pelajar tersebut ialah Farhana Dahlia. Itulah permainannya.

 

Kenapa Farhana? Siapakah pembelot itu?

 

Terbongkarlah!!! Ini semua adalah rancangan Ridzuan dan dijayakan lagi dengan kerjasama Wardah. Bukan niat untuk mengenakan tetapi untuk melihat dan menguji sejauh mana keikhlasan Fahmi terhadap Farhana. Ridzuan merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap permainan ini. Dengan kerjasama fasilitator , permainan berlangsung dengan lancarnya. Semasa Farhana dan Wardah bersembunyi daripada pihak lawan , semasa itulah kunco-kunco Ridzuan a.k.a fasilitator menculik Farhana. Wardah berpura-pura tidak dapat melakukan apa-apa. Farhana disembunyikan di sebuah bilik kosong di hujung resort. Matanya telah ditutup serta tangan dan kakinya telah diikat. Mulutnya yang bergam pula akan dibuka sekiranya Ridzuan memberi keizinan. Ridzuan akan mengizinkannya apabila dia dan Wardah berpuas hati dengan keikhlasan dan kesungguhan Fahmi terhadap Farhana. Walaupun , niat sebenar tidak siapa ketahui dan terpaksa mengorbankan rakan sendiri , ini juga untuk kebaikan rakan-rakan baiknya itu.

 

Permainan mencabut tanda nama dihentikan apabila peserta yang masih hidup adalah kunco-kunco pembelot dan beberapa peserta lain yang tidak mengetahui apa-apa. Berita kehilangan Farhana telah sampai ke pengetahuan peserta lelaki apabila fasilitator memaklumkan perkara tersebut. Peserta lelaki dan perempuan yang masih hidup dikumpulkan dan begitu juga peserta-peserta lain bagi mengetahui misi sebenarnya. Tema ‘Missing Journey’ dijelaskan kepada setiap peserta dan kini barulah mereka menyedari misi sebenarnya dan apa yang sebenarnya yang sedang berlaku. Misi pencarian akan dilakukan selepas makan tengah hari , solat zohor dan hemat diri. Walaupun permainan dihentikan , kelibat Farhana masih tidak kelihatan. Fahmi sudah mula risau. Ke sana ke sini dia mecari Farhana. Tapi , dek kerana tidak ingin dicurigai sesiapa , Fahmi mendiamkan diri.

 

Misi pencarian telah sejam dimulakan. Tetapi , Fahmi masih lagi belum menemukan Farhana. Fahmi mengambil keputusan untuk berpecah dengan peserta yang lain bagi memudahkan dirinya untuk mencari Farhana. Seluruh tempat dicarinya , namun , hampa. Farhana tidak ditemui. Peserta-peserta yang lain telah keletihan dan mengambil keputusan untuk menarik diri. Mereka memilih untuk menyerah dan duduk bersama rakan-rakan yang lain di dalam Dewan Felisa menonton misi pencarian itu. Mereka berbuat demikian apabila mengetahui , kisah sebenarnya disebalik permainan itu. Di masa yang sama , di tepi sebuah bangunan , Fahmi hampir berputus asa dengan misi itu. Dengan lemahnya , Fahmi menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan kertas yang dicabutnya semalam. Dibacanya tulisan tangan itu kemudian digenggamnya. Semangatnya berkobar-kobar semula.

 

Dari belakang dewan , Ridzuan menghantar pesanan ringkas kepada Wardah. Dia mengarahkan agar Wardah menghalakan kipas angin ke arah langsir bilik , tempat persembunyian Farhana. Fahmi yang kebetulan duduk bertentangan bilik itu , berasa pelik apabila tiba-tiba langsir bilik tersebut bertiup dengan kuat sekali. Sedarnya , sebelum ini , langsir itu biasa-biasa sahaja.  Fahmi curiga. Perasaannya berasa sesuatu. Dengan teliti dan berhati-hati , dia menghampiri kawasan belakang bilik itu. Aksinya yang sebenarnya dilihat oleh semua rakannya boleh dikatakan seperti aksi Jongkook di dalam Running Man. Malangnya , tingkap tersebut tidak boleh dilihat dari luar. Dia tidak mampu melihat apa-apa. Dia masih tidak berputus asa. Dia mencuba pula ke bahagian hadapan. Dilihatnya sekeliling , mana tahu , ada sebarang petunjuk. Kemudian , dilihatnya nombor bilik tersebut dan bilik sebelahnya memandangkan bilik yang disyaki adalah bilik paling hujung. Dia teringat sesuatu. Iya! Itu bilik Amelia. Dia cuba menghubungi Amelia. Panggilannya dijawab. Dia menanyakan sama ada bilik sebelahnya diduduki sesiapa atau tidak. Dan Amelia memaklumkan bahawa bilik itu kosong sejak semalam. Kemudian , Fahmi menelefon bahagian pihak resort untuk memastikan adakah bilik itu ditempah ataupun diduduki sesiapa. Setelah mendapat maklumat , tidak salah lagi. Dia yakin. Itu tempatnya!!!

 

Ridzuan menghantar pula pesanan kedua kepada Wardah yang telah berada di bilik Amelia. Dari situ , Wardah dapat melihat segala-galanya. Mereka berdua berpuas hati dengan kesungguhan dan keikhlasan yang ditunjukkan Fahmi. Sesungguhnya , permainan pada hari itu amat mencabar buat semua orang. Inilah kali pertama mereka melihat Runnning Man yang begitu susah sekali. Mereka yang menontonnya secara live turut berdebar-debar. Namun , mereka masih tidak mengetahui dalang disebalik penculikan Farhana. Wardah membuka gam dimulut rakan baiknya itu. Secara spontan , Farhana terus menjerit meminta pertolongan. Dalam masa yang sama Amelia telahpun berada di hadapan biliknya. Fahmi telah meminta Amelia untuk datang ke sini untuk membuka pintu biliknya memandangkan biliknya dihubungkan dengan bilik sebelah. Jadi , sebab itulah bilik tersebut dikosongkan. Tapi , itu bukanlah sebab sebenarnya. Bilik itu , sebenarnya telah ditempah oleh kaunselor sekolah mereka , Puan Sahaya sebagai bilik sakit.

 

Apabila terdengar jeritan Farhana , Fahmi terus merampas kunci bilik Amelia dan terus membuka pintu bilik tersebut. Wardah yang sedang menyorok di dalam tandas berasa berdebar-debar. Dia berdoa agar Fahmi terus mencari Farhana di bilik sebelah. Pintu penghubung dibuka dan Fahmi menjumpai Farhana. Farhana yang sedang menangis , dibuka ikatan mata , tangan dan kaki oleh Fahmi. Fahmi menenangkan Farhana. Tidak lama selepas itu , pintu bilik dibuka dan kelihatan semua orang telah berada di situ. Akhirnya...misi selesai. Fahmi Darwis ialah juaranya. Dia hero buat Farhana Dahlia. Permainan selesai seperti yang dijangka. Mereka dilepaskan pulang ke bilik masing-masing untuk berehat memandangkan pada malam harinya pula , mereka akan menghadiri satu majlis khas. Kejutan yang paling mengujakan mereka apabila pada malam taklimat di dewan perdana , Cikgu Wasilah telah menyuruh mereka membawa sepasang baju untuk menghadiri majlis khas. Mereka dibenarkan berpakaian biasa asalkan menutup aurat. Ini ialah majlis untuk mereka.

 

 

Esakan tangisan yang berbaki masih lagi kedengaran daripada Farhana. Mana tidaknya , dirinya yang tidak mengetahui apa-apa telah dibuat sedemikian. Wardah yang menjadi dalangnya hanya mendiamkan diri. Begitu juga Ridzuan. Mereka pura-pura letih dan sibuk dengan persiapan untuk majlis pada malam itu. Dek kerana tidak ingin memberitahu perkara sebenar dan ingin merahsiakannya dahulu , mereka hanya memberikan salinan video pertandingan tadi kepada Farhana dan Fahmi. Walaupun masih tidak memahami apa-apa , dan memandangkan , orang lain sibuk dengan persiapan malam nanti , akhirnya Farhana dan Fahmi mengalah juga. Mereka memilih untuk merehatkan diri akibat kerana terlalu letih. Pakaian mereka berdua telah lama siap tersedia memandangkan pakaian mereka berdua telah dihantar oleh kedua keluarganya pada pagi tadi. Ini , menyenangkan mereka.

 

Sebelum melelapkan mata , Fahmi menelefon Farhana menggunakan telefon biliknya. Dia cuma inginkan Farhana tidak apa-apa. Setelah mendapat kepastian , mereka berdua merehatkan diri masing-masing.

 

 

Farhana mengenakan jubah labuh yang berwarna hitam yang ditempah khas di butik umminya. Umminya sendiri telah menghiasi jubahnya itu dengan aksesori manik yang tidak terlalu sarat dan serabut. It’s look nice. Suit for her. Ceewahh!!! Farhana memadankannya lagi dengan shawl berwarna hijau epal. Walaupun tidak menggunakan sebarang make up , kecantikan wajahnya tetap terpancar. Mewarisi kecantikan umminya yang berdarah kacukan Arab itu , wajahnya semulajadi kelihatan cantik. Apa yang mahalnya ialah keningnya yang tebal. Sebab itulah Fahmi Darwis terpikat dengan dirinya tanpa dia sedari.

 

Fahmi pula yang berbaju kemeja hitam dan slack hitam dan dimatchingkan lagi dengan tali leher serona dengan tudung Farhana , kelihatan begitu segak bergaya. Walaupun wajahnya kelihatan agak keletihan , Fahmi masih mampu tersenyum apabila dihadapannya kini adalah Farhana Dahlia. Hatinya berbunga-bunga apabila dilihatnya Farhana juga mengenakan pakaian sedondon dengannya. Macam berjanji-janji pulalah ye. Jika digandingkan , sama cantik dan sama padan. Bak kata peribahasa , merpati dua sejoli , bagai pinang dibelah dua , semuanya padanlah dengan pasangan ini.

 

Farhana dan Wardah mengambil tempat dimeja yang terletak di tepi kolam renang. Mereka rasakan tempat itu agak strategik dan sesuai untuk bergambar. Haha...kedua-duanya kaki bergambar sebenarnya. Tidak jauh dari situ , Ridzuan telahpun secara sengaja mengambil tempat berdekatan dengan Farhana. Ini semua demi sahabatnya itu. Fahmi kelihatan agak sibuk apabila dirinya baru sahaja diminta untuk berucap di pentas sebagai wakil kepada para pelajar. Sebenarnya , malam itu akan diadakan majlis makan malam untuk pelajar tingkatan lima dan sekaligus akan menutupkan aktiviti percutian mereka di situ. Setelah penutupan dirasmikan , maka pada hari esok , kesemua pelajar akan dilepaskan melakukan aktiviti masing-masing , sama ada mereka ingin berehat-rehat ataupun mengambil kesempatan untuk meninjau dan berjalan-jalan di sekitar resort.

 

Majlis makan malam itu diserikan lagi dengan persembahan para pelajar secara spontan. Cabutan nama yang dibuat para guru dan pelajar sendiri , membuatkan setiap orang berdebar-debar dan berasa takut jikalau nama mereka akan terpilih. Kebanyakan mereka yang bertuah ialah pelajar lelaki. Farhana dan Wardah lebih berminat untuk menikmati pemandangan pada waktu malam itu. Mereka memilih untuk menikmati hidangan yang disediakan di tepi kolam renang tidak jauh dari pentas utama. Sedang mereka berdua asyik makan , seorang guru lelaki , Cikgu Fazrul mendekati mereka dengan membawa sebuah kotak bersaiz sederhana yang penuh berisi dengan nama para pelajar. Cikgu Fazrul meminta Farhana untuk mencabut nama para pelajar memandangkan Farhana merupakan pelajar kesayangannya. Secara spontan Farhana mencabut satu nama. Farhana membuka kertas nama tersebut dan . . .

“Gulp! Fahmi Darwis!! Ya Allah...kenapa dia?” bisik Farhana.

 

Cikgu Fazrul meminta Farhana untuk mengumumkan nama pelajar yang bertuah itu. Fahmi yang sedang makan , tersedak sebaik sahaja Farhana menyebut namanya. Dengan rela hati dan hati yang dihiasi dengan rama-rama , dengan segera Fahmi mencari dua rakannya untuk membantu dirinya membuat persembahan spontan itu. Fahmi telah memilih untuk menyanyikan sebuah lagu Korea yang sangat diminati ramai terutamanya Farhana Dahlia. Sebenarnya , sejak dirinya mengenali dan tertarik dengan gadis bernama Farhana Dahlia itu , dia telah berusaha secara perlahan-lahan mengenali dan mengetahui diri Farhana melalui rakan-rakan yang mengenalinya. Banyak maklumat yang diketahuinya melalui Wardah yang sebenarnya ahli silat sekolah sama seperti dirinya. Fahmi , Ridzuan dan Hariz telahpun bersedia di atas pentas untuk membuat persembahan. Semua pelajar kelihatan begitu teruja apabila pertama kali mendengar suara ketua pelajar itu menyanyikan lagu Korea. Tidak sangka , Fahmi mampu berbahasa Korea dan kedengaran begitu fasih , begitu juga dengan Ridzuan dan Hariz. Jadi , tidak hairanlah kenapa mereka bertiga telah terpilih untuk mewakili sekolah untuk program pertukaran pelajar selama sebulan pada bulan hadapan ke Korea. Pelajar berdarah kacukan Korea itu sangat fasih berbahasa Korea apabila dirinya telah mengikuti kelas bahasa asing semasa berada di tingkatan satu lagi. Oleh itu , kini , dirinya sangat fasih untuk berbahasa itu.

 

Farhana kelihatan begitu terpaku dengan persembahan Fahmi sehingga Wardah disebelahnya tidak dihiraukan. Wardah tidak betah dengan keadaan seperti itu. Akhirnya dia menarik tangan Farhana. Farhana terkejut lalu menyedari keterlanjuran dirinya yang begitu asyik menghayati persembahan Fahmi itu. Farhana termalu sendiri. Dia segera mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Wardah mengambil peluang itu dengan mengajak Farhana untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Setelah majlis selesai , mereka memilih untuk terus pulang untuk mengemas barang. Mengikut apa yang telah dirancang tadi , setelah mendapat kata putus daripada rakan-rakan sekelasnya , esok pagi mereka akan bersama-sama menghirup udara segar di sekitar resort. Mereka ingin meluangkan masa bersama dan menjadikan aktiviti pada keesokan hari itu sebagai memori yang paling indah untuk mereka sewaktu di zaman sekolah.

 

Wardah menghantar pesanan ringkas kepada Ridzuan , memaklumkan bahawa dia dan rakan sekelasnya akan bersiar-siar pada esok pagi. Ridzuan memberitahu kepada Fahmi tetapi Fahmi hanya tersenyum lalu merebahkan dirinya di atas katil yang empuk itu. Tidak berapa lama selepas itu , dirinya pun terlelap. Mungkin letih siang tadi masih bersisa. Ridzuan membiarkan sahaja lalu membersihkan diri terlebih dahulu sebelum masuk tidur.

 

Jarum jam menunjukkan ke angka tiga pagi. Fahmi yang terlelap awal , terjaga daripada tidur. Walaupun dirinya masih letih , dia tetap menggagahkan diri untuk bangun menunaikan solat sunat istikharah. Dia sebenarnya berniat untuk mengerjakan solat sunat istikharah dan ingin memohon petunjuk daripada Allah SWT kepada apa yang dirasainya selama ini. Seusai melakukan solat sunat istikharah dan bertafakur , Fahmi melelapkan mata semula. Baru setengah jam dia terlelap , tiba-tiba dia terjaga.

“Ya Allah...adakah itu satu petanda? Petunjuk dariMu?” ... Fahmi masih bingung.

Fahmi beristighfar dan berselawat beberapa kali. Setelah itu , dia ke meja yang disediakan di bilik itu. Dia mengeluarkan sehelai kertas kajang lalu menulis sesuatu di atas kertas itu. Ia seperti sepucuk surat. Barangkali....iya. Sepucuk surat untuk Farhana Dahlia. Dia telah bertekad untuk meluahkan isi hatinya. Walaupun dia sedar , dirinya tidak layak untuk Farhana Dahlia tetapi , cukuplah untuk Farhana mengetahui apa yang dirasainya. Dia sanggup untuk terima apa sahaja kerana dia memang ikhlas dengan Farhana. Hampir sejam dia meluahkan segala isi hatinya di dalam surat itu , akhirnya segalanya telah terluah. Dia meletakkan pen lalu melipat surat itu menjadi bentuk hati. Surat itu akan dia selitkan pada nota kepunyaan Farhana. Nota itu akan dipulangkannya pada pagi itu semasa Farhana dan yang lain bersiar-siar di sekitar resort.

 

 

Setelah bersarapan , Farhana dan rakan-rakan sekelasnya berkumpul di lobi hotel. Setelah semuanya berkumpul dan sedia untuk melakukan aktiviti bersiar-siar , mereka memulakan aktiviti tersebut bersama-sama. Mereka sama-sama menikmati keindahan sekitar resort. Embun pagi masih lagi dapat dirasai. Selepas bergambar bersama-sama dan melakukan aktiviti bersama , mereka membuat keputusan untuk berpisah untuk melakukan aktiviti masing-masing pula. Fahmi dan Ridzuan yang baru sahaja selesai berjoging , kelihatan sedang berehat sambil menghirup udara segar. Kebetulan sewaktu itu , Fahmi terlihatkan kelibat Farhana. Fahmi berlari-lari anak mendapatkan Farhana. Ridzuan yang kebingungan ditinggalkan begitu sahaja akhirnya memahami dan membiarkan sahaja kelakuan rakan baiknya itu. Wardah yang berada disebelah Farhana menjauhkan sedikit dirinya seperti memahami apa tujuan Fahmi ke situ. Surat yang berbentuk hati itu telah kemas terselit di dalam nota agama milik Farhana. Fahmi menyerahkan nota itu tanpa mengatakan apa-apa. Farhana menjadi bingung dengan sikap ketua pelajar itu. Sepertinya ketua pelajar itu kelihatan begitu malu apabila mereka berjumpa sebentar tadi. Namun , Farhana membiarkan Fahmi sebegitu apabila Wardah telahpun mengajaknya untuk pulang ke bilik.

 

 

Sebulan telah berlalu dan beberapa minggu lagi peperiksaan percubaan SPM akan tiba. Farhana dan rakan-rakan sekelasnya begitu sibuk mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Masing-masing memberi fokus sepenuhnya untuk peperiksaan kali ini. Suatu hari , sedang dia mengulangkaji pelajaran agama , dia secara tiba-tiba menjumpai kertas yang berbentuk hati. Seingatnya , dia tidak membuat nota seperti itu. Dengan perasaan ingin tahu , dia membuka kertas berbentuk hati itu. Alangkah terkejutnya apabila menyedari kertas itu adalah sepucuk surat daripada Fahmi Darwis untuk dirinya. Kata-kata dan isi hati yang diluahkan Fahmi dibaca satu-persatu. Dirinya kaku dan tidak mampu berkata apa-apa dengan luahan isi hati ketua pelajar itu. Patutlah sejak balik dari resort , dia tidak melihat Fahmi apatah lagi sekarang. Sudah dua minggu Fahmi dan dua lagi rakannya mengikuti program pertukaran pelajar. Farhana menekup mukanya lalu beristighfar beberapa kali.

 

Sejak membaca surat daripada Fahmi , perasaan Farhana terasa bercelaru. Dia mendapat berita daripada Cikgu Fazrul bahawa Fahmi dan rakan-rakannya akan pulang ke Malaysia pada esok hari. Malam itu , setelah membuat latihan Matematik Tambahan , Farhana melelapkan mata agak awal tidak seperti selalu. Pagi itu , dia ada temujanji. Kehadirannya adalah wajib!

 

Seusai bertemujanji dengan sang kekasihnya , Farhana melabuhkan punggungnya di atas katil. Dia tidak berniat untuk menyambung tidurnya semula. Dia termenung seorang diri di awal pagi itu. Dihadapannya kini ialah surat pemberian Fahmi dan sehelai kertas kajang untuk membalasnya. Farhana bertekad untuk membalas surat tersebut dan surat itu akan disampaikannya setelah Fahmi pulang ke tanah air. Surat daripada Fahmi itu dibacanya semula sebelum memulakan coretan balasannya.

 

 

Santun pekertimu dan lembut tutur katamu

Menarik minatku untukku mendekatimu.

 

Sepucuk suratku tulis menyatakan harapan

Walaupunku kebimbangan kau berbeza pandangan

Namunku tetap menanti jawapan...

 

Assalamualaikum Farhana Dahlia...maaflah sekiranya surat ini mengganggu waktu awak. Saya tidak berniat untuk mengganggu diri awak. Saya cuma ingin meluahkan apa yang selama ini terbuku di dalam hati ini. Saya tidaklah pandai berkata-kata mahupun bermadah kata. Biarlah saya berterus-terang sahaja. Lagi mudah bukan?

Sebenarnya Farhana , saya telah lama meminati awak. Sejak pertama kali saya melihat awak di perpustakaan beberapa bulan lepas , secara tidak sengaja saya telah jatuh hati pada diri awak. Saya sendiri tidak tahu mengapa. Pada mulanya , saya tidak menghiraukan perasaan saya sendiri tapi setelah perbualan pertama kita pada tempoh hari , akhirnya saya menyedarinya. Perasaan ini mengganggu fikiran saya. Ada juga saya bertanya perasaan yang saya alami ini kepada Abang Rahmat , tetapi Abang Rahmat tidak terus menjawab. Dia hanya tersenyum kepada saya. Saya menjadi semakin bingung sehinggalah ceramah pada malam pertama kita di sini. Dari situ , serba sedikit persoalan yang mengganggu itu terjawab. Tapi , saya masih tiada keyakinan untuk meluahkan perasaan ini kepada awak.

Farhana , adakah awak masih ingat kertas ciri-ciri pilihan lelaki yang Abang Rahmat suruh awak dan pelajar lain tulis tu? Sebenarnya , saya mendapat kertas milik awak. Saya tahu itu tulisan tangan awak melalui nota agama yang awak pinjamkan tempoh hari. Apabila saya baca ciri-ciri yang awak tulis tu , hati saya sedikit gembira kerana awak menyukai lelaki yang berkaca mata. Saya berkaca mata bukan? Maaf , kalau saya perasan. Sekurang-kurangnya saya masih punya harapan. InsyaAllah ...

Awak...dengan kertas itulah saya berusaha mencari awak sewaktu permainan Running Man semalam. Saya terkejut dengan kehilangan awak. Saya hampir berputus asa tapi apabila saya membaca tulisan tangan awak tu , semangat saya berkobar-kobar semula. Akhirnya...saya yakin dengan perasaan saya selama ini.

Malam tadi , saya membuat solat istikharah. Alhamdulillah...saya mendapat petunjuk darinya. Sebab itulah , surat ini saya tulis untuk menyatakan segalanya pada awak.

Farhana , perkenalan yang singkat ini , saya harap akan ada perkembangannya. Jika diizinkan , saya ingin mengenali awak dengan lebih dekat. Saya harap , awak tidak menghampakan saya. Saya ikhlas dengan hubungan ini. Cukup dahulu tulisan daripada saya untuk kali ini. Saya setia menunggu balasan daripada awak.

Assalamualaikum...

 

Tulus ikhlas ,

Fahmi Darwis J

 

 

 

Seminggu lagi peperiksaan percubaan akan berlangsung. Fahmi , Ridzuan dan Hariz telah selamat sampai di tanah air. Mereka dibenarkan pulang pada minggu ini untuk berehat secukupnya sebelum memberikan perhatian seratus peratus pula untuk peperiksaan percubaan. Sebelum Fahmi pulang , Farhana telah berjumpa dirinya di hadapan foyer. Sepucuk surat dihulurkan Farhana kepada dirinya. Sebenarnya , Fahmi sendiri telah dapat meneka isi surat itu dan dia sendiri terasa berdebar-debar dengan isi surat yang sedang berada di tangannya kini. Agak lama dia menunggu jawapan daripada Farhana.

 

Setelah selesai menunaikan solat isyak berjemaah bersama keluarganya , Fahmi meminta diri untuk ke biliknya sementara menunggu ibu dan kakak-kakaknya menyiapkan hidangan makan malam. Fahmi mengambil kesempatan itu untuk membaca surat balasan pemberian Farhana siang tadi. Dengan perasaan berdebar-debar , Fahmi membuka lipatan surat itu. Kalimah basmallah sebagai pembuka.

 

 

Assalamualaikum wrhbt...

 

Kepada imtiaz Fahmi ,

 

Arwah abang saya pernah berpesan kepada saya , janganlah kita berkasih-kasihan sebelum tiba pada masanya. Selagi belum bersedia , eloklah kita merahsiakan dan memendamkan dahulu isi hati kita. Bukan saya ingin katakan perbuatan Fahmi salah. Tidak Fahmi. Mungkin Fahmi telah bersedia tapi tidak bagi saya. Saya tak nak bercinta ataupun couple. Bercinta itu tidaklah salah asalkan menjaga batas pergaulan dan niat kerana tuhan tetapi couple itu haram kerana tiada istilah di dalam Islam.

 

Biarlah hubungan kita ini kekal sebagai persahabatan kerana Allah swt. Belajarlah rajin-rajin dahulu. Lebih elok , jika kita berikan fokus terlebih dahulu pada peperiksaan percubaan dan peperiksaan SPM yang tidak lama lagi ini. Jika ada rezeki dan jodoh , insyaAllah kita akan berjumpa lagi.

 

Jangan lupa belajar rajin-rajin tau.

 

Jumpa Fahmi di IPT. See You di IPT . . .

 

Sekian , wassalam.

 

 

kalau sayang , doakan dunia dan akhirat untuk dia.

kalau cinta , bimbinglah dia ke jalan yang benar.

 

 

Salam dari , Farhana Dahlia

 

 

 

Fahmi Darwis menyahut cabaran tidak langsung daripada Farhana. Dia dapat memahami apa yang dimaksudkan oleh Farhana di dalam surat balasannya itu. Dia juga yakin dengan perasaanya terhadap Farhana , dia tidak bertepuk sebelah tangan. Dia akan berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya. Dia akan buktikan segalanya. Benar! Kejayaan menentu pertemuan!!

 

 

 

 

Peperiksaan percubaan telahpun bermula. Para pelajar SMTR kelihatan begitu yakin apabila menjawab kesemua soalan yang diberikan. Namun , mereka haruslah sentiasa peka dan berhati-hati dengan setiap soalan yang dinyatakan. Apa yang dikehendaki , itu yang perlu diberi jawapan. Farhana , Fahmi , Ridzuan dan Wardah kelihatan tenang menjawabnya. Pelajar harapan sekolah itu , melakukan sebaik mungkin setelah bertungkus-lumus mengulangkaji pelajaran. Solat dan doa tidak alpa ditunaikan dan dipanjatkan.

 

Keputusan percubaan telahpun keluar. Semasa perhimpunan bulanan dan perhimpunan rasmi yang terakhir pada tahun itu , pengetua sekolah , Tuan Abdullah Ghazali telah mengumumkan keputusan yang dicapai oleh anak pelajarnya. Alhamdulillah...sekali lagi pelajar mencipta rekod yang cemerlang. Mereka sekali lagi menduduki tempat pertama secara keseluruhan. Keputusan peperiksaan percubaan mereka adalah yang terbaik. Jadi , harapan yang tinggi semestinya akan diletakkan pada para pelajar. Walaupun bukan kesemuanya mendapat semua A+ tetapi rekod keputusan , kesemua pelajarnya hanya mendapat gred C+ sehinggalah A+. Alhamdulillah... Antara pelajar yang berjaya memperoleh keputusan semua A+ ialah tidak lain dan tidak bukan Fahmi Darwis dan Ridzuan , yang mewakili pelajar aliran Sains Tulen. Hariz dan Amelia mewakili pelajar aliran Sains Akaun serta Farhana Dahlia dan Wardah yang mewakili pelajar aliran Sains Agama. Di sini membuktikan aliran apa sahaja mampu memperoleh kecemerlangan. InsyaAllah . . .

 

 

Masa yang tinggal baki beberapa hari lagi itu digunakan para pelajar untuk berusaha lagi dan membuat persiapan terakhir sebelum peperiksaan terbesar mereka , SPM bermula. Pada saat ini , Farhana lebih suka mengulangkaji pelajarannya dengan cara membuat latihtubi dan studi berkumpulan. Walaupun berbeza aliran , ia tidak menghalang Farhana , Wardah , Fahmi dan Ridzuan belajar bersama-sama. Setiap hari , mereka akan belajar bersama-sama. Pada sebelah pagi di perpustakaan dan pada sebelah petangnya di taman belajar. Dengan cara ini , mereka lebih relaks dan ia tidak memberi tekanan yang teramat kepada mereka. Pada waktu beginilah kita perlu slow down dan beri peluang pada diri untuk menyegarkan otak.

 

Persahabatan yang terjalin antara Farhana dan Fahmi juga semakin rapat semenjak mereka belajar bersama. Namun demikian , pelajaran tetap menjadi keutamaan. Sebelum melangkah ke dewan peperiksaan , satu sesi motivasi daripada Ustazah Yusni diadakan. Sesi motivasi ini adalah untuk memberi nasihat dan peringatan buat pelajar-pelajar. Apa yang perlu dan tidak perlu harus diperingati semula. Semasa sesi motivasi ini berlangsung tempoh hari , Ustazah Yusni ada menyebut , jangan bercinta pada masa sekarang. Fahmi yang tidak jauh dari Farhana memandang Farhana dari jauh , kemudian dia tersenyum. Ustazah Yusni mengingatkan para pelajar bahawa pelajaran lebih penting daripada bercinta. Kejayaan yang semua orang nak tengok. Tak ada sesiapa yang inginkan kita , berkenan dengan kita kalau kita tak ada pelajaran kelak. Kata-kata ustazah membakar semangat aku dan ditambah lagi dengan kata-kata yang ada di dalam surat Farhana.

“Bangkit semangat keazaman , menggulung cita dan impian , biar terpaksa rahsiakan hubungan . . . “ lirik lagu itu yang sering disiulkan oleh Fahmi sejak dia menyedari terdapat ayat “See You Di IPT” di dalam lagu nyanyian UNIC itu. Sejak mereka rapat , Fahmi sering memberikan sticky note kepada Farhana. Sticky note yang bertulis mutiara kata itu akan di balas dengan sticky note yang bertulis “See You Di IPT” pula. Tiada balasan Farhana selain ayat itu. Fahmi memegang janji itu!!
 

 

“Every successful person has a painful story.

Every painful story has a successful ending.

Accept the pain and get ready for success.”

 

“Allah adalah KEKUATAN.

Untuk mencari kekuatan , carilah Allah.”

 

“Jika kamu GAGAL mendapatkan sesuatu ,

Hanya satu hal yang harus kamu lakukan ,

Try Again.”

 

 

Pada awalnya masa berlalu begitu pantas , kini ia kembali pula merangkak-rangkak seperti sengaja memberi tekanan kepada para pelajar SPM SMTR. Hari berganti hari , selepas satu kertas ke satu kertas yang lain , akhirnya kertas bagi pelajar aliran Sains Tulen telahpun berakhir dan kertas pelajar aliran Sains Akuan telah sehari lebih awal berakhir. Sekarang , hanya tinggal kertas terakhir bagi pelajar aliran Sains Agama yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Nampak gayanya , Fahmi tidak berkesempatan untuk bertemu Farhana kerana dia tidak ingin mengganggu Farhana. Dia meninggalkan sticky note untuk Farhana Dahlia sebelum meninggalkan perkarangan asrama.

 

“Tiada apa yang mustahil di atas muka bumi Allah swt.

Apabila tuhan berkata kun faya kun , maka jadilah ia.

Seperti juga kita.

Andai tuhan merestui kita , insyaAllah akan bertemulah kita jua.”

 

#Fahmi Darwis

 

SPM telahpun melabuhkan tirainya. Farhana Dahlia telah selamat tiba di kampung halamannya. Setelah berusaha , kini dia dan rakan-rakan yang lain hanya mampu bertawakal dan terus berdoa dan terus berdoa. Farhana mengisi masa cutinya dengan bekerja sambilan di butik umminya sendiri. Dia juga banyak mengikuti usrah di pelbagai tempat terutamanya mengikuti usrah di tempat di mana arwah abangnya pernah mengajar dahulu. Dia juga mengambil masa cuti yang panjang itu untuk menziarahi kubur arwah abang kesayangannya itu setiap hari. Abang Danial Fahim ialah satu-satunya abang dan adik-beradik yang dia ada. Setelah kematian abang Fahim beberapa tahun yang lalu akibat kemalangan jalan raya , dia tidak mempunyai sesiapa selain kedua ibu bapanya. Setiap patah kata yang pernah abang Fahim katakan , dia tidak pernah lupa. Dengan kata-kata itulah dia bangun semula selepas kehilangan insan tersayang. Dengan kata-kata abangnya jualah dia yakin dengan perasaan yang berputik sejak dulu lagi. Perasaan yang dia sendiri pendam. Rasa kasih untuk insan yang berjaya mencuri hatinya.

 

 

Selepas 3 bulan ...

 

“Ya Allah!! Syukur , alhamdulillah...terima kasih Ya Rab!” Fahmi Darwis sujud syukur setelah dirinya memperolehi keputusan 9A+ di dalam SPM. Dia yang terlalu gembira dan masih tidak percaya pada keputusan yang diperolehinya itu turut menitiskan air mata kegembiraan. Rakan-rakan yang lain turut mengerumuninya untuk mengucapkan ucapan tahniah atas kejayaan cemerlang yang diperolehi. Ridzuan yang tidak jauh dari Fahmi juga dikerumuni oleh rakan-rakan dan ahli keluarganya. Mereka berdua , seperti yang dijangka , berjaya memperolehi keputusan yang sangat cemerlang.

 

Wardah yang baru sahaja keluar dari dewan perdana terus dikejar oleh Fahmi. Seperti yang dijangka , pasti rakan baik Ridzuan itu ingin bertanyakan mengenai gadis pujaannya , Farhana Dahlia. Sejak seminggu yang lalu lagi , setelah tarikh keputusan diumumkan keluar  , Fahmi kelihatan begitu teruja untuk menemui Farhana. Bukan dia tidak pernah menghubungi Farhana tetapi sebenarnya dia sendiri tidak mempunyai nombor telefon Farhana. Sejak perkenalannya dengan Farhana , dia hanya berhubung dengan gadis itu melalui Wardah. Hari ini , dia ingin sekali bertemu Farhana. Dia ingin menunjukkan keputusannya itu kepada Farhana. Tetapi , sejak dari tadi , kelibat mahupun bayang-bayang Farhana masih tidak kelihatan olehnya. Apabila ternampakkan Wardah , dia terus mendapatkan gadis itu.

“Assalamualaikum Ada , awak sihat ke? Lama saya tak dengar cerita tentang awak. Bagaimana keputusan SPM awak? Saya yakin , mesti berjaya dengan cemerlangkan?” tanya Fahmi sebagai permulaan kata.

“Waalaikumsalam Fahmi. Alhamdulillah , saya sihat. Maaflah , saya sibuk tolong business keluarga saya dekat Johor Bahru. Inipun , saya tak boleh lama. Sejak ayah saya buka cawangan baru dekat Johor tu , saya yang kena ambilalih syarikat memandangkan ayah saya tak berapa sihat sejak dua bulan yang lepas. Walaupun saya tak berapa tahu sangat tentang selok-belok perniagaan , alhamdulillah , setakat ini dengan bantuan pekerja-pekerja lain , saya boleh lakukannya. Result saya , alhamdulillah Fahmi. Rezeki yang Allah swt beri pada saya ni , saya berjaya , 9A+. Saya ni pun macam tak percaya. Awak pun apa kurangnya , betul tak? Dari jauh lagi saya nampak awak dikerumuni oleh semua pelajar. Kalah artis tau awak ni.” Wardah tersenyum memuji.

“Alhamdulillah Ada. Berkat usaha kita sendiri , ilmu daripada guru-guru dan doa dari semua orang. Apa-apapun saya ucapkan tahniah ye Ada. Ada , awak ada nampak Farhana? Ada dia hubungi awak? Sejak saya datang tadi , saya tak nampak pun dia. Saya sebenarnya sedang menunggu dia. Saya rindu sangat dekat dia. Saya nak tunjukkan keputusan ni dekat dia.” jelas Fahmi.

Ridzuan yang baru sahaja terlihatkan Wardah dan Fahmi , terus menghampiri mereka. Dia harus menyampaikan pesanan ini secepat mungkin. Mesti Fahmi sedang menanyakan khabar Farhana pada Wardah.

“Assalamualaikum semua. Amboi rancak berborak , sampai saya dekat sebelah pun tak perasan ye. Ehem , ada apa-apa ke? Wardah , keputusan macam mana?” seloroh Ridzuan.

“Waalaikumslaam. Ish Wan ni. Apalah cakap macam tu. Nanti buah hati Wan ni betul-betul ada apa-apa dengan rakan baik sendiri baru Wan tahu.” ugut Wardah.

“Eh eh , janganlah. Kesianlah dekat Wan ni , tak ada siapa yang nak nanti. Ada ni , suka cakap macam tu. Dahlah jarang berhubung , risau hati Wan ni tau tak?” balas Ridzuan.

Fahmi terus mencelah dek kerana menyampah dengan adegan pasangan merpati dua sejoli itu. Tapi dihatinya , dia turut menumpang gembira dengan kedua-dua rakan baiknya itu. Dia melihat kedua-duanya gembira dengan hubungan yang baru sahaja 3 bulan terjalin. Dia sentiasa akan mendukung dan mendoakan untuk rakannya itu.

 

“Maaflah ye , kalau aku menyampuk sekejap. Wan , aku dulu yang jumpa Ada ni. Biarlah dia yang jawab soalan aku dulu. Ada...jawablah , ada nampak Farhana tak? Dari tadi Fahmi cari tak jumpa.” Fahmi sudah tidak sabar lagi untuk menunggu dengan lebih lama.

“Fahmi...sabarlah. Janganlah marah aku dengan Ada. Ini aku datang sini sebab nak bagitahu kau pasal Farhanalah ni. Macam ni , tadi sepupu Farhana yang sekolah dekat sini , junior kita dulu tu suruh aku bagitahu kau yang Farhana Dahlia tak dapat hadir sekolah untuk ambil result. Farhana kurang sihat , dah dua hari dia demam. Hari ni dia buat checkup , sebab tu tak dapat datang. Farhana minta tolong Iezlan yang ambilkan result dia dulu , sebab kebetulan hujung minggu ni Iezlan sekeluarga nak melawat Farhana dekat sana. Tadi , Iezlan minta aku bagi sticky note ni dekat kau. Dia cakap , dalam tu memang tulisan tangan dia , tapi tu Farhana yang pesan. Ambil ni. Aku tak baca pun. Dah-dah. Jangan emosional sangat. Kesian Wardah. Jom , kita pergi minum dulu ke. Borak-borak...” pelawa Ridzuan.

“Tak apalah Wan. Aku gerak dulu. Aku datang dengan kak long aku ni. Lama dia tunggu pula dalam kereta tu. Waktu kerja aku ni. Dapat keluar kejap sebab waktu lunch kan. Aku pergi dulu. Nanti apa-apa , aku contact kau. Thanks Wan. Maaf aku marah kau dengan Ada tadi. Good luck , take care. Jangan lupa , kahwin nanti jemput aku. Assalamualaikum...” sakat Fahmi sebelum meninggalkan Ridzuan dan Wardah.

 

 

“Kepada Fahmi Darwis ,

Terlebih dahulu , saya ingin mengucapkan tahniah pada awak kerana berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Maafkan saya kerana hari ini saya tak dapat hadirkan diri untuk sama-sama ambil result.

Kesihatan saya tidak mengizinkan. Awak tak perlu risau dengan keadaan saya.

Sampai kita berjumpa semula. SEE YOU DI IPT  J

Salam dari Farhana Dahlia . . .”

 

 

Sticky note terakhir daripada Farhana Dahlia itu dibacanya berulang kali. Hampir tiga tahun , kejadian itu berlaku. Senyuman , gelak ketawa dan segala kenangan bersama Farhana masih lagi segar di dalam kotak memorinya. Walaupun sehingga kini , dirinya masih belum berkesempatan untuk berjumpa gadis yang dicintai dan dirinduinya itu , Fahmi masih tetap mengingati gadis itu. Tidak pernah sesaat dia melupai gadis itu. Dia nekad , andai Farhana kembali ditemui , dia akan menuntut segala kata-kata dan janji yang pernah Farhana katakan dan berikan dahulu.

 

Fahmi masih menyimpan kesemua pesanan daripada Farhana. ‘SEE YOU DI IPT’. Iya...sekarang dia berada di IPT. Sudah tiga tahun dia belajar di Universiti Teknologi Petronas. Kini , dia sedang mengikuti program persediaan untuk melanjutkan pelajaran ke Korea pula. Program yang ditaja khas ini menawarkan pengajian ke luar negara dalam bidang engineering. Fahmi telahpun terpilih untuk mengikuti program tersebut melalui pencapaian akademik dan kokurikulumnya yang tidak boleh dipandang rendah. Sepanjang program persediaan ini , Fahmi tidak mempunyai sebarang kesulitan oleh kerana , dirinya sendiri yang sudah fasih berbahasa Korea. Namun , jauh disudut hatinya , dia ingin bertemu dahulu dengan Farhana Dahlia sebelum meninggalkan tanah air untuk kesekian kalinya. Dia hanya mampu , memanjatkan doa kepada Ilahi...

 

 

Farhana Dahlia menanti kehadiran rakan sekuliahnya , Farisya. Dia dan rakan-rakan yang lain bercadang untuk mengisi masa cuti semester mereka di Everland. Farhana yang sengaja tiba agak awal itu terpaksa menanti rakan-rakan yang lain. Sambil menunggu , dia menikmati pemandangan pagi itu. Udaranya cukup segar. Cuaca yang agak sejuk itu , memerlukan Farhana untuk melitupi tubuhnya dengan jaket yang sedikit tebal. Tidak jauh dari tempat menunggu , kelihatan Farisya sedang tersenyum manis sambil melambai-lambai ke arahnya. Rakan-rakan lain turut tiba juga. Setelah , semuanya berkumpul , mereka memulakan perjalanan ke Everland. Di sepanjang perjalanan , seperti kebiasaanya , Farhana lebih suka untuk membaca novel sambil mendengar lagu-lagu Korea melalui i-Podnya. Sejak melanjutkan pelajaran di bidang perundangan di sini , secara tidak langsung , Farhana telah gemar dan meminati mendengar lagu-lagu Korea. Semua ini pengaruh daripada rakan baiknya itu iaitu Farisya. Lagu yang menjadi pujaan hatinya kini ialah Loveable nyanyian Kim Jong Kook. Setiap kali mendengar lagu itu , dia pasti mengingati seseorang. Fahmi Darwis! Si ketua pelajar. Lelaki berkaca mata. Dia sangat merindui jejaka itu. Doanya , moga mereka dipertemukan walau dimana jua mereka berada.

 

#englishversion

“ You're loveable from head to toe
  I'm so proud to to have you as my girl
  Waiting is fun now and even the air is sweet
  I love you “ .......

 

“Excuse me , is that song just now came from your handphone?” tanya Farisya kepada seseorang.

“Owh , yes. It’s my ringtone, Loveable-Kim Jong Kook. I love that song soo much. Why? Are my ringtone just now , disturbing you?” tanya pula lelaki tersebut kepada Farisya.

“Of course not. I’m just asking. Actually my best friend love that song a lot. Everyday , every second , she will listen to that song. She said , when she listens to that song , she will remember to someone that she love soo much. Until now , she do not managed to meet that guy.” jelas Farisya.

“Owh...I see. I’m a Malaysian. Are you Malaysian too? What are you doing here?” tanya lelaki itu lagi.

“Yes , I am. I’m study here but now is my semesterbreak. So , my friends and I decide to come here. For having some fun. Look over there , that’s girl is my best frined that I told you just now , the girl that love the song.” tunjuk Farisya kepada lelaki itu.

“Farhana Dahlia? Yes! She is Farhana Dahlia. Ya Allah...terima kasih. Apabila engkau berkata kun faya kun , maka jadilah ia. Andai engkau merestui kami , insyaAllah akan bertemulah kami jua.” kata lelaki itu.

 

Farisya yang kebingungan dengan reaksi lelaki itu terus menanyakan sebab lelaki disebelahnya itu tersenyum sebegitu , seperti dia mengenali Farhana.

“Do you know her , sir?” soal Farisya untuk mendapatkan kepastian.

“Yes , I am. She’s my love. Farhana Dahlia. My love since in school.” beritahu Fahmi tanpa berselindung lagi.

 

Sekarang , tahulah Farisya bahawa dialah lelaki yang rakan baiknya itu rindui. Dialah lelaki yang telah mencuri hati rakannya itu. Lelaki yang sering Farhana katakan. Dia harus temukan mereka berdua. Tidak jauh dari tepat Farhana menunggu , terdapat studio kecil. Di dalam studio kecil itu , terdapat seorang dj yang menghiburkan dan memainkan lagu untuk para pengunjung di Everland itu. Farisya mendapat satu idea. Dia mengajak Fahmi ke studio itu lalu meminta bantuan dj tersebut untuk memainkan lagu Loveable menggunakan minus-one. Dj tersebut , bersetuju untuk menolongnya. Kemudian , dia memberitahu ideanya kepada Fahmi dan dengan senang hati Fahmi menyetujuinya. Dia terus berlalu ke tempat Farhana menunggu.

 

Suasana yang riuh , kemudian bertukar menjadi sunyi. Fahmi Darwis telah bersedia di tengah-tengah bulatan yang dipenuhi bunga itu yang kedudukannya bertentangan dengan Farhana Dahlia. Dia akan menyanyikan lagu Loveable , kesukaan mereka berdua. Aksinya itu menarik perhatian para pengunjung. Muzik dimainkan dan . . .

 

#englishversion

You're loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you

Even if the world is hard to bear , when I see you
I can feel the breeze upon my heart
Is this living or is this happiness?
Whatever it is , I'm feeling it now.

Even if my whole day as been gloomy , when I see you
I can feel the sunlight on my hair
Is this surprising feeling love?
There are perks to waiting

I was afraid I'd cry like my last encounter with love
So I hesitated , but you waited for me without complain
and so you came easily to me

You're loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
I was always so stiff but I now I smile all day
What have I done?

Even your backside and shadow are loveable
And my affection comes naturally
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you

I've been taking care of myself so that I can make you happy
And even in my eyes I feel like I'm an okay guy now.

You're loveable from head to toe
I'm so proud to to have you as my girl
I was so curt but I now I smile all day
What have I done?

Even your backside and shadow are loveable
And my affection comes naturally
Waiting is fun now and even the air is sweet
I love you

Let's love each other so that other people
are so jealouse they can't stand it!
Oh just promise me this one thing : that until the end of
the world you will only be loveable for me!

 

Fahmi merendahkan dirinya di hadapan Farhana lalu mengeluarkan sebentuk cincin silver. Fahmi Darwis melamar Farhana Dahlia! Farhana tersenyum dan menjawab , “yes , I will.”

Fahmi bersujud syukur di situ juga dan kemudian , terus melonjak keriangan. Terima kasih ya Allah. Syukur , alhamdulillah....

 

Fahmi Darwis memahami maksud “See You Di IPT” yang selama ini diberikan Farhana Dahlia kepadanya. Dia mestilah fokus pada pelajaran sehingga berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT. Apabila telah mendapat tempat , dia harus terus berusaha dan berusaha untuk lebih berjaya. Terima kasih Farhana Dahlia. Dirimu mengajarku erti kehidupan...

 

Kau selalu tulis SEE YOU DI IPT . . .