Selasa, 13 Ogos 2013

my EID day !

Assalamualaikum , salam sejahtera semuanya :)

Rasanya macam lama je dah tak update blog ni. Walaupun tak dikenali ramai , tak menjadi tumpuan ramai , tapi cukup la catatan ni , blog ni menjadi teman saya di waktu saya gembira , sedih , bahagia dan apa-apa je la perasaan yang saya alami.

Bukannya tak nak meng'update blog ni , cuma masa tak mengizinkan. Maklum la , jadual fix , penuh , memang tak ada ruang dan peluang pun nak mengakses internet kalau dah balik maktab. Ni pun , sebelum raya tu , baru je habis exam pra-trial. Balik ni , awal bulan 9 , dah nak exam trial pula. Memang padat la jadual. Exam je kerjanya. Pejam celik pejam celik , dah nak exam
SPM. Kita tak sedar kan masa tu berlalu dengan pantas. Kalau sedar pun , siapa lah kita nak memberhentikan , melambatkan masa tu. Masa tak tunggu kita , bila dia bergerak , dah tinggalkan kita , memang tak terkejarnya lah. Serius , tak tipu. ^_^

Ramadan , telah pun meninggalkan kita. Kini , Syawal pula menjelma. Semua orang merasakan kebahagiaannya. Betul tak? Apa yang ingin saya kongsikan ialah , waktu inilah , insan seperti saya ini untuk bertemu rakan-rakan sekolah lama. Yang dah lama tak dapat berjumpa. Ada yang dah terputus connection. Tapi tak terputus pertalian persahabatan. Itu yang penting tau! :D

Seriusly , saya rindu dekat dorang semua. Bila dapat jumpa semalam , hari ni , Ya Allah! Macam nak peluk je dorang sorang sorang. Memang tak terungkap la rindunya , happynya.

Semalam , dapat jumpa dengan kawan-kawan yang time menengah rendah dulu , selalu study sama sama. Wahh!! Gila tak best! Seronok kot. Bila dapat jumpa dengan dorang , mesti teringat kenangan lalu. Kenangan lalu tu indah , penuh suka duka. Rasa macam tak nak je lepaskan dorang semalam.

Hari ni pun , dapat jumpa juga. Sekali yang dengan sekolah rendah dulu. Besar panjang da dorang. Rindu sangat... Lain la kalau dapat sembang lama-lama. Confirm banyak cerita.

Apa-apa pun , semoga pertalian , hubungan persahabatan kita ni berkekalan hingga hujung nyawa. Bukan setakat hubungan suami isteri je nak samapai hujung nyawa tapi persahabatan pun nak juga. :D

Sayang korang sangat sangat. Salam sayang. Muuaah !!!! ^_^




sory wei , stalker and copy pic korang yang kiut n ancem :D

Tiada ulasan:

Catat Ulasan