Siapa kata hati ini tidak suka pada awak? Siapa kata
diri ini tidak sayang pada awak? Siapa kata saya tidak cair dengan awak? Saya
sukakan awak. Saya sayangkan awak. Saya memang cair dengan apa yang awak
lakukan untuk saya. Kalaulah awak tahu , tak pernah mana-mana lelakipun yang
pernah buat , apa yang telah awak buat dekat saya tu. Tapi...hati saya , awak.
Masih ada kesan luka dalam hati ini. Saya masih tertanya-tanya sebab apa dia
meninggalkan saya , hubungan yang masih baru. Mampukah awak untuk menggantikan
tempatnya? Tempat seorang sahabat , tempat seorang kekasih? Saya takut untuk
kecewa sekali lagi. Biarpun saya mampu untuk berjanji setia , tapi , mampukah
awak untuk menjaga kesetiaan ini? Saya perlukan jawapannya awak...
Pergilah
Fiya. Pergilah...awak mencari kebahagiaan awak. Kenapa awak perlu berkorban
segalanya semata-mata untuk lelaki seperti saya , yang tidak pernah menghargai
awak. Saya selalu sakitkan , lukakan hati awak. Saya abaikan awak. Saya tak
pernah fikirkan perasaan awak apabila saya memutuskannya , untuk meninggalkan
diri awak yang masih baru , awak yang jauh dari saya. Maafkan saya , Fiya. Saya
tak boleh fikir panjang waktu tu. Penat saya memikirkan , saya takut untuk
kehilangan awak. Awak jauh dari saya , masa awak akan terhad untuk saya. Saya
takut awak ada orang lain dekat sana. Jujur , saya masih sayangkan awak , saya
perlukan awak , tapi , saya telah putuskannya. Sudah terlambat awak. Fiya...awak
berhak untuk bahagia , kejarlah , terimalah dia seadanya. Dia pilihan terbaik
untuk awak. Jodoh awak dengan dia. Dia , yang lebih baik dan mampu menjaga awak
sehingga hujung nafasnya. Percayalah...maafkan saya , awak. Saya pergi dulu . .
.
Ah
, aku mengelamun lagi! Entah keberapa kali aku mengelamun , mengingati ,
mengimbau kisah lama yang sememangnya pahit untuk aku ingatinya semula tapi
entah kenapa aku tidak sama sekali menyalahinya. Hampir setahun kisah itu
berlalu , dia telah tinggalkan aku disini. Cuma aku sahaja yang masih tidak
menerima kenyataan itu.
“Fiya...kau
okey ke? Aku tengok sejak kejadian dekat perpustakaan tu , kau muram je.
Janganlah macam ni. Tak best kalau
kau monyok je. Tu , dah tiga hari kau tak turun padang training ragbi dengan budak-budak. Buat penat je mereka turun kalau
kapten sendiri pun tak turun. Razman , tiap-tiap petang dia kosongkan padang
untuk kau satu team berlatih.
Pergilah Fiya , mana semangat kau? Team lelaki
pun turun padang , nak bantu team kau.
Tu , Aiman , dia yang ganti tempat kau train
budak-budak. Kau turun ye petang ni , lepas Asar. Kelas petang ni , dibatalkan.
Cikgu ada urgent meeting. Aku dah
minta Razman kosongkan padang untuk kau , yang lainpun aku dah inform. Mereka turun macam biasa. Wake up Fiya...lagi sebulan je tournament. Aku tau kau mampu. Okey??”
...
Aku
merenung handphone Samsung yang
berwarna putih itu. Aku dapat melihat wallpaper
yang menjadi pilihanku sejak dua tahun yang lalu. Gambar aku dan dia , Nasrul
Azrif. Lelaki yang pernah bertakhta dihati aku. Lelaki yang merupakan sahabat
aku sejak ditingkatan satu. Perkenalan yang tidak disangka itu , berkekalan
sehingga terputik satu perasaan sayang dalam hati masing-masing. Tapi ,
semuanya telah tertulis. Jodohku bukan dengannya. Aku pasrah. Pasrah? Pasrah
itu , aku dapat menerima segala apa yang terjadi. Tapi , melihat keadaan diriku
ini , dari dulu sehingga sekarang , sama , tiada perubahan. Hanya gambar itu ,
yang menghiasi skrin telefon bimbitku. Mungkin kerana pertalian persahabatan
yang diikat , yang dijanjikan oleh Azrif beberapa minggu dahulu. Kotak
ingatanku menerawang lagi mengingati kejadian beberapa minggu yang lalu...
Aku
masih ingat lagi , sewaktu hari lahir aku yang ke-17 , aku telah menerima
sebuah bungkusan hadiah daripada Azrif. Sederhana besar. Aku membukanya ,
kelihatan teddy bear berwarna perang ,
tertera dibajunya I LOVE LONDON. Ada
juga beberapa hadiah lain , tapi , apa yang menarik perhatian aku adalah Eiffel Tower yang sederhana besar ,
berwarna merah dan terdapat di dalamnya sehelai nota yang digulung dengan kemas
sekali.
Hai Sofia ,
Happy Birthday my girl !
You’re AWESOME !!
Have a nice day J
XOXO
|
Kegembiraan yang aku
rasai ketika itu , tidak mampu aku ungkapkan. Ada linangan air mata di tubir
mataku tapi cepat-cepat aku seka. Azrif tidak pernah menghampakan aku. Dialah
orang yang pertama akan mengucapkan hari lahir kepadaku sejak kami kenal. Dia
tidak pernah melupakan hari lahirku. Dia sentiasa membuat aku tertawa , gembira
, dan berasa begitu istimewa untuk dirinya. Terima kasih Azrif...
Malam
itu , Azrif menelefonku. Kami berbual panjang. Aku gembira , bahagia. Aku
seperti tidak merasa kesakitan , atas apa yang telah berlaku selama ini.
Betullah , aku telah menerima takdir bahawa dia bukan untukku. Macam-macam yang
kami bualkan dan tiba-tiba Azrif menukar topik perbualan. Kedengaran seperti
dia ingin mengatakan sesuatu. Aku menghelakan nafas panjang. “Ya Allah ,
kuatkanlah aku walau apapun yang terjadi.”
“Sofia...”
Ya , hanya Azrif seorang yang memanggilku dengan nama keduaku. Aku sendiri
tidak pasti mengapa. Tidak pula aku bertanya sebaliknya aku menyukainya. “Boleh
saya tanya satu soalan?” “Em...apa dia awak? Tanyalah.” “Sofia , awak sayang
saya lagi tak?” “Azrif...kenapa awak tanya soalan macam tu? Awak ni...em.”
“Awak , tolong jawab. Awak dah ada pengganti diri saya ke?” “Awak...baiklah
saya jawab. Saya masih sayangkan awak , jujur , tak tipu. Saya memang tak ada
pengganti diri awak tapi...” “Tapi apa awak? Ada seseorang suka dekat awak ke?
Ada yang tackle awak ke , tapi awak
tak layan sebab awak masih sayangkan saya , macam tu?” “Awak...kejap-kejap.
Banyaknya soalan awak ni. Suka buat spekulasi bukan-bukan. Azrif...iya , ada
seseorang sukakan saya. Dia budak baru dekat sini , dah macam-macam dia buat
dekat saya. Dia...memang lain dari yang lain.” “Mesti , dia lebih baik dari
sayakan? Baguslah awak...akhirnya , awak dapat pengganti saya.” “Eh , awak ,
kejaplah. Tak habis cerita lagi. Tengok tu. Dengarlah dulu. Saya , dah boleh
terima kenyataan yang awak bukan untuk saya. Lagipun , saya memang tak salahkan
awak langsung. Walau apapun yang berlaku , saya tetap akan sayangkan awak
sebagai kawan. Itu yang saya nak. Tolong ye awak. Persahabatan kita tak akan
pernah putus. Itu yang saya harapkan. Azrif , saya sebenarnya bingung , keliru
dengan isi hati saya. Saya tak tahu sama ada saya patut terima dia dalam hidup
saya atau tak?” “Sofia , saya tak pernah lupakan awak , apalagi buang awak.
Awak adalah anugerah tuhan yang paling saya sayang. Saya tetap akan jadi kawan
awak sampai bila-bila. Awak , dah tiba masanya awak terima seseorang dalam
hidup awak. Dah setahun awak , kisah kita berakhir. Awak terimalah dia. Beri
dia peluang dan ruang dalam hidup dan hati awak. Mungkin dia jodoh awak. Kita
hanya mampu usahakan yang terbaik. Selebihnya , kita berdoa dan berserah pada
Allah s.w.t. Awak fikirlah semula , jangan kecewakan sesiapa. Saya tahu awak
tak akan kecewakan sesiapa. Awak , perempuan yang baik. Saya sentiasa doakan
kebahagiaan awak. Sofia , saya matikan talian telefon ni dulu. Assalamualaikum
awak...” Tanpa aku mengatakan apa-apa , talian telefon telahpun dimatikan. Aku
perlukan masa lagi untuk berfikir...
Puas
aku fikir. Dua minggu telah berlalu , tiga hari aku dah tak turun padang ,
semata-mata untuk fikirkan semua ni. Akhirnya...aku telah dapat jawapannya. Ya!
Aku pasti dengan keputusan ini...Tanpa diduga , satu pesanan ringkas telah
kuterima.
“Assalamualaikum
awak. Saya nak jumpa awak pukul 3.15 nanti. Saya tunggu awak dekat wakaf depan
Aspuri. Tolong awak...ada hal yang perlu saya katakan pada awak. Saya tunggu
awak sampai awak keluar dari Aspuri tu. –Safiy-“
“Tak perlulah awak
nak tunggu saya sampai macam tu sekali. Awak jangan risau , saya akan turun
jumpa awak nanti. Sayapun ada hal yang ingin saya bincangkan dengan awak.
Sampai jumpa nanti. Bye ..” –Safiya-
“Tengoklah macam mana.
Kalau aku ada mood , aku turun petang ni. Aku nak tidur kejap. Kalau aku tak
bangun 2.45 nanti , kau kejut aku. Aku nak keluar kejap.” “Okey. Kau nak pergi
mana?” “Adalah. Aku ada hal sikit.” “Iyalah...”
“Kau
yakin dengan apa yang kau nak buat ni? Bila kau nak jumpa dia?” “Petang ni. Aku
dah mesej dia , jadi , kira aku yakinlah tu. Dia pun dah balas okey , diapun
nak jumpa aku. Kau tunggu jelah nanti.” “Ingat , jangan buat perkara
bukan-bukan. Kami tak salahkan kaupun. Tapi kami terkejut juga , Fiya boleh
jadi macam tu. Memang nampak dekat Blok Akademik dia okey je , biasa-biasa je ,
tapi tak sangka pula dalam asrama dia macam tu. Tiga hari jugalah , Fiya tak
turun padang. Aiman tu risau dah. Sebelum Cikgu Saiful dengan Cikgu Siti tau , better kau selesaikan cepat. Aku tau
bukan salah kau. Tapi , kita cuma mencubakan. Mana tau dengan kau ,
sedikit-sebanyak , dia berlembut hati ke. Haha!! Kot-kot dah tangkap cintan
sama lu! Wa tak tahu...” “Banyaklah kau , Zariff. Aku tengah takut ni , kau
buat lawak pula. Dah la , pergi main jauh-jauh dengan bantal busuk kau tu.
Eee...wuek!” “Huh? Bantal aku pula disalahkan? Eh , busuk-busukpun , awek aku
yang bagi tau. Busuk ni , sebab tiap-tiap malam aku peluk tau. Kau ada?? Haha!!!
Safiyah dan Safiy...sooo sweet!!!”
Aku
bangun dari tidurku lebih awal daripada waktunya. Aku menuju ke bilik air untuk
bersiap-siap jumpa Safiy. Haha! Aku bersiap dah macam nak jumpa pakwe je.
Apalah aku ni. Ah , biarlah , asalkan aku selesa. Okey , dah siap. Not bad , cantik but still natural. J
Hurm
, nampaknya , ada yang lebih awal daripada aku. Semangat betul mamat ni. Nasib
baik kebanyakan budak perempuan sedang berehat dalam bilik masing-masing ,
kalau tak , habis kecoh kalau nampak mamat ala-ala Korea ni berdiri terpacak
depan asrama. Smart juga dia bersiap
, dah macam nak pergi prep je. Aku pula yang lebih-lebih. Tapi , sibuk je mamat
ni pakai baju sama dengan aku. Huh! Ni mesti skodeng aku , takpun memang kami
berjodoh? Dah-dah...fokus Fiya.
“Assalamualaikum.
Maaflah buat awak lama tunggu.” “Waalaikumsalam , eh , taklah. Saya ni yang
datang awal. Saja , takut saya tertidur dekat asrama. Tu datang awal. Lagipun ,
saya tengok Aspuri macam tak ada orang , sunyi sepi je , tu saya ingat line clear.” “Okey. Boleh kita mulakan
sekarang? Awak nak cakap apa?” “Em...firstly
, saya tak nak awak salah faham. Saya bukan nak ambil tahu tentang awak
apalagi nak jaga tepi kain awak. Saya cuma terdengar awak dah tiga hari tak
turun padang training ragbi. Awakpun
asyik terperap je dalam asrama. Awak okey ke tak? Sebab saya ke awak jadi macam
ni? Awak...janganlah. kesian dekat kawan-kawan awak yang dah bersemangat
tiap-tiap petang tu. Kalau betul sebab saya , kejadian tempoh hari , maafkan
saya ye awak. Awak lupakan apa yang dah jadi. Saya janji , saya tak akan ganggu
awak dah. Saya tak nak disebabkan saya , prestasi akademik , kokurikulum awak ,
terganggu. Sebelum cikgu-cikgu tau , awak turun padang ye. Tolong awak...saya
merayu.”
“Dah
habis cakap? Itu je yang awak nak cakapkan petang ni?” “Em...setakat ni ,
rasanya , itu je.” “Baiklah , dengar pula apa yang saya nak cakap ni ye mamat
poyo ala-ala Korea. Terima kasih sebab awak sudi datang jumpa saya , membebel
panjang dekat saya ni. Awak tak perlulah nak merayu-rayu dekat saya , suruh
saya turun padang. Memang saya akan turun petang ni. Sayapun kesian dekat
budak-budak saya , kawan-kawan saya. Iyalah , disebabkan saya , mereka training ala kadar je. Ha! Tak sangka
awak sedar ye yang memang sebab awak , saya jadi macam ni. Memang sebab awak!!
Awak tahu? Sebab awak , kejadian hari tu , saya terpaksa fikirkan tentang awak
tiap-tiap hari , berminggu-minggu , sampai saya tak turun padang. Penat tau
fikir. Awak ni kan , memanglah. Sabar je saya. Safiy Syakir , awak nak jadi
kawan saya? Kawan yang sentiasa ada untuk saya , diwaktu senang dan susah? Awak
sanggup??”
“Safiy
, ini untuk pengetahuan kaulah. Fiya ni , tak suka berterus-terang. Dia ni
minah bunga , maksud aku perempuan sastera. Dia suka berpuitis , cakap berbunga-bunga.
Kalau dia suka dekat seseorang , dia tak akan cakap direct. Ada budak pernah cerita dekat aku , sejak dia masuk asrama
ni , dia memang tak pernah couple
dengan sesiapa. Dia cuma berkawan dan sebenarnya erti ‘kawan’ itu adalah lebih
dari seorang kawan. Aku rasa , kau fahamkan maksudnya. Manalah tahu , kot-kot
nanti dia tiba-tiba cakap macam tu dekat kaukan. So , semoga berjaya menawan hatinya.”
KAWAN???
“Safiy...say something ...
###############################bersambung##################################
Tiada ulasan:
Catat Ulasan