Ahad, 23 Mac 2014

Cerita Budak SPM ^_^


Ini cerita petang semalam. Memandangkan result baru je beberapa hari keluar , sudah semestinya ramai orang tanya tentang result aku. Dari saudara-mara yang dekat , jauh , jiran tetangga , semua pakat tanya aku dapat berapa. Alhamdulillah...result aku baguslah juga , berbaloi dengan usaha aku dulu. Yang penting , result aku tak menunjukkan sampai aku kena kahwin. Oh! Tidak!! Aku tak nak kahwin lagi. Cukup 25 tahun , insyaAllah. Hehe , berangan lak :-D
Dalam ramai-ramai orang yang datang bertanya tu , adalah seseorang ni yang datang rumah aku. Ha! Bila aku tengok , macam kenal je. Lah...adik sepupu aku rupanya. Maklumlah , dah lama tak jumpa sejak dia masuk asrama ni. Busy lah katakan budak asrama ni. Haha...padahal , dulu aku pun budak asrama. Buat bajet pula aku ni. Sejak bila entah perangai macam ni. J
Mestilah seronok dapat jumpa adik sepupu aku seorang ni. Sepupu-sepupu lain semua aku tak rapat. Dengan dia dan abang dia bajet gila handsome tu  je yang aku rapat , bak kata peribahasa , seperti isi dengan kuku. Acece...berperibahasa lak kita ye :-D Ha , macam biasalah tujuan dia datang. Nak tanya result lah tu. Dah berjam-jam bersembang dengan dia , semuanya pasal asrama , tapi lepas tu , tiba-tiba pula terbuka cerita tentang seorang senior dia dulu yang sebaya dengan aku. Adik sepupu aku cakap ...
“ Akak nak tahu tak? Angah ada seorang senior yang sebaya dengan akak. Nama dia MAF. Dia handsome , akak. Lagi handsome dari along tu! Hihi!! Kalau akak tengok dia , confirm akak cair , melting terus. Dah tak boleh nak freeze tau! Hehe...over je angah ni. Tapi , betul akak , memang handsome. Semua student perempuan dekat sekolah minat dekat dia. Sampai budak lelaki pun cemburu dengan abang MAF tu. Tapi kan akak , sedih pun ada , kesian pun ada. Malang betul , akak. Abang MAF tu tak layan perempuan. Dia layan dan berkawan dengan lelaki je. Angah pun tak tahu kenapa. Sebab tu ada senior-senior angah yang frust. Yang akak gelak kenapa? Angah tak frust menonggenglah. Angah minat abang Minhoo je. Dia lagi handsome , comel. Lagi angah cair tau! “
Haha!! Perasan pula adik sepupu aku ni. Bab bercerita , bergosip , dia memang nombor satu.
“ Ni , angah sambung cerita lagi. Sebenarnya , abang MAF tu pelajar baru dekat situ. Dia pindah tahun lepas. Kira setahun je lah dekat sana. Jadi , angah dan budak-budak lain memang tak tau sangat cerita dia , latar belakang dia. Yang pasti , dia pindah bukan sebab ada kes disiplin. Rekod disiplin dia bersih , akak oi. Tak pernah usik orang. Budak lelaki pun cakap macam tu. Waktu mula-mula dia masuk je , semua orang heboh , excited tengok dia. Lama-lama , tau dia tak layan perempuan , semua menyepi je. Sebab tu angah cakap tadi , dorang frust. Haha... :-D “


Alahai...apa sebenarnya cerita budak ni. Apa yang hebat sangat dengan senior dia tu. Cerita macam ni dah biasa dengarlah. Standard lah tu , ada pelajar lelaki handsome. Ish ish ish ... akulah dengan dia ni.



“Angah...panjang lagi ceritanya? Apa yang hebatnya dengan ‘abang’ MAF tu? “
“Akak ni , sabarlah. Nak ceritalah ni. Tadi tu baru intro je. Saja bagi akak ambil mood , kasi feeling sikit. Baru teruja nak tau. Haha...amacam? :-D



Macam ni kisah sebenarnya...since tau perangai dia macam tu kan kami dah tak ambil tahu pasal dia. Tapi , waktu ambil result hari tu , angah dengan kawan baik angah pergilah bilik guru. Kami nak jumpa cikgu , nak tanya soalan Matematik. Otw nak pergi bilik guru tu , kebetulan time result dah keluar , kami ternampaklah ada seorang lelaki dan seorang perempuan baru turun dari kereta. Tengok dari jauh , kami macam kenal lelaki tu , tapi yang perempuan , kami tak kenal sebab perempuan tu berpurdah. Kami biarkan je la. Sebelum pergi bilik guru , kami merayap kejap pergi dewan. Nak jumpa , tengok-tengok senior kami macam mana result. Tengah-tengah jalan tu , ternampak lagi pasangan lelaki perempuan tadi. Kali ni , kami tengok dari belakang dan kira dekatlah. Sahlah , akak! Lelaki tu , memang kami kenal. Lelaki tu , abang MAF kami dulu. Tapi kan akak , kami tertanya-tanya juga siapa perempuan sebelah dia tu. Sebab apa? Sebab abang MAF tu asyik pegang tangan perempuan sebelah dia. Rapat lain macam je. Kawan baik angah ni , dah mengetap bibir dah sebab jealous sangat. Haha...kesian angah tengok dia.
Abang MAF dengan perempuan tu , masuk dalam dewan nak ambil result. Kami ni , tunggu je lah dekat luar. Sambil-sambil tu bersembanglah dengan akak-akak senior kami dulu. Tiba-tiba , bunyi bising dekat depan dewan. Kami peliklah. Kami usha lah apa yang jadi. Kami tengok ada abang MAF dengan perempuan tu yang dah dikerumuni dengan semua senior-senior kami. Kami ni , ternakal kejap , iyalah nak tahu sangatkan , kami curi-curi dengarlah apa yang dorang bisingkan.

Rupa-rupanya akak...perempuan tu isteri abang MAF. Ya Allah! Akak!! Jujur ye , memang angah terkejut. Semua orang dengar terkejut. Cikgu-cikgu pun terkejut bila abang MAF kenalkan perempuan tu sebagai isteri dia. Dia cakap , isteri dia tu pelajar dekat sekolah lama dia dulu. Isteri dia tu sebenarnya tak tau dan tak kenal pun abang MAF ni. Bila abang MAF dah pindah , baru dia sedar akan kewujudan dan kenal suami dia tu. Macam kejam je kan isteri dia ni. Hehe... :-D
Isteri abang MAF sebenarnya , pelajar baru juga dekat sekolah tu. Baru seminggu je masuk dekat sekolah. First time abang MAF jumpa isteri dia tu , dia terus jatuh cinta. Jantung dia , dup dap dup dap je. Ha! Yang part ni , angah tambah sendiri. Maaf , maaf .. dia jumpa isteri dia dekat pejabat. Waktu tu dia dengan ayah dia tengah uruskan pertukaran sekolah. Sebenarnya , abang MAF ni tak nak tukar sekolah tapi dia terpaksa juga sebab ada sebab yang tak boleh dielak. Abang MAF tak bagi kata putus lagi time tu.



Dalam waktu yang sama , masuklah isteri dia dengan ayah mertua dia tu. Nak daftar diri , pelajar baru kan. Waktu tu , isteri dia ni tak pakai purdah lagi pun. Jadi , memang abang MAF boleh tengoklah muka cantik , suci , bersih isteri dia tu. Bila abang MAF tengok je wajah bersih isteri dia tu , dia terus bisik dekat ayah dia... acik setuju pindah dan acik nak ayah pinangkan pelajar perempuan yang berdiri dekat sebelah ayah ni untuk acik , boleh? Lepas SPM , acik nak kahwin dengan dia. Acik janji , acik akan belajar rajin-rajin. Tanpa paksa rela , selepas masing-masing selesai berurusan , ayah MAF pun bertemu dengan ayah si isteri. Lebih kurang 30 minit , berbincang , akhirnya , kedua-dua belah pihak setuju.
Maka , setelah berakhirnya SPM hari tu , maka , bernikahlah abang MAF dengan isteri dia tu. Kalau nak tanya soalan , 1H 5W tu , akak pergilah jumpa abang MAF tu sendiri. Ini pun , angah dengar daripada akak senior yang bersepupu jauh dengan abang MAF. Angah hanya mendengar , mengiyakan dan menyebarkan apa yang tau. Haha...wartawan tak bergaji kan. :-D



Macam tu lah ceritanya. Kita doakan je ye mereka kekal till Jannah! Abang MAF pun dah kerja , ambil alih syarikat ayah dia. Mungkin nanti , angah dengar cerita , abang MAF kerja sambil belajar. Macam syok pula dengar cerita senior angah ni. Akak pula , bila nak kahwin? Kalau tak ada calon , itu along angah ada. Akak jadi kakak ipar angah je , kan senang. Hehe :-D “
Haha!! Aku rasa macam nak hempuk je adik sepupu aku seorang ni. Suruh aku kahwin pula. Lagi-lagi dengan along dia. Memang tak lah aku. Maaflah angah , along mu di reject mentah-mentah olehku. Hehe ... J


Aku doakan , moga MAF dan isterinya kekal abadi ... ^_^





2 ulasan: