Sudah sebulan pelajar baharu dari Johor Bahru tu masuk maktab ni , tapi sepatah kata pun tak terkeluar dari mulut aku apatah lagi hendak berkenalan dengan dia. Nak dikatakan aku yang sombong , pemalu , tak juga sebab kalau nak diikutkan sejarah dekat maktab ni , akulah satu-satunya pelajar yang paling mesra alam dekat sini tapi , entah kenapa dengan mamat baru ni , mulut aku tiba-tiba terkunci rapat , serapat-rapatnya. Hati aku ni , teringin juga nak berkenalan , tegur dia , tapi...aduhai Fiya , malulah pulak muka ni. Mana tidaknya , aku ni perempuan , takkan nak buka mulut dulu. Aik? Dulu , okey je Fiya. Hurm...(berfikir sejenak). Boleh pulak , sekarang ni , fikiran aku ni fikir tentang tanggapan orang sekeliling je kalau aku tegur mamat baru tu. Alahai! Susah betul kalau nak jaga hati semua orang ni.
"Safiyya , pinjam esei Bahasa Melayu yang Cikgu Amira suruh salin tu. Aku tak siap salin lagi tiga karangan ni , malam ni aku nak siapkan jugak. Esok , cikgu nak checkkan?" Ha , Man , ambillah dalam fail yang ada dekat atas meja aku tu. Esok pagi , waktu kelas BM , jangan buat-buat lupa pulak pulang balik. Kalau kau tinggal esei aku tu dekat asrama , siap kau , aku paksa juga kau ambil dekat aras 3 Jati tu." Haha! Chill Mem Fiya. Gerenti beres sih! Semuanya bisa diatur , hanya untuk Safiyya Sofiya!". Itulah rutin harian classmates aku kalau waktu prep malam. Kalau tak pinjam homeworks kawan , memang tak sah , yang jadi mangsanya , budak perempuanlah. Aduyai...
Prep malam aku berakhir seperti malam-malam sebelum ini cuma malam ini aku terpaksa balik asrama bersendirian memandangkan kawan-kawan aku yang lain semuanya telah serbu kafe terlebih dulu. Mana tidaknya , petang-petang , orang suruh berhenti riadah awal , tapi tak , degil , itulah padahnya. Tiap-tiap malam , sedekah duit dekat kafe tu. Kaya cepatlah mak cik kafe tu... Aku mempercepatkan langkah menuruni tangga memandangkan hari semakin lewat malam. Tiba-tiba , sedang aku berjalan melintasi Blok Alpha , aku terlihat lampu kelas 5J masih terang-benderang. Aik , ada pelajar lagi ke dekat kelas malam-malam ni. Ingatkan aku seorang je. Meremang pulak bulu roma aku ni. Ha , dah tegak aku tengok bulu roma aku ni. Hish...(istighfar). Perlahan-lahan aku menghampiri kelas itu. Kosong? Eh? "Opocot , mak kau! Oi , apa ni main sergah-sergah! Aduh , kalau orang ada heart attack macam mana? Aku mati sia-sia je nanti. Huh! Dah , tepi la!" "Aik? Dia yang terhendap-hendap aku dalam kelas tadi , aku pulak yang salah? Ai...perempuan , perempuan. Memang sifat perempuan betul , cepat touching ,kuat merajuk , haha...tapi sweet pulak aku tengok minah mesra alam ni. Tapi , kenapa dia tak pernah tegur aku ye? Mesra alam ye? Hahaha...”
Sesampainya aku di bilik , aku terus menghenyakkan punggung di atas katil yang semua orang rasakan tersangatlah ‘empuk’ apabila keletihan. Raudhah , roommate aku melihat aku dengan penuh kehairanan. “Kau ni kenapa Fiya? Ribut tak ada , hujan tak ada , gerimis di siang hari pun tak ada apatah lagi hujan renyai-renyai. Lewat kau balik. Kau balik dengan siapa? Kau date ye dekat blok akademik tu?” “Woi! Baik sikit ye kau cakap tu , Raudhah. Banyak mulut pulak dia ni malam-malam buta ni. Tak kuasa aku nak dating-dating ni. Buang masa tau tak. Aku dah la balik seorang. Dah balik seorang , kena sergah pulak tu. Ish , mamat baru tu , buat aku panas hati je. Nasib baik temperature aku tak naik tadi , kalau tak , makan tangan tadi mamat tu.” “Rileks la Fiya. Dah la tu , sekarang kau tenangkan hati dulu , pergi salin baju tu , dah bau masam tau. Nanti , kau cerita dekat aku tau apa yang budak baru tu buat dekat kau.”
Pagi yang indah nan permai ini , aku memulakan hariku dengan senyuman yang mekar , seperti biasa sehinggalah... Safiyya Sofiya! Safiyya!! Ish , mamat ni lagi. Tak cukup-cukup lagi ke dia sergah aku semalam. Buang masa aku je. No thanks kalau nak minta maaf ye. Setiap hari , mesti mamat baru tu yang aku terserempak. Entah kenapa la. Dah la buat aku dulu , sekarang , baru menyesal , terhegeh-hegeh nak minta maaf. Dah tau aku memang hot tempered , yang pergi sergah aku , kenapa? Saja cari pasal dengan akukan.
Hampir seminggu kejadian pada malam itu berlalu. Aku , dengan keras kepala aku , masih tidak melayani mamat baru tu , hmm...Safiy Syakir. Aku seperti merajuk hati pada dia kerana kejadian itu. Kenapalah dengan aku ni , merajuk-rajuk pulak. Yang peliknya , si Safiy tu macam cacing kepanasan je. Bila aku tak layan dia , lari daripada dia , lagi beria-rialah dia tu nak pujuk , minta maaf dekat aku. Pelik aku. Rasa serba salah la tu. Ha! Padan muka kau!!! Kejarlah aku , sampai dapat , sampai aku cair dekat kau.
“Eh , apa ni? Beg kertas apa pulak ni? For Safiyya Sofiya. Hmm...baju kurung? Siapa pulak la yang bagi ni? Raudhah , siapa bagi aku baju kurung ni?” “Ha , aku baru nak tanya kau , siapa yang bagi. Balik kelas tadi aku jumpa beg kertas tu depan bilik kita. Aku tengok ada nama kau , aku bawa masuk la. Aku ingatkan ada orang pinjam baju kau , dia nak pulang balik.” “Ini yang aku pelik. Kau pun tak tau ke? Kalau la ada orang pinjam baju aku , selalunya dorang bagi guna hanger , lagipun ni baju baru la. Siapa pulak la ni bagi aku baju baru.” Fiya , nak tengok. Macam cantik je...Fiya! Memang cantiklah baju kurung ni. Baju kurung moden ni , macam mahal je. Tengok ni , tag baju ni , jenama Laura Lauriya la. Mahal kot. Untung kau , Fiya.” “Hmm...iyalah tu Raudhah. Entah-entah baju mak cik cleaner tu tertinggal depan bilik kita. Dah la , aku nak tidur. Kejap lagi ada kelas , tak pasal-pasal aku pulak yang tertidur waktu kelas nanti.”
Fikiran aku masih menerawang pada baju kurung pemberian seseorang yang tidak aku ketahui. Cantik baju kurung tu , sesuai dengan cita rasa aku , warna biru pastel pulak tu. Kelas petang itu tamat awal sebelum waktu kebiasaanya. Sedang aku berpusu-pusu untuk keluar , tiba-tiba aku terdengar satu suara yang memanggil nama aku. Setelah berjaya keluar dari perpustakaan , aku terlihat Razman sedang menungguku. Aku menghampirinya. “Ha , kau nak apa dari aku? Kali ni , aku malaslah nak turun padang , training ragbi. Asyik budak lelaki je guna kawasan aku satu team. “Eh , Fiya. Rileks dulu. Bukan tu la. Ni , aku cuma nak bagi pesanan dekat kau je. Ada budak bagi. Kalau kau tanya dekat aku , siapa budak tu , maaf sangat-sangat , aku dah janji tak akan bagi tahu dekat kau. Ha , lagi satu , ni dia ada pesan tadi , kalau kau nak tahu siapa dia , better kau pergi sendiri jumpa dia malam ni okey? Dah , jangan kata apa-apa. Nanti , nak guna padang , roger aku. Aku kosongkan padang untuk kau. Chou!”
Aku terpinga-pinga. Tanpa kata , aku mulakan langkah aku menuju ke surau. Seusai solat Asar , aku pulang ke asrama. Aku terus membaca sticky note yang diberikan Razman sebentar tadi.
|
Assalamualaikum Safiyya Sofia ...
Malam ni , kita jumpa boleh?
Awak tolong pakai baju kurung yang
awak dapat tadi ye.
Nanti , awak tunggu je dekat dalam
kelas , ada orang yang akan jemput awak.
Sehingga jumpa malam ni. J
|
Hati aku
masih berdolak-dalik. Aku masih ragu-ragu , adakah patut untuk aku berjumpa
orang tersebut. Hmm...kalau diikutkan pendapat Raudhah , dia beria-ria suruh
aku pergi. Katanya , kalau aku pergi jumpa orang tu pun , bukannya orang tu
boleh buat apa-apa pun dekat aku. Lagipun , orang tu mesti budak maktab juga.
Betul juga aku rasa. Aku bergegas ke bilik air dan mempersiapkan diri. Seusai
solat Isya’ dan solat sunat hajat , aku melangkahkan kakiku ini ke kelas.
Kelihatan , kawan-kawan sekelasku sedang khusyuk menyiapkan kerja sekolah. Aku
memulakan kerja sekolahku. Selang lima minit , aku akan melihat jam tangan
pemberian abangku itu. Manalah orang yang nak jemput aku ni. Entah-entah ,
dorang nak kenakan aku. Huh! Bodoh betul aku. Kalau betul , mesti dorang tengah
tertawakan aku. Aku melihat sekeliling , manalah tahu , ada orang yang
mencurigakan sedang mentertawakan aku. Malunya!!!
“Assalamualaikum , Fiya , ada orang
nak jumpa kau dekat perpustakaan. Jom , aku temankan kau pergi sana. Orang tu ,
suruh aku hantar kau sampai sana. Kalau nak harapkan kau pergi sana , memang naik
turun bas pun tak akan sampailah.” Okey , fine.
Dahlah lambat , sabar Safiyya. Aku melangkah kaki dengan sepantasnya keluar
dari kelas. Kawan-kawan sekelasku masih khusyuk melakukan kerja masing-masing.
Pelik betul dorang malam ni.
Sepanjang perjalanan ke perpustakaan
, tiada sepatah perkataan yang meluncur keluar dari mulut aku dan Zariff.
Seperti kami telah diarah supaya tidak perlu berkata apa-apa sepanjang
perjalanan. Setibanya aku di perpustakaan , hatiku berasa berdebar-debar.
Semakin laju degup jantungku. Zariff meninggalkan aku di luar perpustakaan. Dia
berpesan supaya terus ke rak buku. Tapi...rak buku yang mana satu? Baru aku
menoleh semula untuk bertanyakan soalan itu , jasad Zariff sudah tidak
kelihatan lagi. Mak oi! Laju gila mamat ni lesap. Oh , padan la. Mana tidaknya
, diakan jaguh pecut maktab.
Aku menanggalkan sandle , dan terus menuju ke tempat yang dikatakan sebentar tadi.
Tak ada orang pun. Orang tu pergi toilet kot.
Aku tunggulah dulu dekat sini. Aku melihat-lihat buku-buku di rak Dalam Negara.
Sedang aku mencari buku yang menarik , aku terlihat sebuah buku yang agak
sederhana besarnya. Buku itu berjudul , Rahsia Kehebatan Gadis Bernama Safiyya.
Eh , judul buku ni macam nama aku je. Haha...aku mengambilnya. Aku
menyelak-nyelak buku itu dan tiba-tiba...terlekat sehelai sticky note berwarna jingga.
|
Hanya kamu saja yang
mampu membuatku selalu ceria
Kamu saja yang mampu membuat aku tertawa Kamu saja yang mampu membuatku jatuh cinta Kamu saja yang mampu membuat diriku bahagia |
Aku dapat melihat Safiy keluar
dari celah-celah rak buku yang banyak itu , sambil memetik gitar ,
mendendangkan lagu Kamu Saja nyanyian Ainan Tasneem. Ya Allah! Kejutan apakah
ini? Apakah hikmahnya semua ni? Safiy kelihatan sungguh segak dengan baju
melayu biru pastel , yang serona dengan aku tapi...dia pakai kain pelikat pulak
la. Aih , tak ngam pulak. Mamat ni pun , tak perasaan agaknya ni. Ni mesti kes
tergesa-gesa nak datang sini sampai lupa nak salin kain pelikat lepas solat
tadi. Hehe...geli pulak hati aku ni tengok dia. Aku terpaku , terbuai , dan sememangnya
hatiku tercair pada kejutannya itu. Serius , aku memang sangat terkejut. Aku
melayani , menjiwai lagu itu sehinggalah habis. Habis je lagu itu , Safiy
menghampiriku dan duduk di hadapanku. “Safiyya Sofiya , saya , Safiy Syakir ,
ingin memohon maaf daripada awak kerana telah menyakiti hati awak , menyergah
awak tempoh hari. Sejujurnya , saya memang tidak sengaja , sekadar ingin
bergurau. Tapi salah saya , kerana gurauan itu tidak kena pada masa dan
tempatnya. Maafkan saya , Fiya. Fiya...saya suka dekat awak. Boleh awak terima
maaf dan diri saya ini?” Ya Allah! Apa ni! Malu
, malu... “Em...first of all ,
Safiy Syakir , terima kasih tidak terhingga kerana awak telah bersusah payah
memujuk saya untuk memaafkan diri awak. Saya terima maaf awak. Tapi , untuk
terima awak...saya rasa tak kot. Not now
, lot of sorry okey my dear friend. Okey , Safiy , waktu prep
dah nak habis , perpustakaan pun dah nak tutup. Saya balik dulu okey.
Assalamualaikum.” Aku meninggalkannya begitu sahaja. Aku masih terkejut dengan
apa yang terjadi sebenarnya. Aku tidak mampu mengatakan apa-apa , selain kata
penerimaan maafnya. Lagipun , mana tidaknya , hampir nak terbeliak mata aku ni
apabila aku lihat , hampir semua rakan setingkatan aku melihat drama percuma
tadi. Dahlah terus terang cakap suka dekat aku. Mana nak letak muka ni. Tak apa
, hari ni , hari kau. Kau ingat senang nak dapatkan aku? Ini Safiyya Sofiya la!
Tunggu dan lihat...
Safiy hampa , kelihatan kekecewaan
melalui anak matanya. Tapi , dia masih tidak berputus asa. Suka , sayang dan
cintanya pada Fiya ikhlas dan semua perasaan itu datangnya dari tuhan yang maha
Esa. Akan dia jaga dan berusaha untuk mendapatkan Safiyya Sofia!!
###################################bersambung################################
