Apa yang anda perlu tahu ialah apa yang anda inginkan dalam hidup anda. Apabila anda sudah tahu , maka dengan senang anda boleh mengarangnya. Kehidupan tidak pernah sempurna kerana kita sendiripun tidak sempurna. Tapi kehidupan sebenar yang semua orang akan rasai ialah kehidupan yang dipenuhi dengan kegembiraan , kesedihan , kedukaan , kekecewaan , kesenangan , kepuasan dan sebagainya. Apa yang baik dan buruk berlaku dalam hidup kita itulah kehidupan sebenar. Apabila anda pernah merasainya , maka itulah sebenarnya kehidupan sebenar dan anda perlulah bersyukur kerana anda berpeluang untuk merasainya.
Kekecewaan , kesedihan dan kedukaan . . .
Hanya satu sahaja yang perlu anda tahu apabila anda merasai perasaan ini. Anda perlu tahu bahawa orang lain juga pernah merasainya , bukan anda seorang. Maksudnya ialah , jangan cepat berasa kecewa atau terlalu merasai perasaan itu kerana ia sendiri bakal membuatkan dan menjatuhkan diri anda sebenarnya secara tidak langsung. Anda perlu kuat , teguhkan hati. Jangan sesekali patah hati. Kuncinya , SABAR.
Kegembiraan dan kesenangan . . .
Sudah tentu anda inginkan perasaan ini sepanjang masa. Memang , itulah lumrahnya. Norma kehidupan , tiada siapa yang melarang. Apabila anda merasai perasaan ini , jangan pula anda melupakan mereka yang sentiasa ada dikala kita kesunyian. Kongsilah dengan mereka sebagai tanda kita menghargai mereka. Ketahuilah , kegembiraan yang sebenar ialah apabila , kita membuat orang lain gembira tanpa kita meminta balasan darinya.
Teruskanlah kehidupan anda sekarang. Jangan pernah menoleh kebelakang. Yakin pada diri , anda bisa menempuhnya.
